Wednesday, August 3, 2011

Hadis Palsu kelebihan solat terawikh

Terpanggil untuk aku buat entry mengenai isu ini. Masa aku masuk surau di opis, terpandang ada senarai kelebihan solat terawikh ditampal di board kenyataan dalam surau. Sekali pandang, mmg aku dh tahu. Kelebihan2 solat terawikh ni mmg glemer. Antaranya mcm ni:

"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

dan seterusnya sampai la malam terakhir terawikh. Anda semua tentu perasan dulu pernah keluar di tv setiap hari mengenai kelbihan solat terawikh ni tp sekarang non ado. Kenapa?? Wallahualam. Tp itu la yg sepatutnya kerana kelebihan2 ini adalah REKAAN semata-mata. Yg sememangnya tiada dalil yg sahih pun, malah dalam koleksi hadith palsu juga tiada mengenai hadith ini.

Sungguh bahaya. Apa yang bahaya? Nabi pernah berkata, "Sesiapa yang menipu atas namaku maka tempatnya di NERAKA" (muslim & bukhari). Hah neraka tu..Beranikah kita untuk menyebarkan sesuatu yg telah menggunakan nama Nabi sedangkan ianya bukan dari nabi. Dan beranikah kita untuk menyebarkan hadith yg kita sendiri tidak tahu usulnya.

Aku pernah dengar ceramah Dr Asri Zainal Abidin, katanya..let say ada org yg terbaca apa yg kita sebarkan ttg kelebihan solat terawikh ini, dan melalui apa yg dia tahu dari kita, dia pun amalkan kerana mengharapkan agar kelak dia akan dapat kelebihan2 yg disebut padahal sebenarnya tidak ada pun. Apa yg dibimbangkan, di akhirat nnt jika org itu ditakdirkan masuk neraka then dia tuntut amalan2 solat terawikh yg boleh menarik dia untuk ke syurga, dan dituntut pula dgn kita yg menyebarkan kelebihan2 itu, dari mana kita mahu ambil segala kelebihan untuk diberikan padanya.

Jadi harapnya pada yg tidak tahu, ambil tahu la..ini untuk kesucian agama Islam..bidaah itu adalah dilarang sama sekali dalam agama..untuk bacaan lebih lanjut ttg hal ini boleh la klik link di bawah

  1. http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06
  2. http://www.ciktom.com/hadis-palsu-kelebihan-solat-tarawih-di-bulan-ramadhan/
  3. http://www.norfanil.com/2011/08/kepalsuan-hadis-fadhilat-solat-terawih_02.html
  4. http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/08/fadhilat-kelebihan-solat-sunat-tarawih.html
  5. http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=660
Sesungguhnya niat tidak menghalalkan cara..akhir kata selamat beramal. Semoga info yg sedikit ini boleh menyelamatkan kita dari mencemarkan agama Islam

4 comments:

mun said...

thanks for sharing yana.....

FAD RMLN said...

tq yana share kan link2 ni.

Ida Iar said...

buat solat terawih biorler dgn seikhlasnye...bukan kerana mengejar ganjaran tertentu..klu ade "kelebihan2 pada malam tertentu" hanya buatkan org kdg2 memilih malam mana aje yg dia nak buat amalan sunat yg istimewa ini.

alangkah bertuahnye diri klu dpt full terawih sebulan plus bertemu malam al-Qadar itu.

Nor Suhada said...

tq ya yana coz sharing