Wednesday, August 10, 2011

Hikmah yang baru dijumpai

Salam 11 ramadhan..diharapkan hati kita masih lg dipimpin dengan hidayah Allah sepanjang ramdhan penuh berkat ini. Diharapkan hati kita lembut untuk mengejar sebanyaknya pahala, mencari hadiah tersembunyi yg Allah janjikan kepada kita sebagai hambanya sbb bila Allah izinkan kita untuk bertemu ramdhan maknanya ada hadiah yg Allah hendak bg..carilah hadiah tersebut.

Aku sebenarnya baru membaca kisah kronologi kehilangan suami yg menimpa pn Salwa baru2 ini. Ya Allah betapa besarnya Allah..subhanallah..betapa agongnya Allah..menitis laju air mata bila membaca ayat demi ayat kisah keajaiban Allah itu. Sememangnya ujian Allah pd yg mampu. Alhamdulillah Allah izinkan aku untuk membacanya. Aku ingin mengambil pengajaran dari kisah itu. Aku ingin didik hati kudus aku untuk mengenal Allah..

Sebenarnya perasaan kehilangan suami pernah aku rasa. Tapi hilang yg aku rasa hanya 5% shaja kalau nk dibandingkan dengan perasaan Pn salwa. Tetapi walau 5% namun cukup buat hati aku begitu panik, begitu gundah begitu takut dan segala rasa yg tidak keruan. Aku tidak pasti kalaulah aku kehilangan suami berhari2 seperti yg dialami pn Salwa, masyaAllah aku tidak mampu untuk menanggungnya.

Alkisahnya benda tu berlaku semasa kami berbabymoon di bt pahat thn lepas..seingat aku waktu tu aku mengandungkan Husna 6 bulan. Kami sampai di ayer hitam sewaktu maghrib. Sebelum singgah untuk makan malam, kami singgah di Petronas untuk buang segala hajat. Dijadikan cerita tandas lelaki penuh jadi suami 'Q' smentara aku boleh terus masuk. Bila aku keluar suami masih menunggu..aku tawarkan supaya masuk dalam tandas perempuan semtra tu aku jg kt luar. Tp suami menolak. OK tidak mengapa. Jadi sementara menunggu dia selesai aku mintak izin untk masuk kedai mesra.

Selesai membeli air mineral dan air nescafe untuk suami, aku kembali ke belakang. Tiada kelibat suami..Dalam hati mungkin suami sedang dalam tandas..Tetapi bila melalui tandas, pintu tandas terbuka luas. Aku jenguk lagi, mmg tiada..Aku jenguk di dalam surau. Juga tiada kelibat suami. Aku cari sekeliling kawasan di belakang tu, juga tiada..Kereta masih ada, tp kereta berkunci. Maknanya suami tiada dalam kereta. Dalam hati hanya Allah yg tahu, aku tidak tahu apa yg nk dibuat..Aku kembali ke kedai mesra takut2 masa aku kluar suami baru masuk..tp hampa juga tiada. Aku telefon suami..tp talian dimatikan. Entah berapa kali aku cuba telefon tp setiap kali tu jugak dimatikan. Ya Allah aku sangat takut. Kunci kereta pada suami. Aku keseorangan.. Suami diculik. Itu anggapan pertama aku. Malah anggapan2 negatif yang lain juga uturut muncul. Tiada langsung yg positif. Hati tidak putus2 menyebut Allah. sesungguhnya aku takut..lagi2 di tempat org..akhirnya aku menangis.

Tidak lama kemudian, aku menerima sms..ye sms dari suami. Alhamdulillah akhirnya ada berita dari suami. Ya Allah leganya masa tu hanya Allah yg tahu. Rupanya2 suami berada dlm tandas wanita. Dia tidak dapat keluar sbb ada ladies yg masuk. Jadi die segan nk kluar sbb dh masuk toliet wanita. Ladies tu pulak mmg sedang menunggu..that's why dia tidak angkat telefon sbb tidak mahu suaranya kedengaran. Ya Allah, betapa menguji diri ini. Nk gelak pun ye, geram pun ye. Akhirnya die jerit dari dalam " Kak, mintak maaf..sy terpaksa masuk toliet ni sbb emergency" mcam tu la lebih kurang...then dengan tebal muka dia keluar. Aduh..tidak pernah terlintas langsung di fikiran aku dia akan masuk toliet wanita..

Begitu la kisah kecil aku kehilangan suami..sebentar cuma, tidak sampai sejam pun..tp cukup memberi kesan. Tidak mampu untuk mengharungi kehilangan insan tersayang. Mahu bayangkan pun sudah boleh membuatkan aku menitiskan air mata. Itu cuma ujian sedikit. Allah tidak izinkan berlaku kalau bukan untuk aku kutip pengajaran di sebaliknya. Namun baru sekarang baru aku kutip hikmahnya..baru sekarang baru aku sedar, baru aku terfikir setelah bc kisah pn Salma, baru sekarang aku terasa betapa pentingnya setiap hari bila bangun pg, perlunya aku bersyukur pd Allah sbb masih panjangkan umur suami...suami masih sihat..suami ada di sisi bersama aku, suami selamat dari bahaya..dan betapa pentingnya aku bersyukur aku dapat berjumpa semula dengan suami selepas kerja..alhamdulillah..terima kasih Allah..terima kasih juga melintaskan niat untuk aku berkongsi di sini supaya siapa yg membacanya juga dapat mengambil pengajaran di sebalik takdir Allah ini.


4 comments:

aien said...

hahhaha lawak la yana ni. buat org debo jek. =P

Unknown said...

Kelako! Hehe.. Fahmi~ Fahmi~

nanonano said...

kehkehkeh citer lawak :p

antalya said...

ok kejadian tu mmg cuak giler.kehilangan suami di bumi asing.ishhhh mmg cuak lah