Sebut Syawal, pasti la kita semua beraya. Sebut syawal juga, pasti sinonim dengan 'open house'. maklum saja, bulan ini je yg paling ramai orang jemput makan2 'free'. Dalam bulan syawal juga, anak2 kecil dapat duit free yg kita panggil duit raya. Owwh Husna hampir 400 duit raya tahun ni. Zaman aku kecil2 dulu xpernah merasa sampai angka ini. Kalau di sekolah bila tanya kawan2 dapat berapa duit raya, aku memang kagum sungguh pada yang berjaya cecah 200. Masa tu akan fikir agaknya sedara mara semua bagi not merah sebab itu jadi banyak. Tapi walau seringgit yg diterima, tetap gembira. Aku hanya berjaya cecah angka 200 tu bila dah masuk uni..Yela, dh besar panjang, duit yang dapat pun besar juga la. Lagi banyak lagi lebarlah senyuman.
Itu cerita dulu.
Keseronokan mendapat duit raya memang tak dapat dilupa. Tetapi situasi dulu dan kini sudah berbeza. Kalau dulu dapat dua ringgit sudah senyum lebar tanda suka. Lima ringgit jarang-jarang dapat. Jadi kalau dapat wah seronok bukan main. Sepuluh ringgit biasanya dari orang yang kaya2 sahaja. Dapat yang itu rasa nk tayang semua orang. Sukanya xterkira.
Tapi sekarang bila zaman sudah berubah, bila nilai wang ringgit semakin tinggi, anak kecil seumur 4 tahun pun sudah pandai mengomel. Dapat sampul berisi duit, segera dibuka. Kalau seringgit yang diterima, bunyinya mcm ni
"Seringgit je? Cikitnya. mana ada org bg seringgit skrg ni"
Kalau dua ringgit pula..ayatnya lain pula " Eh berapa dapat? Dua ringgit je..Pakcik A bagi lima ringgit. Pakcik B ni kedekut la"
Apa sudah jadi dengan erti sebenar duit raya? Paling penting kenapa anak kecil itu boleh mengomel sedemikian?
Tiada yg terbaik melainkan ibu bapa sendiri yang mendidik anak tentang duit raya. Aku dulu pun tidak tahu erti duit raya. Tapi aku akan make sure Husna akan faham apa itu duit raya. Bukan sekadar duit tp lebih dari itu. Suka aku nk kongsi hasil penulisan di blog AnakkuSoleh.com tentang duit raya. Kata penulis;
#1 : Duit adalah salah satu rezeki Allah.
Maka duit bukan datang dari manusia tetapi datang dari Allah. Jadi anak seharusnya diajar berapa pun dapat, tidak kira seringgit, dua ringgit hatta lima puluh ringgit sekalipun itu lah rezeki Allah untuknya. Kalau nilai yang diterima dipertikaikan maka sama la ertinya kita mempersoalkan banyak mana Allah nk bagi pada kita. Jadi sebenarnya bukan Pakcik A, Makcik B, Uncle C or Aunty D yg bg tp Allah yang bagi. Duit dtg dari punca yang satu.
Jika anak tahu semuanya Allah yang bagi, maka dia tidak kisah Pakcik A bagi berapa, aunty D bagi banyak mana. Betul tak?
#2 : Allah tambahkan rezeki bg umatnya melalui amalan.
Ajar anak kenapa mereka dapat duit raya? Bukan disebabkan hari itu adalah hari raya maka semua org akan dpt duit raya. Tp ajar mereka bahawa mereka dapat duit raya sebab melakukan amalan baik yg disuruh Allah, kerana mereka solat, kerana mereka puasa, kerana mereka tolong ibu dan ayah maka Allah bagi ganjaran dalam bentuk duit raya. Siapa tolong Allah maka Allah akan tolong dia. Sematkan ayat ini dalam jiwa anak.
#3 : Allah tambahkan rezeki pada org yg bersyukur.
Ajar anak erti syukur. Dapat seringgit syukur. Dua ringgit lagi perlu syukur. Bukan mengomel bukan terima kasih aje tp terima kasih, alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memberi rezeki. Ucapan yang pendek tp jika menjadi amalan pasti akan terkesan dalam jiwa anak2.
#4 : Pergi beraya bukan untuk dapat duit raya tapi untuk dapat ganjaran Allah.
Kebiasaannya anak2 akan fikir kalau xpergi beraya, xdapat la duit raya. Maka akan timbul anggapan beraya adalah untuk kutip duit raya, bukan untuk berziarah atau bermaaf-maafan. Ajar anak ganjaran org yg menziarahi org lain, kenapa perlu berziarah. Insyaallah masalah 'malas ikut' atau 'terpacak depan tv' semasa hari raya tidak akan berlaku.
Sebut pasal hal dtg beraya, teringat dua hari lepas. Kanak2 di kuarters ketuk pintu rumah. Bila dibuka katanya "Nk raya" Ooowh nk dtg beraya.
Aku jemput masuk.
Kebetulan suami ada buat spagheti, terus aku hidang untuk santapan. Sepanjang makan, aku saja yang banyak cakap. Tanya itu ini. 10 patah ditanya. 2 patah dijawab. Seorang makan habis. Lagi 2 macam dipaksa makannya.
Sementara menunggu yang 2 lagi makan, aku dah perasan adegan cuit mencuit bawah meja. " Nk duit raya erk?" Tanpa berlapik terus aku tanya.
Elok je bg duit, diorg cakap " nk balik dulu". Spagheti dibiarkan berbaki dalam pinggan..alahai
Esoknya masa keluar untuk pergi kerja, aku tgk bertaburan sampul duit raya di depan rumah dibuang macam tu je. Pantas sungguh melihat isi dalam.Maka kesimpulan yg boleh aku buat 'nk raya = nk duit raya"
#5: Harta kita bukan la sebanyak mana duit yang berjaya kita simpan di bank ttp sebanyak mana yg kita simpan dalam khazanah Allah.
Ajar anak ttg salah satu ganjaran yg tidak putus walaupun meninggal dunia. Ajar anak untuk bersedekah dengan harta yang ada. Bukan untuk compete siapa yg dapat lebih. Tp didik jiwa anak harta adalah untuk dikongsi dengan yang memerlukan.
yg ini lebih layak dpt duit raya
Tahun ini Husna masih tidak faham apa itu duit raya. Tahun depan, mungkin dia pun sudah pandai menilai mana kertas kosong dan mana duit. Itu anggapan aku. Tahun seterusnya mungkin dia sudah tahu berapa banyak duit raya yang dapat. Semakin besar mungkin dia akan fikir nk buat apa dengan duit raya. Jadi seharusnya melentur buluh biar lah dari rebungnya. Husna seharusnya faham duit adalah kurniaan Allah, bukan untuk dimegah2 dengan nilai dan bukan juga untuk dinikmati seorang diri. Harta tidak akan bernilai jika solat 2 rakaat pun tidak dilaksanakan. Teringat kata2 Prof Dr Muhaya:
Anak yang dididik dengan harta akan subur nafsunya
Anak yang dididik dengan agama dan kasih sayang akan subur hatinya.
Pilihan di tangan kita. Anak adalah amanah. Betapa besar pun tanggungjawab ia adalah amanah yang wajib dipikul. Buat lah pilihan terbaik demi agama. Demi Allah Tuhan sekalian alam..
Wallahualam...
Note: Betapa sukarnya mendidik anak pd zaman super mencabar. Moga sentiasa diberi ilham oleh Allah untuk menyuntik jiwa anak dengan takwa dan iman. Mudahkan Ya Allah! Jadikan kami contoh teladan yg terbaik..
5 comments:
agreed ngan kata2 akak. anor pun terpikir menda sama tiap kali sambutkan duit raya iskandar & hulurkan duit raya pd anak2 sedara...
bila collect byk nanti, mula la berlagak. tak pasal2 tumbuh sifat bongkak/takbur dalam diri. minta dijauhkan dari anak2 kita kan kak...
betul tue yana mun setuju sgt2...vudak2 sekarang beraya sebab nak duit raya jeee....tak paham ape itu maksud raya..kadang2 kite bagi duit raya tak salam pon..amik gitu jeee
mcm ne ek,
nak slhkan mak bapak pun tidak,
mmg dah jd tabiat budak2 kot,
derang mmg akan xcited klu dpt duit,
mika yg xtao brape nilai duit pun,
tiap kali dpt angpau,
dia cpt2 akan koyak ambik duit n sampul buang,
means dia dah reti bezakan duit ngn sampul,
tp klu dpn tuan rumah, ibu2nye cpt2 tahan, takot tuan umah segan dgn nilai yg diberi
tp
cmne nk atasi mslh ni ek?? hrp2 bl dah bsr sket nanti, dah bley fhm arahan & dgr ckp ibunye, huhuhu
relyza: do the best for our children..ajar mereka apa yg spttnya emreka tahu
mun:jgn jadi pd anak kita..biar kita jd judges pd anak kita bukan org lain
nano: na, mika tu kecik lg, pd umur skrg dia mmg tak tahu erti lg..tp insyaAllah bila die makin besar, akal makin berkembang dia akan tahu..dan masa tu kita kene serapkan ckit2 apa yg ptt die tahu..so jgn risau :)
like like like. =)
Post a Comment