Sebetulnya aku ni kurang arif dari segi nk menguruskan kewangan. Bila dapat gaji, pembahagian perbelanjaan tak pernah dibuat. Tidak pernah ada catatan untuk makan berapa, untuk perubatan berapa, untuk bil brapa, untuk pakaian berapa..untuk mak ayah berapa..pendek kata mmg tidak ada langsung rekod perbelanjaan untuk sebulan gaji.
Semuanya adhoc..sampai bil bayar..rasa nk shopping maka shopping..kalau teringin nk makan something maka beli..tgk baju cantik, kain pasang yang cantik..terus grab dan bayar..tiada had untuk setiap perkara. Bahaya kan amalan mcm ni. Kalau bujang tidak kisah sangat. Kalau dh kawin tp belum punya anak boleh tahan lg. Tapi kalau dh ada anak, dari seorang kemudian berderet 3..4..maka awas! Amalan ini bakal menjerat diri sendiri.
Jangan tiru perangai aku...;p
Jadi ape ke halnya nk bg tips kewangan? Uolls, seteruk2 perangai aku yg xbrape nk senonoh bab gunapakai duit ni, aku tetap istiqamah menyimpan untuk masa depan especially untuk bekalan nk naik rumah tahun depan. Jadi tips yg nk dikongsi kt sini adalah sebenarnya lebih kepada tips nk simpan duit secara konsisten. Bukan kalau ada baru simpan. Kalau tak ada makanya xde la nk nyimpan..Tips aku ni xbanyak mana tp tips ni adalah amalan aku selama ini;
#1: Tolak gaji awal-awal untuk simpan
Dari mula2 kerja lg aku dh isi siap2 borang tolak gaji untuk masuk akaun TH. Bila dh auto tolak, xsusah lagi dah nk fikir nk simpan berapa. yang pasti setiap bulan adalah WAJIB! Jumlahnya, BIARLAH RAHSIA. So untuk uolls, up to u, ikut kemampuan. Tips ni aku dapat dr mak aku. Masa my mom kerja dulu dia tolak gaji untuk akaun TH dia dan kami 3 beradik. Jumlahnya lebih dr 10% dr gaji mcm yg org kewangan selalu sarankan kalau nk potong untuk simpanan. Memang jauh sangat la dr 10% tu..kalau ikutkan gaji mak aku dulu xbanyak mana pun..dh berpuluh tahun keje pun xsampai 2K. Tp my mom manage to handle the balance. Yg ni aku tabik. Dan hasil dari simpanan tu memang berbaloi2..dan aku pun mcam bling2 juga tiap kali belek buku TH mak aku tu..seronok!
Dari itu aku pun cam terikut2 jugak. Nekad mahu buat perkara yang sama. Tapi satu nk diingatkan. Bila dh tolak gaji, jangan pula lepas itu dikorek semula duit tersebut dalam bank. Seboleh2nya simpan kt tempat yg susah nk ambil. Kalau korek, tiada guna anda tolak gaji! Tips nk elak perkara ni dr terjadi, kalau TH, jangan buat pd kad yg boleh access akaun TH..Tapi kalau boleh control diri atau percaya pd diri sendiri, boleh la buat sebab nnt kalau ada lebihan duit senang nk transfer untuk simpan lg, xperlu amik nombor kt kaunter pej TH :)
#2 : Relakan jika suami nak bayar apa2 je
Tips ni aku tak ambil dari kata-kata seseorang tp xingat di mana. Katanya " Biar duit suami habis dlu baru kita offer duit kita" Hehehe bunyinya macam sedikit kejam. Kata kerja sama-sama. Sama-sama mencari duit untuk ringankan beban keluarga. So kenapa guna duit sebelah pihak je?
Tidak mengapa :)
Relakan sahaja kalau suami nak bayar segala bil, nk bayar hasil shopping penuh troli di giant, nak bayar kereta, nk bayar insurans anak..Lagi pula itu memang tjawab dia. Jadi biarkan dia jalankan tanggungjawab tersebut. Dapat pahala sedekah lagi kalau dia betul2 ikhlas. Bila dia kata, " Yang, abg ade rm20.90 je sementara gaji " Maka masa tu baru offer la duit kita :) Dan masa tu biasanya hadir bila hampir waktu gaji. Jadi penggunaan duit kita adalah minimum sahaja. Sekurang2nya kita tetap membantu meringankan beban. Tp kalau kesiankan suami yg banyak keluarkan belanja, sekali sekali tidak salah juga kalau kita pula yg hulur duit.
#3: Cuba berbisnes
Tips ni kalau betul2 ada masa, ada keinginan dan ada kesungguhan. Kalau separuh jalan biasanya tak berapa nak jadi. Duit untung dari bisnes tu selain buat pusing modal boleh la simpan sikit-sikit.
Nk bisnes apa? Seelok-eloknya bisnes barang yang kita minat. Kalau minat tahan lama sikit la bisnes tu bertahan. Xkisah la nk bisnes kecik2, jual puding kt opis ke..at least ada juga duit lebih yang dicari.
Mak aku cakap muda2 ni cari pendapat sampingan. Sebab kadang2 kita tak tahu apa akan jadi masa depan. Kalau nilai wang sekarang ni dh jauh lebih tinggi berbanding dulu, 10 thn 20 tahun akan datang pasti la lg tinggi. Jadi sediakan diri untuk segala kemungkinan.
Belajar sikit2 ilmu bisnes. Kalau ada warisan keluarga, lagi bagus..Belajar2 la libatkan diri. Macam aku, mmg darah bisnes kot..dari nenek moyang lg jenis yg bisnes. Abang aku pun dari bidang engineering lari masuk bisnes kes jiwa lebih berat pd bisnes.
#4 : Lebihan gaji, simpan lg
Tips no 4 ni sikit-sikit ada la juga kaitan dengan tips no 2 tu. Bila dah penggunaan duit sendiri kurang, biasanya akan ada lebihan sebelum next gaji tiba. Maka lebihan tu transfer terus masuk TH sebagai tambahan simpanan. Apa yg aku buat, transfer dulu then amik ckit wat g shopping before gaji..sebab biasanya time gaji time tu la shopping complex mcm ade acara menarik. Jadi xnak bersesak2 terutama kt giant tu, shopping 1 day before gaji..confirm lengang parking, lengang baris nk beratur untuk bayar. Kalau nk derma itu lagi bagus. Boleh gandakan lagi saham akhirat dan rezeki.
Jadi pandai-pandai sendiri la urus kalau nk ade lagi balance gaji tu :)
#5 : Amalkan solat dhuha
Sebenarnya ini tips paling penting. Penarik rezeki paling hebat adalah dengan solat dhuha. kenapa aku kata penarik rezeki paling hebat? Cubahayati maksud di sebalik doa dhuha
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah
kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu
,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya
Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di
dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah.
,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan,
kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah
engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Subhanalllah! Sangat hebat bukan?
Ok aku ni bukan la jenis yang konsisten solat dhuha..kadang-kadang malasnya xboleh nk cakap. Kalau bukan sebab malas pun, kekangan masa. Kalau kelas pagi penuh maka terlepas la. walau hanya xsampai 5 minit pun tapi begitu begini akhirnya tak punya ruang. Tapi yang 5 min tu sering buat kita jadi alpa.
Tapi aku sarankan, kalau rasa macam rezeki berat dan susah, rasa dah macam usaha tapi hasilnya belum ada, cuba amalkan..InsyaAllah..kadang-kadang rezeki tu datang tanpa diduga. Dan kadang-kadang rezeki tu walau tidak datang dengan wang ringgit tapi kita akan rasa lapang walaupun duit gaji lambat lagi..Alhamdulillah setakat ni tak merasa lagi sesak nafas nak tunggu gaji.
Kesimpulannya, er tajuk macam xde kaitan sangat je dengan isi, yer dop? hihihihhi belasah le labu..
Apepun, pesanan penaja, 'selamat beramal' Moga keberkatan mengiringi segala usaha :) tapi ingat, duit bukan la segalanya tp segalanya memerlukan duit.
5 comments:
tips no 2 fie setuju. hehe. tips last tu akan cuba dipratikkan setiap hari.
Nice tips dear...... :) huhuhuhuhu
thanks for sharing yana...bgs tip-tip nie...
wardah: hihihihhi kite si isteri harus setuju :)
mrs nageb: sharing is caring
mun:mane leh ikut ikut je mun :)
yeah..sgt setuju.tp part ada lebihan duit tu yg payah.asal ade lebih,mesti rasa nk abiskan
Post a Comment