Gitu la gayanya kalo dah semangat. Buat apa pun bila kita punya semangat, hasilnya pasti jadi. Itu lah kuasa semangat. Yeaaaay! bersemangat! Semangat potong kain, mesti semangat juga untuk cantumkan kain2 itu. Projek kali ni adalah lunch bag tp beg ni boleh letak apa sahaja, paling sesuai boleh letak kain sembahyang.
Saya amik masa 2 malam untuk siapkan bag ni. Campur masa utk potong kain 3 malam. Hanya waktu malam sahaja yg boleh sentuh mesin sbbnya saya tidak boleh menjahit kalau my cenonet tidak tidur. Dia sentiasa jeles jika sy buat benda lain dan tidak tumpukan perhatian padanya. Kalau mahu dengar dia meraung, sila la menjahit..Kehkeh anak manja. Nasib la dia jenis tidur awal..lagi senang kerja menjahit saya :) Bila bangun pagi, sy bg dia pegang hasil jahitan saya, mesti dia akan kelek macam mak nenek kelek bakul nk ke pasar sambil mulut akan sebut " antik! antik!" bila ditanya cantik ke tak? Hehehehe itu lagi satu kepuasan saya..walau dia tidak mengerti sejauh mana nilai hasil jahitan saya, tapi gelagatnya boleh buat sy tersenyum gembira.
Balik pada bag. Semua kain yang digunakan adalah designer cotton (dc) by michael millier kecuali yg bhgn dalam. Saya sendri tidak pasti bila sy mula jatuh cinta pada dc, walhal harganya mahal. Mungkin sejak join group buy..Ini lagi satu kelemahan perempuan, asal cantik sudah tidak kira berapa nilainya..dan koleksi dari michael miller adalah kegemaran sy dek kerana designnya yg unik n cute. Bila mahal, nk guna pun sayang..tp apa guna beli kalu hnya nk simpan..kan..kan..kan..
10 comments:
comeynya...amik tempahan tak? ;p
ok yana,
kita jeles
^__^
nak order 1 boleh tak?
untuk letak kain solat juga
:)))
hebat!
syabas..
psst. kul baper tido?hehe
cantiknyeeeeee..
mcm nk tempah 1,
bukak price dlu :p
waahhh!!! bestnya..bestnya
dah ada mesin jahit
setakat ni minat menjahit masih dipendam sebab masih jatuh cinta ngan aktiviti membakar..
xpe..nanti dah meluat tgk oven
boleh bodek laki beli meisn jahit lak
cik nas: setakat ni blum lg..sbb masih bnyk nk kene betulkan dr segi kekemasan
ann:kite pun jeles ngn ann leh baking kek cun2..hihih ann, xberani nk open order lg sbb jahit pun senget benget lg
k.ida: tidur kol 1 lebih mcm biasa..kui2
nano:hahahaha tungggu...xleh open order lg
dayu:teruskan dgn minat membaking..mahal tu beli oven besar..rugi tak pulun habis2
oh sgt cantik lah, aziyana.. dah mcm pro.. bila dah open order, bgtau ye..nk order gak nih.
cantiknya kak... boleh buat bisnes dah ni.. :)
cantik nak tmph boleh tak..satu nak huat letak kain smayang..satu lagi nak buat beg bekal....hehehe.....bolehlah yana
memang tak hingat dunia la kalu dah berkepit nagn mesin jahit,sama macam hajad hati saya..hehe tapi tak berkesempatan nak buat beg..cinonet saya pun memang kuat cemburu..nak jahit malam2 lak cik abaang lak yang cemburu..kkekkee..apapun kalo dah minat memang tak leh kira..kain memang bercinta nak membeli..
Post a Comment