Friday, March 2, 2012

Selama ini saya mengumpul dosa

Saya nak berkongsi tentang aurat lagi....
Asyik la bercerita ttg aurat...mungkin ada yang sudah menyampah..mungkin ada yang berkata " macam la dia tu baik sangat" ....hehehehe...ups berprasangka pulak saya..maaf ya..

Semalam, balik dari ambil Husna dr Educare sy melencong ke kedai runcit di IM8 untuk beli barang keperluan nk buat potluck la konon2nya kt opis..(alih2 sy sorg je yg bawak makanan..kahkahkah). Bukan makanan berat sangat pun..puding raja saja..puding yang telah diubahsuai, no jala emas, no prune, no kacang gajus, no buah ceri tapi isinya hanya pisang goreng plus buah2an cocktail saje..Hasil air tangan mak..Mau harapkan diri sendiri yang buat pagi2 tu rasanya tidak kot.

Ok berbalik pada topik. Lepas beli brang2 keperluan, ternampak majalah Solusi #41 : Tutup Aurat Supaya Selamat..Dah lama tak beli. Tgk tajuk depan mengenai Aurat, terus saya capai kerana saya fikir ianya adalah sesuatu yang penting untuk saya, sangat berkaitan dengan kehidupan saya. Mungkin juga boleh jadi bahan saya untuk perbincangan di waktu sesi perjumpaan dengan pelajar2 di bawah jagaan saya.


Sesuatu yang sangat menarik untuk dikongsi di sini. Mungkin ada yang tidak tahu, aurat kita semasa berada dengan keluarga juga perlu dijaga. Saya petik sedikit apa yang terkandung dalam topik perbincangan tentang aurat dalam Solusi kali ini:

Aurat wanita di depan ajnabi = aurat dlm solat(seluruh badan kecuali muka & tapak tgn
Abang ipar & anak saudara lelaki sebelah suami = ajnabi
Suami ibu saudara = ajnabi
Sepupu lelaki & anak sepupu lelaki= ajnabi


Lihat di sini..hatta dengan keluarga juga perlu lah ditutup sebaik2nya sama seperti kita dalam keadaan solat. Sebenarnya terkena batang hidung sendiri. Saya sendiri sebelum ini tidak pernah menutup kaki apabila pulang ke kampung bilamana ramai ahli keluarga termasuk ipar duai, sepupu2 dan suami kepada ibu saudara berkumpul, malah pernah juga menyarungkan tshirt lengan pendek. Walaupun kepala sentiasa bertudung ttp ianya ttp tidak sempurna. Segunung manakah timbunan dosa saya waktu itu, hanya mampu berharap agar Allah ampunkan dosa saya. Selama ini saya mengumpul dosa.

Ya, saya tahu saya buat dosa. Kerana sudah ada peringatan untuk diri saya agar menutup dengan sempurna apabila berhadapan dengan ajnabi tapi dek kerana khilafnya diri saya, alpanya saya dan tidak takutnya saya, saya abaikan pesanan itu. Bukankan itu dikira berdosa kerana saya sudah tahu salah tapi saya buat juga.

Mungkin ada antara kita berfikir, "takkan la sampai macam tu sekali" atau "susah la nk berstokin bagai, tutup segala, nk masuk dapur nk buat kerja rumah nk masuk bilik air takkan nak masuk ngn stokin skali" dan mungkin ade lg anggapan2 yang lain. Ya, sy juga berfikir begitu..apatah lagi jika kita selalu di dapur bila pulang ke kampung. Tetapi sekali lagi saya perlu untuk cuba tanamkan dalam hati, AURAT ADALAH HAK ALLAH, bukan hak saya untuk sesuka hati mengabaikannya mengikut keadaan saya dan mengikut keadaan sekeliling.

Ya Allah, saya mohon apabila sy berada di kalangan ajnabi selepas ini kuatkan hati saya untuk menutup aurat saya dengan sempurna. Saya mahu hidup saya selamat dengan berkat Allah..Saya mahu bilamana saya jaga hak Allah, begitu juga Allah menjaga saya dan seluruh ahli keluarga saya..ameen...

Saya juga mahu kalian yang membaca entri ini juga begitu..dijaga dan disayang Allah..jika kita mengaku kita beriman pada Allah, maka akurlah pada setiap perintah Allah..insyaAllah selamatlah kita..






3 comments:

sharEna said...

my 1st and 2nd sis mmg tutup aurat klu balik kg.ramai2. my lil sis yg da kawen pon sama.

tp x tutup sempurna. usually tang lengan pendek la. pastu pakai baju klawar kan. hihi

kite? x ttp. tudung pon x pakai. pdhal mmg tawu kena tutup.

sy berniat nak tutup jg mcm kakak n adik tu. tp biar tutupnya sempurna. tidak berlengan pendek tp bertudung. insyaAllah tahun nie jgk nk capai azam tu =D

yg pntng ada rasa nk buat perubahan yg baik. kalo rasa itu pon tak ada, apo nk dikato?

fana said...

gut info

Nurul aziyana said...

ena:insyaAllah moga kita sentiasa diberi hidayah utk berubah ke arah kebaikan..

farhana: sharing is caring