Wednesday, September 17, 2014

Punca sebenar jerawat di muka kini didedahkan dan cara mengatasi

Sesi consult pelanggan saya yang mempunyai masalah JERAWAT biasanya mengambil masa yang agak lama. Saya akan bertanya macam-macam jenis soalan berkaitan jerawat sehingga saya dapat tahu apa sebenarnya punca masalah jerawat mereka. Ini penting kerana saya hanya akan sarankan vitamin bergantung kepada jenis masalah mereka. Haaa penting juga lah kan mencari pengedar Shaklee yang betul-betul boleh membantu anda supaya anda dapat kepuasan maksima. Entry kali ni saya nak berkongsi PUNCA SEBENAR masalah jerawat yang dihadapi oleh kebanyakan dari kita.


Tonton Video Yang dah bantu ramai orang hapus jerawat secara total 



Dalam perubatan cina, masalah jerawat yang keluar di bahagian tertentu di muka mewakili masalah kesihatan pada bahagian-bahagian berlainan dalam badan. Untuk mengetahui apa masalah kesihatan bila jerawat keluar di muka, dagu, pipi, dahi dan lain-lain, jangan ketinggalan untuk baca sampai habis.


credit: http://www.healthdigezt.com/

Bertuah CikJan ni, dulu jerawat seluruh muka sampai merah2.. 7 tahun terseksa..tapi tengok la rupanya sekarang..ade story di sebaliknya kenapa jerawat beliau hilang..jemput tonton


Jerawat di Dahi Atas 
Punca: Sistem pencernaan dan Pundi Kencing
Apa yang perlu dilakukan:

  • Air minuman membantu untuk mengepam keluar toksin dalam badan anda, jadi tingkatkan pengambilan air dan lihat pada makanan yang anda makan.
  • Kurangkan pengambilan minuman bergas dan minuman yang tinggi kafein. Lebih baik minum teh herba terutamanya teh hijau.
  • Kurangkan memakan coklat, kek, air limau dan Coke dan minum lebih banyak air mineral.Makan makanan yang membantu menghapuskan toksin dari badan seperti minum air lemon.
  • Amalkan tidur awal (10:00pm) dan bangun awal (6:00am).  
  • Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
  • Tingkatkan kebersihan diri terutama kebersihan rambut dan topi (jika suka pakai topi)
  • Teh hijau, air lemon dan buah beri juga boleh membantu kerana ini adalah makanan yang kaya dengan antioksida
====================================================
Baca juga >> Cara Rawat Jerawat Bernanah Buat Malu Nak Jumpa Orang
====================================================

Jerawat di Dahi Bawah (Lower forehead)
Punca: Jantung 
Jantung anda adalah organ besar yang mengepam darah ke seluruh badan anda. Jika ia tertekan kerana pemakanan yang tidak sihat, tidak aktif dan pelbagai tekanan mental dan fizikal, maka bukan sahaja anda akan mendapat jerawat di dahi bawah, seluruh tubuh anda akan terjejas teruk jika masalah ini tidak diatasi. Hati yang sihat penting untuk melakukan senaman menguatkan jantung, dan juga makan makanan yang sihat serta mengelakkan stress. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Cuba untuk bersenam 
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air 
  • Makan makanan yang sihat sebaik-baiknya yang mempunyai kolesterol rendah dan diet serat yang tinggi 
  • Jika merokok, usahakan untuk berhenti merokok
Jerawat di telinga 
Punca: Buah pinggang 
Apabila buah pinggang tidak dijaga, jerawat yang menyakitkanakan tumbuh di telinga anda yang biasanya susah untuk hilang. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Tingkatkan pengambilan air 
  • Elakkan makan makanan yang masin dan tinggi kafein 
  • Bersihkan buah pinggang anda dengan diuretik seperti kaedah daun sup/pasli dan air. Klik link ini untuk mengetahui cara-cara menyediakannnya 
=================================================
Baca juga >> Cara Atasi Jerawat Kronik Dengan Set Jerawat Shaklee
=================================================

Jerawat di sekitar Mata dan antara Bulu kening 
Punca: Hati 
Kulit berminyak, kemerahan dan jerawat antara kening boleh menunjukkan bahawa hati anda mungkin telah overworking dan memerlukan pembersihan. Senang cerita, perlukan detox!
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C (kiwi, lada manis, oren) 
  • Cuba elakkan makan lewat malam; terutama sebelum tidur kerana badan anda tidak akan memecahkan makanan dengan berkesan, yang membawa kepada terbentuknya toksin.
  • Kurangkan lemak, manis, makanan berminyak, alkohol dan diari, terutamanya jika anda mengalami alahan pada laktosa.
  • Antara makanan yang terbaik untuk membersihkan hati anda termasuk bawang putih, limau gedang, teh hijau, lobak merah, bit, sayur-sayuran berdaun hijau, lemon dan limau.
===================================================
Baca juga >> Bagaiman Nak Atasi Jerawat Teruk Dengan Berkesan dan Selamat Tanpa Bahan Kimia
===================================================

Jerawat di Pipi Atas
Punca: Paru-paru dan Sistem Pernafasan 
Tekanan ke atas paru-paru mungkin menyebabkan jerawat keluar di pipi atas. Tekanan ini termasuk merokok, asma, alahan, dan jangkitan paru-paru. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Elakkan merokok dan merokok pasif 
  • Senaman
  • Elakkan kawasan yang tercemar terutama asap kenderaan 
Jerawat di Pipi Bawah
Punca: Masalh gusi atau Gigi 
Masalah Gusi atau gigi boleh menyumbang kepada jerawat di kawasan bawah pipi.
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Jaga kebersihan diri: Tukar sarung bantal anda sekurang-kurangnya sekali seminggu, dan lap bhgn bawah telefon anda dengan pencuci antibakteria setiap beberapa hari. 
  • Sentiasa jaga kesihatan gigi, memberus gigi, menggunakan flos dan ubat kumur dua kali sehari dan pemeriksaan tetap di doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun! Jangan hanya menunggu sehingga anda mempunyai masalah gigi untuk membuat temujanji. 
  • Jaga makanan: Makan makanan yang baik untuk paru-paru yang lebih sihat termasuk, kale, kubis dan labu. Termasuk sayur-sayuran segar, oat dan beras perang dalam diet anda. 
  • Jangan makan terlalu banyak 
  • Elakkan makanan segera dan makanan ringan, gula tiruan dan soda 
  • Elakkan mangga, akar keladi dan makanan laut atau makanan lain yang anda mungkin sensitif dan ada kesan alergik.
  • Makan makanan kurang gula
Jerawat di Tepi Dagu
Punca: Hormon dan kemaluan 
Biasanya terjadi pada kanak-kanak perempuan. Apabila jerawat timbul di kawasan tepi dagu, ia adalah satu tanda ketidakseimbangan hormon, biasanya disebabkan oleh haid. Kadang-kadang, tekanan emosi atau fizikal juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Kurangkan tabiat makan sebelum tidur 
  • Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran 
  • Dapatkan rehat dan tidur yang cukup
  • Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
  • Tidur awal dan bangun awal 
Jerawat di Tengah Dagu
Punca; usus kecil dan perut 
Ini juga disebabkan oleh diet yang lemah dan alahan makanan. Elakkan untuk mengambil makanan yang tidak baik. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran 
  • Dapatkan rehat yang lebih 
  • Tingkatkan pengambilan air dan serat dalam diet anda 
Jerawat di Dada dan Leher 
Kawasan dada biasanya disebabkan oleh tekanan, jadi pastikan tahu apa yang membuatkan anda tertekan dan atasi masalah tersebut. Ia juga penting untuk selesa dalam mengenakan pakaian anda. Apabila kawasan sekitar leher berjerawat, ia biasanya disebabkan oleh badan anda sedang melawan jangkitan. 
Apa yang perlu dilakukan: 
  • Cuba untuk hilangkan tekanan 
  • Gunakan pakaian yang selesa 
  • Tingkatkan pengambilan air dan kekalkan pengambilan vitamin C untuk melawan jangkitan.
Dah tahu punca sebenar kepada masalah jerawat yang menyerang anda? Kalau dah faham, step pertama dalam mengenalpasti punca jerawat dah lulus. Step seterusnya adalah mengetahui apa product vitamin Shaklee yang sesuai untuk setiap punca jerawat tersebut. Haaa yang itu kenalah jadi customer saya pulak..tips dan triks yang lebih menarik untuk dikongsi. InsyaaAllah berkesan! Walaupun ramai yang mengalami masalah jerawat, tapi cadangan product untuk setiap orang mungkin tidak sama. Jadi hubungi saya untuk bantu anda dapatkan vitamin terbaik bagi masalah jerawat yang melanda

Apapun meh sy belanja dulu testimoni yang best ni. Dari muka penuh jerawat sampai dapat kulit yang halus mulus. Jangan jeles uolls :)



Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM, Taman Polo

21 comments:

fatimah said...

Perkongsian yg sgt menarik..

Unknown said...

Menarik
Kemariekemarie.blogspot.com

idayu irdina said...

Perkongsian menarik...rmai yg tak tahu cara mengatasi jrwt drpd tmbh...http://irdinasvitafamily.blogspot.com/2014/10/vitamin-lengkap-untuk-ibu-hamil.html?m=1

Siti Rasyidah Razali said...

wow. perkongsian yg sgt bmanfaat

Unknown said...

mohon share?

FOFO COKOLAT said...

Kalau kita sume mslh di ats...vtmn ape yg elok kita ambil

Anny said...

Hidung pula?

N said...

Terima kasih atas info yang amat berguna.
Saya ada jerawat yg dikaitkan dengan hormon. Kena telan GLA banyak2.

Nora Ahmad said...

Terima kasih atas info yg amat berguna.
Saya ada jerawat yang dikaitkan ketidakseimbangan hormon.
Kena telan GLA bebyk.

McGowen said...

Sya 16 tahun.. Di dahi dan hidung penuh jerawat... Kenapa jerawat tumbuh d hidung?

McGowen said...

Saya 19 thn. Sya ada banyak jerawat kat dahi dan hidung.. Nak tanya apa sebab jerawat tumbuh kat hidung?

Didie said...

Info yang menarik. Saya nak minta kebenaran untuk share info ni.

Unknown said...

Sya umor 19 . sya ade bnyak jerawat di pipi belah kanan knpe ye ?

Anonymous said...

Assalamualaikum, nak bertanya ni. Saya berumur 14 tahun, dan selalu naik jerawat di bahagian dagu. Dulu, beberapa hari sebelum 'ABC' sahaja naik tapi sekarang kerap naik di dagu. Apabila naik jerawat di dagu dan keluar putih sikit, saya picit untuk keluarkan ia dan kadang ia keluar seperti nanah/nasi. Sakit sangat. Saya berani mengaku yang saya tak pernah lupa untuk cuci muka setiap malam sebelum tidur dan pada awal pagi selepas bangun tidur. Saya jaga wajah saya sebaiknya tapi mengapa masih naik jerawat ye, mohon jawab kak ☺

kem said...

faktor genetik

Nurul aziyana said...

banyak faktor..bg yang berumur 16 tahun ke atas..biasnaya disebabkan perubahan hormon.

Nur Zahirah & Hafizan Lutfi said...

nice sharing

Cik Norizam said...

Terima Kasih atas perkongsiannya sis :)

Unknown said...

Bagus infonya...kunjungan jg ya gan di http://wwww.jerawatan.id

Shikin Azly said...

menarik perkongsian ni..

Anonymous said...

Thank youu. ,info yg sgt berguna , boleh saya share ?