Monday, September 29, 2014

Vitamin E Shaklee dan Ketumbuhan Sel Tak Normal: Apa Yang Patut Anda Tahu?

Cegah dan Halang Ketumbuhan akibat Sel Tidak Normal
Bolehkah lakukannya dengan Vitamin E Shaklee? Bagaimana vitamin E bertindak untuk mencegah dan menghalang ketumbuhan akibat dari sel yang tidak normal? Apakah kelebihan Vitamin E Shaklee dalam mencegah dan menghalang ketumuhan akibat sel tidak normal? Entri ini membantu anda untuk mendapatkan jawapannya.


Sebelum dihurai lanjut mengenai vitamin E Shaklee ini, saya akan share mengenai punca ketumbuhan berlaku dan kenapa sel boleh menjadi tidak normal.

Tubuh kita terdiri daripada bertrilion sel-sel hidup. Sel-sel badan yang normal berkembang, kemudian membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru, dan mati dengan cara yang teratur. Pada peringkat awal kehidupan seseorang, sel-sel normal membahagi lebih cepat untuk membolehkan manusia untuk berkembang dan membesar. Setelah kita menjadi dewasa, kebanyakan sel membahagi hanya untuk menggantikan sel-sel mati atau untuk merawat kecederaan.

Apakah ketumbuhan?
Ketumbuhan atau tumor adalah satu ketulan yang tidak normal atau pengumpulan sel-sel, tetapi tidak semua ketumbuhan berkanser. Tumor yang bukan kanser dipanggil benign. Tumor benigna boleh menyebabkan masalah seperti ianya boleh tumbuh sangat besar dan menekan pada organ-organ dan tisu-tisu yang sihat. Tetapi tumor tidak boleh berkembang menjadi (menyerang) tisu-tisu lain. Disebabkan itu tumor tidak boleh merebak ke bahagian badan yang lain (menular). Tumor seperti ini jarang mengancam nyawa.

Boleh baca lanjut beza di antara ketumbuhan / tumor dengan kanser di LINK INI

Jadi bagaimana Vitamin E Shaklee bertindak untuk mencegah dan menghalang ketumbuhan akibat dari sel yang tidak normal ini? Vitamin E dikenali sebagai vitamin antioksidan. Apakah antioksidan?

Antioksidan :-
  • Antioksidan adalah bahan kimia yang menyekat aktiviti bahan kimia lain yang dikenali sebagai radikal bebas. Radikal bebas adalah sangat reaktif dan mempunyai potensi untuk menyebabkan kerosakan kepada sel-sel, termasuk kerosakan yang boleh membawa kepada kanser. 
  • Radikal bebas terbentuk secara semulajadi dalam badan. Selain itu, beberapa bahan cemar alam sekitar mungkin mengandungi tahap radikal bebas atau merangsang sel-sel badan untuk menghasilkan lebih banyak radikal bebas. 
  • Beberapa antioksidan dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh. Lain-lain hanya boleh didapati dari luar (luaran) sumber, termasuk diet dan makanan tambahan. 
Vitamin E Shaklee mempunyai keistimewaannya yang tersendiri untuk bertindak sebagai vitamin antioksidan yang mencegah dan menghalang ketumbuhan akibat sel tidak normal. Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan Selenium yang mana fungsinya untuk membantu tindakan Vitamin E dengan lebih baik..kiranya vitamin E diserap lebih efisyen. Ianya bukan sahaja antioksidan yang kuat, tetapi juga membantu mempercepatkan proses menghasilkan antioksidan semula jadi dalam badan.

Satu kajian di Universiti Cornell dan Universiti Arizona mendapati bahawa mereka yang mendapat 200 mikrogram selenium setiap hari selama 10 tahun mengurangkan risiko kematian akibat kanser sebanyak 18 peratus!

Vitamin E Shaklee adalah semulajadi (d-alpha tocopherol) dari minyak sayuran. Setiap kapsul mengandungi 400IU vitmain E dan 10mcg selenium. Lebih istimewa lagi, vitamin E shaklee ditambah dengan Grape Seed. Grape Seed di dalam Vitamin E membantu mengatasi kanser dan menguatkan sistem imun badan. Ini kerana grape seed mengandungi kumpulan antioksidan fitokimia yang dikenali sebagai proanthocyanidins yang mana lebih powerful berbanding vitamin E semata-mata dan vitamin C.

Di dalam grape seed juga, terdapat satu bahan yang tinggi antioksida iaitu OPC (oligomeric proanthocyanidin complexes).  Vitamin E adalah larut lemak, dan vitamin C pula larut dalam air, tetapi OPC larut dalam kedua-duanya. OPC juga adalah satu cara untuk mencegah kanser. 

Ingin berikhtiar untuk cegah dan hentikan ketumbuhan akibat dari sel tidak normal dengan Vitamin E Shaklee? Boleh hubungi saya di talian berikut untuk buat pesanan. Nak jadi ahli Shaklee pun boley. 

Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM, Taman Polo


No comments: