Sunday, September 21, 2014

Cara Meningkatkan Tumpuan dan Fokus

Mereka yang berjaya adalah mereka yang fokus. Fokus kt sini adalah fokus pada satu perkara sahaja. Kalau driving, kena la fokus pada jalan. Tak fokus, hilang lah kawalan dan terjadilah accident. Kalau solat tidak fokus, fikiran menerawang sana sini rakaat ke berapa pun boleh lupa..hasilnya kita telah melalaikan solat. Sejarah membuktikan, yang fokus itulah yang berjaya. Dengan fokus, kerja kita akan lebih teratur, impaknya tentulah lebih baik dan idea-idea kreatif akan senang dijana. Sebab itu yang fokus dilihat lebih maju dari semasa ke semasa.



Jom ikuti tips ringkas tetapi padat untuk kekal dan bina fokus

Tip #1: Tahu fokus tu apa
Fokus = tumpu 1 perkara sahaja. Tahu apa yang nak dibuat dan nak diselesaikan.

Tip #2: Tentukan apa yang nak diselesaikan
Buat to do list. Kerja yang nak diselesaikan hanya akan siap bila kita bagi tumpuan iaitu fokus untuk siapkan. Hilangkan dan abaikan segala gangguan. Handphone juga merupakan salah satu gangguan.

Tip #3:  Elakkan multitasking
Multi-tasking (cuba untuk melakukan lebih daripada satu perkara pada satu masa), boleh menjadikan tumpuan jadi lebih sukar. Peruntukkan masa tertentu untuk buat kerja yang tertentu. Selepas siap, then fokus pada tugas yang lain pula.

Tip #4: Fikir satu perkara satu masa dan buat hingga selesai.
Boleh jadikan setiap jam untuk setiap perkara. Contoh jam 9-10 kemas rumah. 10-11 update blog dan seterusnya. Jadikan ia satu tempoh yang mana kita boleh meletakkan tumpuan penuh pada apa yang kita nak buat.

Tip #5: Sentiasa tenang.
Bila tenang, tenaga terfokus.Nak tenang, usahakan baca Quran satu atau 2 muka surat. Bukan sahaja kita makin rapat dengan Allah tapi kita juga akan lebih fokus pada apa yang kita nak.

Tip #6: " Take a break"..Rehatlah sebentar
Rehat 5 minit setelah 45 min bekerja atau siapkan tugasan. Berjalan-jalan di kawasan sekitar untuk recharge energy. Hasilnya, kita lebih ready untuk bagi tumpuan pada tugas yang seterusnya.

Tip #7: Belajar bermeditasi.
Meditasi adalah salah satu teknik untuk meningkatkan tumpuan dan fokus. Hanya aplikasikan teknik meditasi yg mudah dan amalkan sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari. Teknik mencipta fokus juga boleh dilakukan dengan solat tahajjud di sepertiga malam.


Walaupun tips ini nampak ringkas, tetapi ianya sangat memberi impak jika betul-betul diikuti. Fikiran yang fokus bukan sahaja mampu untuk memberikan hasil kerja yang pantas dan baik tapi juga mampu untuk menarik perkara-perkara yang positif datang kepada kita. Fikiran yang fokus boleh digunakan untuk capai apa yang kita mahu

Sebagai contoh, bila kita pusatkan tenaga kepada keinginan untuk makan sesuatu, insyaaAllah kita akn dpt makan makanan tersebut samada dengan secara tidak sengaja ada orang yang beri makanan tersebut. Ianya boleh diaplikasikan dalam banyak perkara seperti dalam pembelajaran, perniagaan, pekerjaan atau dalam rumahtangga. Pernah dengar LIKE ATTRACTS LIKE? Konsep yang sama. Fokus bermakna kita tumpukan pemikiran dan tindakan. Apa yang difikir itu yang akan kita dapat.Ia umpama magnet yang menarik apa yang difikirkan. Jadi, belajar untuk fokus bagi mendapatkan segala keinginan dan impian.

No comments: