Susah hati kan kalau anak tak mau makan. Susah hati kan kalau berat anak kurang. Bagi nasi tak mahu, asyik nak minum susu je. Ada sesetengah kanak-kanak bila nasi tak mahu, nak makan sayur jauh sekali. Ada sesetengahnya pula hanya nak makan lauk seperti ayam, yang lain ditolaknya mentah-mentah.
Ibu mana yang tak susah hati kalau anak kurus kering dan sering sakit pula tu. Macam ibu dalam video ni..tapi beliau dah temui cara nak atasi :)
Anak lebih suka memilih apa yang mereka nak makan berbanding apa yang perlu mereka makan. Akibatnya berat badan mereka mungkin akan berkurangan disebabkan nutrisi-nutrisi penting tidak dpt diserap oleh badan untuk perkembangan fizikal dan minda mereka. Ok, itu tak boleh salahkan anak sebab mereka tidak mampu untuk nak fikir apa makan seimbang. Jadi, ibu bapa yang tentukan apa makanan utk mereka, bagaimana nak sediakan dan apa cara yang boleh menarik minat anak yang enggan atau memilih makan ni untuk makan.
Bagaimana nak atasi masalah pemakanan untuk anak yang kurang berat ni? Apakah tips yang perlu ibu bapa ambil peduli bila menyediakan makanan kepada anak yang kurang berat? Sebelum pergi lebih details, kita perlu tahu apakah vitamin dan mineral yang diperlukan anak-anak.

Vitamin A – Untuk kesihatan mata. Sumber daripada lobak merah, telur dan marjerin.
Vitamin B1 – Membekalkan tenaga kepada badan. Sumber daripada gandum, daging dan susu.
Vitamin B2 – Membekalkan tenaga. Sumber daripada susu, daging dan ikan.
Vitamin C – Meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit. Sumber daripada sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.
Yang terbaik untuk mendapatkan semua nutrisi ini adalah melalui pemakanan. Jika anak enggan makan, bukan bermakna kita tak perlu bagi dia makan atau hanya bagi makanan yang mereka suka. Di sini kreatif memainkan peranan. Contoh, jika anak tidak suka sayur disebabkan oleh rasa pahit sayur, boleh cuba introduce sayur yang dalam kategori berwarna oren dan putih seperi lobak dan kubis. Teknik memasak juga perlu diperhalusi. Ada certain sayur akan menjadi pahit jika dimasak terlalu lama. Ibu bapa juga boleh cuba teknik bento dalam penyediaan makan. Peralatan bento kebanyakan terdapat di kedai Jepun seperti Daiso. Ibu bapa juga boleh dapatkan banyak buku-buku resepi khas untuk penyediaan makanan kanak-kanak yang boleh menarik perhatian mereka.
Ibu bapa boleh rujuk tips makanan untuk anak kurus di bawah sebagai persediaan untuk menyediakan makanan berkhasiat kepada anak-anak.
Tip Makanan Untuk Anak Kurus :
♦ Pastikan anak diberi pelbagai makanan mengikut saranan Piramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makan makanan yang rendah lemak.
♦ Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal.Beri anak makanan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari.
♦ Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwic dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
♦ Elakkan memberi anak anda makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.
Antara Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan :
♦ Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak. Ayam atau daging boleh dimasak mengikut kegemaran anak-anak. Boleh libatkan mereka dengan bertanya masakan yang macam mana mereka suka.
♦ Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang. Hiaskan roti seperti bentuk teddy bear atau kartun kegemaran mereka (boleh beli peralatan di Daiso)
♦ Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.
♦ Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat atau dibuat smoothie dengan tambahan ais krim.
♦ Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.
♦ Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega.
Jika sudah kekeringan idea untuk memasak, boleh DOWNLOAD resepi-resepi menarik untuk anak anda di sini --> KOLEKSI RESEPI ONLINE (bahasa indonesi, tapi boleh digunapakai perlu olahan sedikit sahaja)
Jangan ketinggalan untuk membaca lanjut mengenai anak yang kurang selera makan di SINI
No comments:
Post a Comment