Sumber asal: makcik manggis blogspot
Tgk gambar macam best...kalau ada masa nk try ar
[Credit to makcikmanggis] |
Bahan-bahannya:
3 cawan Cornflakes.
1 cawan ikan bilis-goreng garing.
15 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 cawan badam-goreng sekejap.(boleh ganti dgn kacang tanah)
10 tangkai cili kering-jika suka pedas boleh tambah lagi.
Sedikit belacan.
1/2 cawan bijan-tabur di atasnya.(Cm tak letak sb tak ada)
1 keping asam gelugur.
Gula melaka secukupnya.
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis.
Cara penyediaannya:
#Bawang merah,bawang putih,belacan dan cili kering di kisar halus.
#Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga betul-betul masak..
#Masukkan gula merah(Lebihkan kerana lebih sedap jika agak manis),garam dan asam keping.
#Masukkan ikan bilis,cornflakes serta badam.gaul hingga rata.
#Untuk peringatan: guna minyak yang agak banyak semasa menumis agar sambal betul-betul kering dan masak.
No comments:
Post a Comment