Friday, September 21, 2012

Gold coast, Morib

Ntah dari mana la idea nak tambah perkataan Gold Coast tu. Nak kate mcm dekat GC mmg jauh sekali..Nk atract org barangkali. Beli tiket kt Street Deal masa deal RM188 berlangsung. Sekarang dh rm198, naik sepoloh ringgit. Saje je sebab memang dh lama sangat tak g berjalan2. Last adalah masa preggy husna 7 bulan, waktu tu ke sabah. Lepas tu mgm non ado la hingga usia Husna nk menginjak 2 tahun ni.

Overall, boleh tahan la dengan kos 188 tu. Dapat bilik besar, bilik air berjakuzi. Waterpark pun bez jugak main air walau tak besar mana. Cuma makan je kureng ckit..Kureng2 pun semua kami balun.Banyak kali berangkut makanan ke meja. Makan sampai buncit! Sampai bilik tido. Makan untuk habuan tido la jadiknya.

Kali ni kami bercuti bersama 2 org lagi opismate. Beli tiket same2. Ramai2 seronok juge. tiket ni kalau stay weekend mahal ckit chargenya. So kami amik weekdays. Rabu malam dh bertolak ke KL, stay umah BIL. Khamis trus check in, Jumaat checkout dan check in umah SIL pulak sampai la isnin malam baru balik Kuantan. Hamek! mmg cuti sakan sampaikan bangun pagi selasa tu pun malas giler nk g kerja.


Bersantai dulu kt beranda bilik sebelum terjun dalam jakuzi

Naik sliding ni kalau guna seluar yang xsesuai mgm tak gelongsor langsung

Tengok! Suke benau dgn air. Tak nak kasik org pegang pun



 Opismate n her family

Rayyan suke tepuk air



Gaya diva..xmenahan betul..xtau mane die tgk baring atas ni letak tgn bawah kepala tu


nak masuk dlam ni kena bukak baju..so hanya utk LELAKI!


Kt Gc Morib ni kalau saje2 nk bawak mandi kolam tu boleh jugak rasenya. Tapi kalau amik pakej skali ngn bilik lagi seronok. Sekali sekala ubah lokasi dan suasana kan. Budak2 memang seronok habis. Husna ni kalau tak dipaksa naik memang nk berkampung dalam kolam tu. Naik bilik pun sambung lagi dalam jakuzi. Overall, boleh lupa la kerja2 kt opis nun...hehehehehee..Bulan 2 trip to Langkawi plak.

sabo je la mak ni..

1 comment:

antalya said...

dok menunggu jgk ni bila la offer groupon or streetdeal semurah itu. now offer weekend RM299.mahal!!