Tuesday, June 11, 2013

Pekatkan susu badan

Ramai ibu-ibu mula mengeluh apabila susu badan cair, anak seperti tidak kenyang dan akibatnya merengek2 dan tidak tidur lena. Ada juga yang mengalami keadaan di mana kepekatan kedua-dua tidak sama.

Apakah sebenarnya yang terjadi dan kenapa ibu2 melihat susu mereka cair?
Hakikatnya ini disebabkan oleh FOREMILK dan HINDMILK. Waaaah ape benda tu?



Secara ringkasnya, Foremilk adalah susu (biasanya rendah lemak) yang ada pada permulaan penyusuan, susu hindmilk  pula di akhir penyusuan, yang mempunyai kandungan lemak yang lebih tinggi daripada foremilk. Satu fakta penting yang ibu-ibu menyusu perlu tahu adalah kandungan lemak susu ditentukan terutamanya oleh kekerapan mengosongkan payudara - semakin kurang susu di payudara, semakin tinggi kandungan lemak.

Macam mana agaknya proses ni terjadi??

Payudara wanita sebenarnya hanya menghasilkan satu jenis susu sahaja iaitu susu tinggi lemak yang kita dikenali sebagai hindmilk.  Semasa susu sedang dihasilkan di dalam payudara, fat globules dalam susu cenderung untuk melekat antara satu sama lain dan kepada dinding alveoli (di mana susu itu dibuat).
Antara tempoh penyusuan, susu yang terkumpul di payudara secara beransur-ansur bergerak keluar ke arah puting, meninggalkan lebih banyak lemak gi milk ducts.Semakin lama kita menjarakkan tempoh penyusuan atau pengepaman, lebih rendah kandungan lemak foremilk yang ada untuk bayi. Sebab itu lah pentingnya kekerapan menyusu atau mengepam untuk menghasilkan susu yang lebih pekat!!



Apabila susu mula dikosongkan dari payudara, fat globules akan turut keluar melalui proses LDR. Semakin cepat LDR berlaku, semakin tinggi kandungan lemak dikeluarkan melalui susu (hindmilk). Dan semakin lama tempoh penyusuan, semakin banyak susu hindmilk dikeluarkan.

Kesimpulannya untuk pekatkan susu badan, kekerapan mengosongkan payudara adalah tindakan yang paling berkesan! 

Kerana konsepnya sungguh mudah iaitu lebih lama masa tempoh antara penyusuan, lebih rendah kandungan lemak. Jika penyusuan adalah lebih kerap, anda sebenarnya sedang menghasilkan susu badan dengan kandungan lemak yang lebih tinggi.

No comments: