Friday, January 24, 2014

Panduan Untuk Bapa Bagi Membantu Penyusuan Susu Ibu

Pernah dengar istilah " Bapa juga mampu untuk menyusukan anak"
Haa mcm mana tu? Maksud sebenar di sebalik istilah tersebut adalah bapa juga mampu untuk membantu agar anak boleh mendapat khasiat susu ibu. Bagaimana? Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih details tentang peranan bapa atau apa yang bapa boleh lakukan supaya anak boleh menyusu sehingga 2 tahun.


Peranan bapa tidak hanya terhad sebagai sumber kewangan untuk membeli barang keperluan penyusuan sahaja tapi juga sebagai pencari maklumat dan bersama-sama isteri untuk mendalami ilmu mengenai penyusuan susu ibu. 

Apakah faedah yang bapa dapat jika anak menyusu sepenuhnya dengan susu ibu? 
  • Anak lebih sihat melalui ketahanan badan yang tinggi terhadap jangkitan, jimat dari segi peruntukan untuk ke hospital/klinik. 
  • Bonding atau ikatan antara ank dan ayah menjadi lebih rapat
  • Ikatan suami isteri juga makin erat
  • Jimat dari segi kewangan kerana tidak perlu untuk membeli susu formula 
  • Anak lebih bijak dan lebih fokus 
Panduan di bawah diharapkan dapat membantu para bapa bagi menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif. 
  1. Sebelum kelahiran anak, ambil tahu dan belajar mengenai penyusuan bayi bersama isteri. Jika terdapat bengkel atau seminar berkenaan dengannya, teman isteri bersama untuk menghadirinya. Buat pencarian di interent tentang penyusuan badan dan kongsi maklumat yang diperolehi bersama isteri. itu adalah salah satu cara sokongan moral dari suami untuk isteri yang mana ia akan memberi semangat kepada isteri untuk menyusu sepenuhnya bayi kelak.
  2. Kenali fungsi dan seeloknya hadiahkan alat bantu menyusu seperti pam, nipple cream, vitamin yang membantu memberi tenaga dan juga pakaian ibu menyusu bagi memudahkan isteri dan membantu isteri jika ada masalah dalam penyusuan kelak

  1. Gembirakan isteri dengan membantu melakukan kerja-kerja rumah dan menjaga anak-anak yang lain. Proses penyusuan adalah satu proses yang menggunakan kalori yang banyak dan tentunya ibu akan merasa keletihan. Gembirakan isteri boleh mengurangkan rasa stress dan mengelakkan susu menjadi kurang. Pastikan isteri tidak tertekan dengan cara terus memberi kata-kata semangat jika isteri penat dan letih dengan rutin harian sebagai isteri dan ibu menyusu.
  2. Tunjukkan penghargaan kepada isteri kerana memberikan yang terbaik untuk anak anda. Contoh ucapan yang boleh diberi kepada isteri " Terima kasih sayang sbb susukan anak kita, abg yakin syg pasti akan dibalas syurga".

  1. Urutlah dan belailah isteri semasa tempoh menyusu. Lebih bagus jadikan badan sebagai sandaran bagi isteri bila menyusu. Urutan dan belaian akan memberi rasa lega keapda isteri dan membantu pengaliran susu yang lebih lancar. Tidak salah untuk bertanya isteri jika isteri memerlukan apa2 keperluan seperti air setelah proses menyusu berjalan atau hulurkan bantuan untuk baantu bayi burp.
  2. Bantu bayi untuk rasa lebih selesa dan mudah untuk menyusu dengan cara melakukan teknik skin to skin iaitu anak diletakkan di dada dan lebih baik jika bapa mengalunkan zikir-zikir munajat untuk halwa telingan bayi ketika posisi tersebut. 

Ingat, bapa juga punya peranan yang besar untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Menurut kajian, 98% kejayaan penyusuan susu ibu adalah kerana adanya sokongan dan penglibatan dari para bapa. Susu ibu adalah susu terbaik untuk anak anda, semestinya usaha ke arah memberikan yang terbaik itu adalah tanggungjawab ibu bapa kepada anak. 
Anda adalah bapa paling macho jika bersama-sama isteri menyusukan anak. 

No comments: