Sunday, September 13, 2015

4 Tips Mudah Untuk Selalu Bersyukur Tak Kira Masa

Bersyukur, sangat mudah diucap tapi kadangkala payah nak dibuat dengan perbuatan.
Ramai yang faham bersyukur hanya dengan menyebut Alhamdulillah semata tapi ramai yang tak tahu bahawa tanda kita bersyukur adalah dengan guna nikmat yg diberi sebaiknya.


Bangun pagi misalnya bukan sekadar ucap Alhamdulillah masih diberi nafas untuk hidup tapi gunakan kehidupan yang Allah bagi untuk bangun awal solat subuh, gunakan anggota badan yg Allah sempurnakan dengan rukuk dan sujud padaNya.

Hari ni nak share dengan pembaca semua 4 tips mudah bagaimana nak bersyukur setiap masa dan ketika. Haa bukan mudah kan nak zahirkan rasa syukur setiap masa ni. Kadang kadang kita terleka..ya memang kita mudah terleka sebab syaitan tu sentiasa nak jadikan kita leka.
InsyaaAllah dengan tips ini kita sentiasa berhubung dengan Allah


Kenapa nak kena bersyukur? Allah jawab dalam Surat Luqman 

"Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji"
Bersyukur tu sebenarnya untuk diri kita sendiri..Allah taknak apa-apapun sebab Allah dah punya segalanya.. Lagi kita syukur, lagi Allah tambah nikmat. Naluri manusia, nak macam-macam, nak rezeki murah, nak hidup senang, tenang dan gembira, nak keluarga bahagia..yang best-best semua kita nak. Benda ni semua akan datang pada kita bila kita syukur walaupun dalam sekecil-kecil perkara. 
Dalam Surah Ibrahim Ayat 7
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

3 comments:

mrhanafi said...

Dengan bersyukur nikmat boleh bertambah ..ye tak

Nurul aziyana said...

bro hanafi : ya itulah yang Allah janjikan

Fidah Shah said...

Alhamdulillah..syukur denga apa yang dikurniakan.
Nice sharing