Saturday, October 31, 2015

7 Tips Pilih Taska Atau Pengasuh Anak Yang Terbaik dan Selamat

Cuti bersalin memang seronok. Waktu fikiran bebas dari tugasan di pejabat. walaupun mungkin tak cukup tidur menguuskan anak kecil tapi tetap seronok bercuti. Yang tak seonok bila nak naik keja dan dilema kat mana nak hantar anak untuk dijaga.
Itu juga lah dilema saya.


Dah jumpa pengasuh tapi atas sebab-sebab tetentu, tak dapat nak hantar juga. Misi pencarian pengasuh lagi. Bukan mudah nak mencari. Lepas tanyaa orang, saya jumpa tapi belum pun sempat hantar, pengasuh kedua kena pindah ikut suami bertugas di negeri lain pula. Takde rezeki nampaknya Umar nak duduk umah pengasuh yang dekat dengan umah. Taska pula dah tak buat pengambilan sehingga Disember.

Akhirnya saya buat keputusan sambung cuti. Borang Cuti Menjaga Anak Tanpa Gaji diisi saat-saat akhir. Mujurlah dapat kelulusan dari pihak pengarah. Sambung lagi sehingga ujung tahun. Merasa la jadi WHAM selama 6 bulan.

Bila bercerita tentang taska atau pengasuh ni, saya te4baca tips nak pilih taska yang dikongsi dalam artikel Majalah Demi Cinta. Ada 7 tips yang boleh diambil panduan oleh mak ayah. Risau kan nak tinggal anak pada orang. Jadi dalam hal ini, tak salah untuk kita sedikit cerewet demi keselamatan anak yang nak ditinggalkan.

1. Peribadi pengasuh atau guru
Paling penting ni sebab anak akan duduk dengan pengasuh/guru ni lebih kurang 9 jam sehari. Cara nak lihat peribadi biasanya melalui penampilan dan akhlak. Boleh tengok dua perkara ni bila pertama kali bejumpa dengannya. Melalui penampilan, pastikan pengasuh/guru tutup aurat bila kita bawa suami berjumpa dengannya. Akhlak pula boleh dilihat melalui cara bagaimana dia bercakap samada tejerit-jerit pada anak-anak orang lain (jumpa ketika pengasuh/guru sedang jaga anak jagaan mereka).

2. Tanya orang yang berpengalaman
Tanya jiran-jiran, saudara mara, atau kawan terdekat yang ada pengalaman hantar anak ke umah pengasuh atau taska. Melalui perkongsian pengalaman ni boleh membantu ibu-ibu untuk buat keputusan yang terbaik.

3. Buat perbandingan
Penting untuk buat perbandingan dari segi lokasi, harga, perkhidmatan, pengalaman jaga anak dan sebagainya supaya tiada kes tukar pengasuh atau taska banyak kali.



4. Bersesuaian dengan kualiti dan harga
Jika berkemampuan, tidak salah untuk berbelanja lebih untuk keselamatan dan keselesaan anak berbanding bayaran murah tapi anak tidak terjaga. Atau hanya nak duit tapi anak menangis melalak-lalak pun dibiarkan. Paling penting, ibubapa percaya dengan pengasuh/guru dan senang hati sepanjang meninggalkan anak di bawah jagaannya.

5. Tinjau Kebersihan
Seeloknya buat tinjauan mengejut sebelum memutuskan untuk dihantar ke satu2 tempat jagaan. Secara tak langsung dapat memberi gambaran awal mengenai tahap kebersihan taska atau rumah pengasuh.

6. Pandai ilmu keibubapaan dan sukakan kanak-kanak
Pengasuh yang memang tahu dan cekap uruskan anak adalah kriteria penting. Bukan sekadar tahu bagi makan atau tidurkan anak tapi tahu juga bagaimana nak bertindak kalau anak demam. Yang boleh ajar anak mengaji adalah satu bonus. Biasanya yang memang jadi pengasuh bertahun-tahun agak mahir dalam hal ini.

7. Kerap berhubung
Zaman sekarang mudah nak berhubung antara ibu bapa dan guru/pengasuh. Contohnya melalui whatsapp, telegram atau paling kurang pun melalui sms. Pengasuh/guru yang baik akan selalu mengambil berat dan berkongsi perkembangan anak-anak dengan ibu bapa. Bahkah hubungan antara ibu bapa dan guru/pengasuh bukan sahaja terbina atas dasar urusan anak-anak tapi juga urusan sesama mereka.

Semoga 7 tips ni boleh memberi manfaat pada ibu bapa di luar sana especially yang baru nak hanar anak for the 1st time. Risau tu memang dah, tapi tawakkal ya ibu ayah. Letakkan sepenuhnya pada Allah untuk jaga anak-anak syurga kita semoga dijauhkan dari khianat orang. InsyaaAllah.

Baca juga :

ANAK KERAP DEMAM, SELSEMA, SEMBELIT, TIDAK SUKA MAKAN SAYUR, ANTIBODI LEMAH, BADAN KURUS DAN KURANG SELERA MAKAN, ECZEMA DAN ASTHMA

Mengatasi masalah anak kurang selera makan dengan MEALSHAKE

Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee (SidPRO)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM, Taman Polo

No comments: