Friday, October 9, 2015

Minda Mono Track, Kenapa Suami Tak Suka Isteri Cakap Banyak

Minda mono track? Mesti tertanya-tanya kan apa benda minda mono track ni. Saya pun baru 1st time bekenalan dengan word ni, itupun lepas habis baca artikel mengenainya di Majalah Demi Cinta. Best majalah ni..banyak info kekeluargaan yang boleh kita sedut ilmunya. Salah satu info dari Majalah ni yang saya nak share adalah bekenaan macam mana isteri nak handle minda mono track suami supaya suami tak stress, kita sebagai isteri pun tak kecik hati.


Kecik hati boleh membawa kepada pergaduhan yang lebih besar. Jadi dengan tahu macam mana otak lelaki bekerja sedikit sebanyak boleh bantu para isteri nak handle suami, ye dop?

Apa kaitan minda mono track dengan isteri banyak cakap?

Al kisahnya begini....(cewah macam nak story hikayat hang tuah aje) 
Minda mono track ni maknanya minda yang befikir dengan otak kanan atau otak kiri dalam satu-satu masa. Bahasa mudah, minda hanya boleh fokus untuk satu kerja dalam satu masa sahaja. 

Pernah alami situasi ni tak?

Suami tengah tengok berita kat TV, lepas tu kita sembang dengan dia
"Abang, tadi cikgu Husna cakap kalau nak amik pakej iqra kat educare tu kena bayar extra RM40" 
Bla...bla..bla.. banyak betul topik kita sembang dengan dia. Cerita itu, cerita ini konon shaing is loving kan. Tapi, bila kita tanya balik dia, Abg, abg dengar ke tak ni? 

Jawapan dia : Haa..apa dia? Awak cakap apa tadi?

What???? Sakit jiwa tak?

Kenapa ini belaku? Sebab suami sedang fokus tengok berita. Dia sedang fokus apa isi yang disampaikan oleh berita tv, bukannya apa yang kita dok sembangkan. 

Satu lagi situasi

Suami tanya "Jadi ke Su nak datang umah petang ni, abg nak g beli satay ni?"
Dan kita pula jawab " Su cakap dia tengah pujuk husband dia nak datang, husbnd dia pulak ada meeting dengan client jadi kene tunggu client tu kompem pasal meeting tu dulu" 
Suami tanya lagi, habis tu Su datang ke tak?"

YA atau TIDAK
Untuk situasi ke2 ni suami hanya nakkan jawapan ya atau tidak. Bukannya jawapan yang bejela-jela, complete satu karangan atau sebenarnya tiada jawapan. 

Beza Otak Lelaki dan Otak wanita

Sebenarnya kenapa 2 situasi kat atas tu berlaku? Ianya hanya dibezakan oleh Corpus Callosum. Manusia ada 2 otak. Otak kanan dan otak kiri. Apa yang memisahkan 2 otak ni? Corpus Callosum lah. Senang cerita Corpus Collasum ni adalah jambatan antara otak kanan dan otak kiri.
Kalau lelaki, corpus collasum lebih nipis. Perempuan pulak, ianya lebih tebal. Beza nipis tebal ni lah yang menyebabkan cara befikir lelaki berbeza dengan perempuan.


Disebabkan ianya nipis, jadi hanya boleh fokus satu kerja dalam satu masa. Tak boleh nak komunikasi banyak antara otak kiri dan kanan. Udahnya jambatan sempit, mana boleh nak lalu kereta banyak. Kan?

Perempuan pulak multitasking. Boleh text wasap sambil sembang dengan suami, boleh pulak ajar anak buat kerja sekolah at the same time. Tangan sotong memang sesuai jadi ikon orang perempuan. Perempuan pun boleh sembang banyak isu dalam satu masa dan boleh tukar isu tanpa masalah. 360 beb.

Jadi macam mana nak handle? Ada tipsnya . Kena tahu right timing

Bila suami sedang buat kerja (time ni dia fokus, apa sahaja yang takde kaitan dengan kerja dia boleh stress dan keliru)
  • Kalau isteri nak involve dengan suami, jangan banyak cakap. Kurangkan cakap ye
  • Kalau nak tanya tentang kerja yang dia sedang buat, jangan pusing-pusing. Terus straight to the point. Kias-kias tidak dilayan 
  • Kalau suami tanya soalan ya atau tidak, jawab je ya atau tak. Jangan hurai lebih-lebih
  • Kalau nak tanya tentang sesuatu, elakkan dari tanya mengapa. Minda dia susah nak cari jawapan. 
  • Bila suami nak bermanja-manja sebelum tidur, jangan banyak songeh dan banyak soal. 
Bila suami nak berkongsi kejayaan dengan isteri. waktu ni mindanya lebih terbuka untuk terima pandangan isteri. Jadi nak sembang panjang sikit boleh. Boleh tanya macam-macam isu dan bagi pandangan. Bila waktu yang sesuai nak cakap banyak?
  • Suami bawak balik hadiah dia menang apa-apa atau reward yang dia dapat 
  • Suami cerita kepakaran dia
  • Suami sedang memandu. Tapi kalau terlepas simpang, jangan kecik hati kalau dia tuduh kita punca terbabas.ekekeke
  • Suami jadi ketua mesyuarat keluarga

OK isteri-isteri sekalian? selamat menjalani pojek memikat suami masing-masing..
Nantikan tips2 kebabom yang lain hanya di StoRy of Love & Live

Perlukan Vitamin Cinta untuk memikat suami masing-masing? Atau nak buat isteri terpikat?
PROMOSI terhebat buat pembaca blog. Beli 1 FREE 1 Vitamin E. Haaa jangan tak tahu ya Vitamin E ni mampu hangatkan cinta korang suami isteri, suwit tahap 3 diabetes yooo!!


Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan


No comments: