Masa ummi mengandungkan Husna dan Umar, ummi tak alami mabuk yang teruk. Sekadar tak boleh bau minyak orang menumis masa hamilkan Husna dan muntah-muntah manja sahaja masa hamilkan Umar. Tidaklah sampai lembik satu badan. Ada orang hanya mampu untuk baring sahaja sepanjang hari dek kerana mabuk teruk. Itulah pengorbanan ibu nak lahirkan zuriat. Cukup besar pahalanya jika sabar.
Bagi yang mabuk hamil, ummi nak share 12 cara yang boleh melegakan ibu-ibu yang tengah mabuk hamil tu. Caranya mudah aja dan semoga dapat membantu ibu-ibu. Jangan risau, mabuk hamil ni bukan penyakit .. ia hanyalah disebabkan oleh hormon yang tidak berubah-ubah semasa hamil. Yang penting jangan biar sehingga rasa letih dan lapar sebab itu boleh membuatkan rasa loya tu datang.
Jadi Cara #1, pastikan ibu makan sikit tapi secara kerap ya. Sediakan biskut atau snek ataupun buah yang boleh dimakan segera jika rasa lapar.
Cara #3: Makan hidangan sejuk..kadang kala makanan yang panas tu boleh buat kita rasa mual. Jadi tukar, cuba makan makanan sejuk contohnya salad buah-buah segar, kek atau dessert.
Cara #4: Breakfast atas katil. Ni bukan lah nak turutkan sangat rasa loya tu tapi kalau dah setiap kali bangun dari katil je perasaan loya tu membuak-buak..apakata tangguh sekejap sebelum ke toilet..kudap dulu sarapan pagi di katil sebelum bingkas bangun.
Cara #5: Gunakan diari mabuk hamil. Tick waktu bila yang rasa loya dan mabuk tu paling kuat terasa. Dari situ, boleh tahu dan plan masa terbaik untuk makan dan minum
Cara #6: Minum antara waktu makan. Kalau payah nak telan air, hadkan minuman antara waktu makan tu. Tapi jangan lupa untuk minum air kerap sepanjang hari untuk elakkan dehidrasi yang boleh membahayakan ibu dan bayi.
Cara #7: Banyak berehat. Nak buat macam mana kan bila dah loya tu datang. Bukan kita yang mintak. Jadi ummi sarankan banyak berehat lagipun rehat tu penting di awal kehamilan, jangan lasak-lasak sangat sebab masih di fasa fragile orang kata.
Cara #8: Hidu bau lemon, Bau lemon memang menyegarkan. Selain ambil bau lemon, boleh hiris lemon dan letakkan dalam air sejuk..memang nyaman rasanya
Cara #9: Minum teh halia. Jangan guna banyak..sekadar ambil rasa halia untuk mengurangkan rasa loya. Kalau ummi senang aje..ummi akan telan pepermint Ginger 3 biji. Kompem lega rasa..dan best sebab macam berangin je kat tekak. Terbaik Pepermint Ginger ni untuk legakan mabuk hamil.
Cara #10. Makan multivitamin kehamilan. Ada kajian menunjukkan makan multivtiamin ni boleh membantu kurangkan mabuk loya. Masa mabuk, of coz kita tak lalu nak makan kan. Banyk nutrisi hilang..sepatutnya time tu kita perlu bnayak nutrisi sebab perkembangan bayi pantas di awal2 kehamilan. Ummi pilih Vitalea Shaklee sebab vitamin organic, mudah larut dan ada bersama iron untuk jaga hemoglobin ummi. HB penting sangat kalau hamil. Vitalea juga bagi tenaga pada ummi.
Cara #11..Cuba terapi. Tak salah masa hamil berkunjung ke spa untuk buat urutan lembut di tanga dan kaki..Buat manicure pedicure pun best. Kalau nak urut pastikan tukang urut tu tahu urutan untuk ibu yang hamil.
Cara #12 Bersembang dengan kawan-kawna yang memahami. Ummi percaya mesti ada kawan-kawn kita yang senasib. Kadang2 meluahkan apa yang kita rasa pada orang pernah merasainya sedikit sebanyak boleh membantu kita .
Walaupun sedang mabuk, adalah penting untuk ibu-ibu ambil makanan seimbang dan sihat. Ummi faham kalau tak lalu nak makan, rasa kembang tekak dan kalau makan muntah balik dan sebagainya..memang takda selera la nak makan kan? Cuba ikut 12 langkah di atas..insyaaAllah mungkin ada salahs atu kaedah dapat kurangkan loya.
Dan jangan lupa juga pengambilan vitamin prenatal terutama asid folic masa awal kehamilan tu. Jangan tinggal langsung ya. Penting sangat untuk elak spina bifida pada bayi. Ummi syorkan pengambil Set Vitamin Ibu Hamil Shaklee. Ummi memang ambil ni sepanjang kehamilan Umar. Kelebihannya ummi langsung tak alami masalah cramp kaki dan sembelit.Ummi juga boleh berpuasa walaupun masa puasa tu dah nak masuk 9 bulan.
kalau ada kawan-kawan atau ahli keluarga yang ada masalah mabuk hamil, boleh share 12 cara ini dengan mereka. layari page Story of Health & Beauty di SINI dan share album tersebut dengan mereka.
Jika ingin mendapatkan vitamin yang ummi kongsikan di atas, boleh hubungi ummi di talian berikut. Ummi sedia membantu
SHAKLEE Independent Distributor - Pengedar Shaklee Kuantan
Nurul Aziyana (ID 886587)
FB: Nurul Aziyana
Page: Story of Health & Beauty
No Tel:
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan
No comments:
Post a Comment