Salah satunya kerana bahan kimia popular yang ada di kebanyakan barangan yang kita guna setiap hari. Mungkin kita tidak sedar dengan kehadiran bahan kimia ini.
Ramai juga wanita masa kini mengalami masalah hormon tidak stabil. Salah satu kesannya, sukar hamil. Boleh baca artikel INI untuk mengetahui kesan-kesna akibat hormon tidak stabil.
Bukan itu sahaja, bahan kimia ini juga boleh merangsang sel-sel di payudara sehingga akhirnya menyebabkan sel menjadi sel kanser. Jangan ambil mudah. Kanser bukanlah penyakit biasa.
Apa kah bahan kimia tersebut?
Ada 3 bahan kimia utama yang boleh menyumbang kepada risiko kanser payudara iaitu
- Bisphenol-A (BPA)
- Paraben
- Phthalates
Pernah kan kalau mencari botol minuman atau botol susu, kita cari yang BPA Free. Sebabnya dengan kehadiran BPA, ianya boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan. BPA biasanya digunakan untuk membuat barangan seperti botol air, botol bayi, tampalan gigi dan pengedap, peralatan pergigian, peralatan perubatan, kanta cermin mata, DVD dan CD, peralatan elektronik dan sukan. Penggunaan botol atau bekas kaca adalah lebih selamat.
BPA boleh dikatakan sebgai sintetik estrogen. Sesetengah kanser payudara bertindak balas dan berkembang apabila terdedah kepada estrogen atau bahan kimia yang bertindak seperti estrogen.
BPA boleh dikatakan sebgai sintetik estrogen. Sesetengah kanser payudara bertindak balas dan berkembang apabila terdedah kepada estrogen atau bahan kimia yang bertindak seperti estrogen.
Paraben pula adalah sebatian yang digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet antimikrob dalam produk makanan, farmaseutikal dan kosmetik ( lipstik, maskara, concealer, and foundation) termasuk deodoran.
Parabens boleh menembusi kulit dan bertindak seperti estrogen yang sangat lemah dalam badan - berpotensi beralih kepada pertumbuhan hormon-reseptor positif kanser payudara.
Biasanya bahan yang mengandungi paraben akan dilabel sebagai
Methyl paraben | Propyl paraben | Isobutyl paraben |
Ethyl paraben | Butyl paraben | E216 |
Jadi semak sebarang kosmetik dan skincare sebelum membeli. Yang organic dan semulajadi biasanya tidak mengandungi paraben.
Phthalates pula adalah bahan kimia yang digunakan untuk menjadikan plastik mudah dibentuk. Ia biasa digunakan untuk mengekalkan warna dan mengurangkan kerapuhan di kuku dan semburan rambut dan detergen.
Phthalates tidak bertindak sama seperti estrogen, tetapi mereka boleh mengganggu keseimbangan hormon lain yang berinteraksi dengan estrogen, termasuk testosteron.
Macam mana nak elak?
Elakkan membeli produk sintetik wangi seperti pencuci rumah, lilin, dan penyegar udara. Gunakan minyak pati semulajadi untuk wangikan persekitaran.
Usahakan untuk menggunakan bahan-bahan organic dan semulajadi. Walaupun product organik biasanya mahal, tapi ianya jauh lebih memadai dari bertarung dengan kesakitan dan kesukaran akibat kanser.
BACA juga >>
Product Shaklee adalah product yang bebas bahan kimia bermula dari botol penyimpanan dan juga isi kandungannya. Jika ingin hidup sihat dengan produk bebas bahan kimia merbahaya, boleh hubungi saya di talian di bawah. Tindakan hari ini mengubah hasil akan datang.
SHAKLEE Independent Distributor - Pengedar Shaklee Kuantan
Nurul Aziyana (ID 886587)
FB: Nurul Aziyana
Page: Story of Health & Beauty
No Tel:
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan
1 comment:
Wah....rupanya ketiga-tiga bahan kimia yang tersenarai tu sdalah bahan kimia yang boleh terkena kasnser payu dara. Kena berhati-hatilah moga tidak terkena pada wanita zaman sekarang ni.
Jom kunjungi entri saya:
Pengalaman Bersama ONEXOX
Post a Comment