Saturday, April 15, 2017

Bisnes Online : Cara Nak Customer Terus Whatsapp Untuk Order Tanpa Tunggu Lama

Buat bisnes online? Nak customer whatsapp kita cepat-cepat tanpa buang masa lepas kita up product kita di medium-medium online? Haa kali ni Kak Yana nak kasik tutorial sikit. Tips ni lebih cepat, tuntas dan pantas untuk bantu customer kita terus zassss whatsapp kita sepantas kilat bila mereka nak beli barang yang kita iklankan.


Kebiasaannya kita tulis no fon kita di setiap posting iklan kita kan. 
Jadi customer ni kadang-kadang malas nak salin semula no fon lepas tu nak save no kita kendian baru wasap kita. Bukan kata orang tapi Kak Yana sendiri pun kadang rasa malas btol nak buat benda tu. Kalau boleh nak terus klik dan terus ke whatsapp seller tu. Tak payah nak save2 no fon seller tu. 

Silap haribulan kita hilang potential customer. Rugi la baq hang! 
Jadi jejoms kita mudahkan customer untuk contact kita dan otomatik kita pun mudah jugak lah 

Jom follow tutorial ni 

#1: Terjah web manage.wasap.my
nanti akan keluar page ini. Perkara pertama, klik DAFTAR PERCUMA SEKARANG. Uolls kena la daftar dulu ya baru boleh nak login. Dah setel register then boleh la login.


#2: Dah login nanti akan dapat page ni pulak. Klik kat bahagian add link . Kat sini kita leh add link up to 5 links. So pepandai la manage mana link yang penting (pilih hot selling product kalian kalau ada banyak product)


#3: Seterusnya uolls akan di bawa ke page ini. Haa kat sini isilah maklumat yang bersesuaian. Kalau domain tu dah ad aorang pakai, so kena la pilih nama domain lain ya. Yang glemer-glemer biasanya tak valid dah la sebab kena sambar dek orang lain awal-awal dah..kekekee


#4: Siap! Taraaaa inilah contoh link yang dah siap di'create' . Okey sape2 yang nak order Shaklee boleh la klik link ini ya dan anda akan terus boleh send mesej ke no saya. Mudah pantas tuntas bukan? --> http://aziyanashaklee.wasap.my



Jadi insyaaAllah tiada istilah customer lambat hantar whatsapp kalau nak beli barang. Udah pantas dah ni boleh klik terus tanpa nak save no kita terlebih dahulu. Jadi apa lagi, dah tahu tips ni sila la share reramai ya. Klik aje button Facebook kat bawah tu dan SHARE reramai. Semoga murah rezeki semuanya dengan kebanjiran dihujani whatsapp customer. 

Nak lagi best sebagai tanda terima kasih sebab kasik tutorial best ni, boleh la beli Shaklee dengan Kak Yana. ekekekekekee.. Ingat tau. Klik link ni je 


Uolls akan terus di bawa ke terapi minda syurga membeli belah untuk kekal sihat, cantik dan hensem. Muahahahahaaha gurau sikit :)





3 comments:

aizah azlem said...

terima kasih kak aziyana sharing.
bagus sangat ni.

Unknown said...

Memudahkan pengguna untuk berurusan terus dengan kita kan.

wan syahida said...

Wow info yang menarik ! Niceee