Thursday, May 25, 2017

7 Sebab Insentif Trip Shaklee Takkan Sama Dengan Mana-Mana MLM

7 Sebab Insentif Trip Shaklee Takkan Sama Dengan Mana-Mana MLM

Alhamdulillah belum sampai seminggu pun lagi balik dari Jepun untuk insentif trip percuma dari Shaklee, fresh lagi memori ni. Jadi Kak Yana nak kongsi la untuk semua apa yang ada di sebalik trip percuma ni. Kak Yana percaya ramai yang nak tahu kan peluang dari Shaklee bila sign up jadi ahli Shaklee.



7 sebab trip shaklee ni ohsam sangat sampai Kak Yana rasa “kenapa lah aku tak daftar ahli dari dulu lagi oi!”Menyesal! Menyesal! Menyesal! Jadi Kak Yana taknak ada yang terima nasib yang sama, rasa menyesal tak sudah sebab tak register ahli Shaklee awal-awal lagi.


#1 Betul-Betul Travel, Bukan Cop Passport Saja

Kak Yana pernah tengok geng-geng yang buat MLM lain pergi trip. Tapi macam pelik sebab trip sekejap, pergi pula tak sampai 10 orang. Ape je yang boleh buat kalau sekejap. Travelling day dah makan 1 hari.
Datang jauh-jauh pun, cuma menginap satu malam saja? Lenguh badan duduk dalam kapal terbang 13-jam tak hilang lagi, dah kena balik dengan 13-jam perjalanan lagi. Adui, betul-betul sekadar nak cop passport saja nampaknya.

Trip International Shaklee paling sekejap 8 hari. Kalau jauh (macam Amerika atau Eropah), hampir 10 hari mereka di sana. Baru lah sempat hilang lenguh-lenguh badan, sebelum pulang.

Apa yang mereka buat sepanjang 7-10 hari di sana? Jom baca lagi


#2 Jujur Nak Bagi Reward, Bukan Acah-Acah Tapi Kedekut Sebenarnya

Satu masalah Trip Shaklee ni; kalau tak 5-star, tak sah. Daripada hotel, sampai lah ke makan, semuanya Shaklee nak bagi kita yang terbaik.

Apa yang 5 starsnya?
  • Kami bermalam di Imperial Hotel Tokyo selama 3 malam; antara hotel tertua & mewah ni Jepun. Dibina sekitar 1880-an, Imperial Hotel Tokyo ni tempat Maharaja Jepun bawa tetamu untuk bermalam. Juga tempat artis & delegasi diplomatik kehormat duduk. Tak ke dahsyat tu
  • Kami juga bermalam hotel di Ginza (ala-ala macam Bukit Bintang - KLCC kita). Senang jalan-jalan shopping bila-bila ada waktu bebas. Berapa harga satu malam? RM2,000 semalam. Dan perlu booking 6-bulan lebih awal kalau nak duduk ramai-ramai macam kitorang.

Masa ke Orlando USA untuk Global Conference tahun lepas, delegasi Shaklee bermalam di Gaylord Palm Resort. Resort ni punya lah best, siap ada water park & indoor jogging track. Siap ada buaya (alligator) lagi di taman mini mereka. Malaysia pun belum ada hotel sebegini. Sangat unik, kan?

Kalau setakat 5-star rangkaian antarabangsa macam Hilton, Pullman, Mariott & Conrad tu memang biasa sangat dah. Contohnya Hilton Park Lane di London, Pullman Montparnasse di Paris, Mariott Long Beach di California & Conrad Bophorus di Istanbul.

Tu baru hotel, kita tengok bab makanan pula.

Shaklee memang sediakan makanan sepanjang perjalanan. Siap diberikan snek lagi kalau perjalanan tu lama sangat. Contohnya semasa mereka ke Snow Wall di Tateyama tempoh hari. Sampai saja di bas, mereka diberikan snek sebelum sampai ke hotel untuk makan malam. Punya lah Shaklee taknak kita lapar. Eh memang tak sempat lapar lah. Sebab tu duit untuk meal allowance kami guna untuk shopping sebab tak sempat lapar dah makan lagi.

Dan makanan yang mereka sediakan, bukan calang-calang. Bagi yang dah biasa travel, menu makanan mereka bukan juga asyik kebab, falafel atau shawarma saja tau. Semestinya bukan setakat €5 punya hidangan.

Macam trip Shaklee Jepun ni, mereka dihidangkan dengan Kaiseki Dinner atau fine-dining Japan. Bagi yang belum tahu, Kaiseki adalah hidangan paling top di restoren tradisional Jepun. Ianya sangat mahal, ¥15,000 hingga ¥40,000 satu kepala. Bersamaan RM575 hingga RM1,535 setiap orang.




Boleh bayang berbelanja RM1,000 sekali makan?

Dan bukan sekali, tapi 2 kali kami dijamu menu Kaiseki ni. Sewaktu di Tokyo pula, Shaklee belanja multi-course crab menu. Daripada ketam sushi, ketam rebus, ketam masak sampai lah ke ketam goreng. Fuh, punya lah banyak jenis masakan ketam orang Jepun ni. ¥7,000 hingga ¥10,000 seorang kalau lepas 4pm. Kak Yana suka giler dengan ketam goreng tempura. Fuhh siap cilok yang meja sebelah punya.




Oh ya kami juga berpeluang makan desert yang ditabur emas. Ya, emas tulen! Kita di sini sibuk guna emas sebagai pelaburan, mereka di sana setakat makan untuk desert saja. Adui. Emas dalam perut weiii.




#3 Penuh Itinerary Setiap Hari, Bukan Takat “Free & Easy”

Di trip Shaklee, korang takkan jumpa aksi tayang beg mahal-mahal macam Louis Vuitton lah, Gucci lah, etc kalau ikut trip. Eh maksudnya cikai ke? No no no. Sebenarnya ada rahsia di sebaliknya.

“So apa yang berlaku?”

Hampir semua pun jawab “syarikat bagi tiket flight & hotel. Sampai sana suka hati nak buat apa”. Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu shopping jadi pilihan utama. Kalau 3 hari mereka di sana, memang 3-hari tu lah keluar masuk outlet saja kerjanya.

Sebab tu ramai antara mereka yang jadi personal shopper semasa di sana. Cepat2 ambil gambar, cepat2 send ke Whatsapp & cepat2 ambil order. Zass, tu yang keluar dengan paper bag berkepuk-kepuk tu. Tapi tayang macam lah mereka yang punya. Oops

Tapi trip Shaklee memang Jam Packed.
Hari-Hari pun ada benda nak buat.

Contohnya masa ke Jepun Baru-baru ni. Hari pertama jejak kaki di tanah Matahari Terbit pagi-pagi tu terus dibawa ke Toki Premium Outlet. Biasalah kita ni, shopping tu macam Spa & Massage. Sakit badan & Jetlag segala hilang bila tengah shopping. Lagi-lagi kalau shopping di luar negara kan? Kemudian, mereka bermalam di Gero; tempat Onsen paling best di Jepun.



Hari kedua, kami dibawa ke Takayama Morning Market & Old Town Sannomachi. Lepas tu, kami menikmati pemandangan super best di Shirakawa-Go; perkampungan Jepun yang dapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site. Hari ketiga, paling best sebab dapat merasa snow ke satu-satunya Snow Wall di dunia; Tateyama Kurobe Alpine Route.








4-jam tau perjalanan dari hotel di Gero.

Hari keempat, kami dijemput makan Strawberry sepuas-puasnya di ladang berdekatan Yamanashi; Ishihara Nojo. Lepas makan tengah hari di restoren Ninja, mereka ke Pink Moss atau Fuji Motosu pula. Lepas check in di Imperial Hotel Tokyo, ada special dinner bersama Dr Yasuhiko Kojima pula; Immunologist pertama yang discover tentang Interferon sebelum Saintis barat sambung kajiannya.

Hari kelima, kami ke Tokyo Metropolitan Government Building Observatories untuk menikmati pemandangan bandar Tokyo, sebelum dibawa melawat pejabat Shaklee Jepun kemudiannya. Lepas lunch, kami ke Sumida River Cruise sampai ke Odaiba Waterfront.

Hari keenam, ada Shaklee Walk atau jogging ringan-ringan di Hidiya Park (depan Imperial Hotel Tokyo). Lepas tu berjimba ke Disneyland seharian. Hari kelapan, check out hotel & pulang.

Fuh, habis juga tulis semua itinerary ni. Haa semput tak membacanya? Nampak enjoy kan? Kami yang pergi ni lagi 100x ganda enjoy.

Boleh baca entry yang Kak Yana update untuk day 2 &3 kat sini --> http://nurulaziyana.blogspot.my/2017/05/travel-ke-jepun-percuma-dengan-shaklee.html

Entry hari seterusnya akan diupdate secepat mungkin. InsyaaAllah



#4 Didik Kita Jadi Pengembara, Bukan Sekadar Pelancong Biasa


Bagi yang dah biasa travel, pasti dah pernah dengar kata-kata “be a traveller, not a tourist”. Inilah yang mentor kami tekankan di #iReachTravel selama ini. Mereka nak kami-kami ni cuba at least backpack sekali. Cuba at rancang perjalanan & susun itinerary sendiri. Ia buat kita keluar comfort zone sendiri.

Dalam opening speech makan malam pertama di Jepun hari tu, Presiden Shaklee Malaysia; Helen lam, pun cakap benda ni.

Sebab tu, Shaklee sanggup berbelanja banyak untuk kaiseki dinner. Supaya setiap pengedarnya berpeluang rasai sendiri makanan tradisional orang tempatan. Macam kalau orang putih datang ke Malaysia, rugi kalau tak cuba nasi lemak. Haa giteww.

Bezanya, kaiseki dinner ni sangat exclusive & mahal harganya.

Yang lebih special, kami diberi sepasang pakaian tradisional Jepun. Yukata namanya. Lengkap sepersalinan dengan terompah & bunga dibelakangnya. Semua ni kalau nak kira, ¥15,000 juga harganya.

Admin biasa tengok orang Malaysia pakai Yukata untuk sesi foto sendiri-sendiri atau se-family saja. Siap jalan-jalan di old town & ke Shirakawa-Go dengan Yukata tau. Travel agent pun cakap “ini pertama kali mereka bawa bas yang penuh dengan Yukata”. Tiada MLM lain yang buat agaknya.

Terus rasa maca retis sepanjang di Sannomachi & Shirakawa-Go. Manakan tidak, kami satu-satunya group yang berpakaian Yukata. Banyak orang local senyum-senyum especially bila tengak anak-anak pun jalan-jalan dalam Yukata. “Kawaiii” antara sebutan mereka.

Yang pelancong asing pula, siap ada yang minta ambil gambar kitorang. Paling best, bila kami ni (yang muka langsung tak local) berpakaian Yukata, ia jadi satu “conversation starter”. “Where are you from?” antara soalan pemula yg diakhiri dengan gambar bersama & bertukar contact selepasnya. Bukan Jepun tapi Malaysia. 

Best kan trip Shaklee?


#5 Boleh Bawa Anak-Anak, Mak/Ayah & Mertua

Kalau bukan satu-satunya, Shaklee adalah MLM terawal yang membenarkan pengedar membawa ahli keluarga bersama. MLM lain, paling-paling pun cuma boleh bawa pasangan saja. Tapi trip Shaklee, boleh bawa pasangan, anak-anak, mak/ayah & mertua. Travel dengan orang tersayang, itu paling utama kan?

Percuma pula tu! Adui…

Nampak dalam gambar ada kanak-kanak tu?

Kalau kos Shaklee nak bawa seorang pengedar ke Incentive trip luar negara pun sekitar RM15,000-RM20,000, bayangkan mereka ni angkut sampai 5-6 orang setiap kali trip. Siap dah dapat bilik Suite & penerbangan kelas perniagaan lagi (tambah lagi RM10,000/org). Bestnya lah hai...

Kenapa Shaklee benarkan?

Sebab bisnes Shaklee bukan sekadar transaksi (jual-beli), tapi sangat family friendly.


#6 Hormat Keperluan Muslim
Banyak orang malaysia yang bawa Maggy atau makan makanan Arab setiap kali ke luar negara. Selain jimat, memang itu je lah pun yang boleh makan. Dengan trip Shaklee, tak perlu bawa Maggy pun boleh survive. InsyaAllah. Bukan takat survive, silap hari bulan makin bulat sebab terlebih makan lagi ada.

Ya, Shaklee sangat menjaga sensitiviti pengedar Muslim.
Lagipun, 60% market di Malaysia adalah Melayu/Muslim.

Kita tak perlu fikir “mana nak cari makanan Halal”. Sebab Shaklee dah survey, check & tempah siap-siap makanan Halal. Tu yang mereka sampai naik bas ke hotel lain semata-mata nak dapatkan Sarapan Halal di Holiday Villa Hotel, London. Padahal, boleh je breakfast roti ke apa ke yang muslim boleh makan di Hotel Hilton Park Lane tu.

Begitu juga ruang solat.

Yang pernah travel mungkin dah biasa solat di parking lot, taman-taman, playground atau celah-celah museum. Ya lah, tempat minority muslim mana ada Masjid atau surau bersepah macam kita di Malaysia ni. Tapi dengan trip Shaklee, kita tak perlu runsing fikir cari ruang solat.

Pertama kali sampai di Toki Outlet di Jepun, mereka terus dibawa ke ruang solat khas di sana. Hanya dibuka untuk mereka hingga jam 12.30pm. Sambil makan crab, ada ruang atas pentas yang mereka gunakan untuk gilir-gilir solat. Seronok kan?

Paling best, Kak Yana dengar, masa Global Conference Shaklee di Long Beach & Orlando 1-3 tahun lepas, Shaklee siap sewa bilik khas (perlukan duit ok nak sewa ni) semata-mata nak beri ruang kepada pengedar muslim menunaikan solat. Memang touching betul. Sebab tu, pengedar Shaklee begitu setia & sayangkan Shaklee macam kak yana.Hikhikhik


#7 Semua Pengedar Memiliki Peluang Yg Sama

Ada MLM yang cuma reward bila dah sampai rank tertentu saja. Bila sekali dah capai, dia akan dapat join trip tu selama-lamanya. Walaupun business performance mereka untuk tahun itu, tidak sebagus atau sebaik pengedar yang lain. Pendek kata, tiket mereka “at at the expense” of good performance pengedar lain tapi belum capai rank yang sama seperti mereka.

Ada juga MLM yang ambil jalan pintas. Mungkin sebab mereka inginkan gambar peserta yang lebih ramai, mereka sanggup tawarkan join trip incentive mereka kepada pengedar yang tidak layak; dengan syarat mereka bayar beberapa ribu sebagai kos transport & penginapan.

Apa yang terjadi ialah, pengedar yang kaya-raya saja yang memenuhkan kerusi; walaupun sebenarnya mereka bukan business leader yang selayaknya. Dengar cerita, sampai ada yang sanggup buat personal loan semata-mata nak bayar kos transport & hotel ke company mereka.

Hmm, rasanya lagi elok kalau pergi sendiri.
Tiada lah terikat dengan itinerary company.

Tapi Shaklee ni ada lain sikit.

Pertama, hanya yang betul-betul layak saja yang boleh ikuti trip mereka. walaupun macam sipi-sipi je lagi nak dapat memang out terus. Exclusive gitu.

Kedua, Shaklee tak reward berdasarkan seniority. Tapi, business performance semata-mata. “Hang dah rank tinggi2 atau dah lama join tapi tak deliver, SORRY”. “You belum rank tertinggi tapi Business Performance superb, COME”. Dengan kata mudah, sesiapa pun, “anda buat, anda dapat”. Dan tak semestinya upline boleh dapat lagi banyak tiket daripada downline. Kalau downline tu skor, memang dia lagi banyak dapat berbanding upline-nya sendiri. Adil kan?

Ketiga, tiada had berapa banyak point yang kita boleh skor. Tak macam MLM lain yang “paling-paling pun boleh dpt 2 tiket atau bawa pasangan saja”. Di Shaklee, lagi banyak skor, lagi banyak tiket boleh dapat. Tu yang #iReachFounders boleh dapat sampai 5-6 tiket. Ada juga pengedar lain yang skor sampai 3 tiket untuk trip Jepun baru-baru ni.

Apa pun, memang semua pengedar memiliki peluang yang sama. Yang tak sama, mungkin usaha masing-masing saja. Sebab itu satu-satunya yang membezakan antara pengedar Shaklee A dengan pengedar Shaklee B. Yang penting, adil & saksama.

Amacam?

Cukup enak dan lazat hidangan insentif trip yang ditawarkan oleh Shaklee?

Nak rasa peluang ni? Suka travel? Suka pula travel 5 stars secara percuma?
Kak Yana alukan untuk jadi ahli Shaklee, buat bisnes ni sama-sama Kak Yana. Dan Kak Yana tunjukkan cara bagaimana nak turut serta join trip yang superb best ni

Kindly drop ur msg at 012 9576 172 dengan mesej "SAYA NAK BISNES SHAKLEE"

No comments: