Tuesday, May 23, 2017

Travel Ke Jepun Percuma Dengan Shaklee Day 2 & 3

Jepun negara mahal. Ya betul, dah pergi sana baru tahu mahal. 1000 yen = anggaran RM40. Tapi walaupun mahal, Jepun adalah negara yang sangat best untuk dilawati. Banyak tempat-tempat menarik di Jepun untuk diexplore. Trip percuma shaklee tahun ini ke Jepun. Alhamdulillah Kak Yana berpeluang untuk join. Trip ni adalah reward kepada leader-leader yang perform sepanjang cycle 2016/2017. Beruntung betul sebab trip ni kakYana tak perlu bayar apa-apa pun. Bawak duit shopping aje.

Tatkala layak untuk menyertai trip percuma ni, kak Yana rasa syukur yang amat. Sebelum ni dah merasa trip ke US dan Italy, kali ni Allah izinkan lagi untuk merasa ke Jepun pula. Ternyata Jepun sangat menarik untuk dijejaki.



Trip seminggu ni memang 5 stars punya layanan. Rasanya tiada lagi MLM lain yang reward sehebat begini untuk para leaders. Kami diberi 12k yen untuk meal allowance kerana ada yang shaklee tak sediakan makan. Jadi duit tu diberikan untuk kami beli makanan sebanyak 4 kali. Tapi biasalah duit tu kami guna untuk shopping, hihihihi sebabnya ya rabbi, makan pagi pun dah kenyang sampai petang. Makannya mewah sangat. Penginapan, makan minum selain dari 4x tu, tiket ke tempat-tempat menarik, trasnport semuanya Shaklee yang tanggung. 

Bertolak sabtu malam, flight jam 8 kami transit sekejap di Bangkok dan teruskan perjalanan, jam 8 pagi waktu Jepun sampai di Nagoya. 

Ittenari Day 1-3: 



Sampai je di Nagoya, kami diberi bento breakfast. Ada onigiri, air green tea dan pisang. Sedap dan kenyang. Kak yana memang penggemar green tea, so rasa fresh sangat bila minum green tea ni. Sedap walaupun di tekak orang lain rasa tawar, pahit dan kelat bersimpang siur. 

Lepas brekpes, kami terus ke Toki Premium Outlet. Shopping la apa lagi. Sempat la kak Yana sambal seluar Levi's 3000 yen selai. Kalau dah namanya pompuan, tak sah tak beli handbag. Sambar juga lah beg samantha satu. KAt toki ni disediakan prayer room, khas untuk delegasi Shaklee yang datang. Best kan? 


Setel shopping, kami check in di Geo Suimeikan Hot Spring Resort. Best hotel ni sebab bilik pun memang gaya rumah di Jepun. Terasa macam duk di rumah hagemaru je. Kihkihkihkih. Lagi best sebab masuk hotel je, beg dah pun berada di bilik dan of coz ade surprise gift dari Shaklee. Kami dapat 2 kotak ESP pelbagai perisa. Hanya kat jepun je jual ni . TQ shaklee. 

Malamnya kami ada dinner, orang jepun panggil kaiseki Dinner. Kalau kat Jepun dinner ni orang-orang kaya je makan sebab mahal gedabak. Orang kebanyakan tak mampu. Lihat betapa Shaklee memang sediakan yang mahal-mahal aje untuk treat leaders. PErgi dinner ni kami dikehendaki untuk memakai yukata yang sudah disediakan di bilik hotel. Yukata ni boleh digunakan bila kita kelaur hotel nak jalan-jalan sekitar hotel seperti nak ke lobi, nak pergi mandi di onsen


Appetizer

Sepanjang dinner ni kak yana berpeluang la nak merasai dinner stail Jepun ni. Memang brseni orang jepun. Saiz hidangan kecik-kecik , hiasan pun cukup teliti, memang berseni. Ce bayang buluh ni boleh dikerat sekecil ini, nak sumbat kacang sebiji dan udang sekor je pun. 





Delegasi Shaklee Ke Jepun 

Selesai dinner, masuk beradu lah apa lagi. Kekekeke dapat la rasa tidur atas tilam macam Hagemaru tu. Cuma bantalnya memang gebu lah. Waktu subuh di Jepun jam 3pagi. Jam 4 pagi dah cerah terang benderang. 

Day 3, kami ke Takayama dan Shirakawa-Go. Yang ni kalau uolls ge Jepun, sila la pergi. Memang best suasana kampung kat sini. Air longkang pun rasa nak celup kaki apa lagi kalau air sungai. Rasa nak minum air tu. 



Souvenir ni namanya sarubobo. Glemer la dijual kat sini. Katanya sarubobo ni asalanya dulu dibuat oleh seorang ibu yang miskin tapi nak anaknya ada permainan. Tapi bila dah siap, jiran-jiran pun suka. jadi mereka buat banyak-banyak. Ada juga kata sebagai perlindungan dari apa-apa yang buruk. Entah la mana satu yang betul. Tapi yang pasti Sarubobo ni hanya ada di Takayama. Lain warna lain maksud. Yang kak Yana ingat, kalau kuning tu melambangkan kekayaan, merah melambangkan percintaan. Sebab tu kak Yana pegang kuning tu. Eceh. 


Kat Takayama ni ada morning market. So boleh la beli apa-apa gift kat sini. Harga memang sama je semua tempat, takde istilah beli banyak dapat harga borong. Kak Yana pun pening nak beli apa sebab banyak sangat souvenir. Last-last sambar FM aje buat koleksi. 

Dan jangan lupa untuk cuba eskrem perisa matcha  yang glemer kat Takayama ni. 1 eskrem = 380 yen. Boleh la makan eskrem sambil menikmati pemandangan sungai dengan ikan-ikan yang berlari-lari dalam air. Indah tau. 



Special nya masa di Takyama dan Shirakawa ni kami pakai Yukata. Jadi jalan-jalan di morning market pun orang jepun sengih bangga sebab gayakan pakaian diorang. Siap tourist dari negara lain pun nak ambil gambar. Seronok juga pakai yukata ni, udah feeling-feeling awek jepun. 



Pakai yukata, tapi pakai sport shoes. Muahahaha..abaikan. Selipar terompoh tu ada tapi taruk dalam beg. Lepas dah shopping di Takayama ni, kami gerak keperkampungan Shirakawa- Go pula. Fuhh kat sini pemandangan memang cantik. Betul-betul suasana kampung. 


The pink ladies in action! 



Cuba tengok pemandangan di Shirakawa ni, memang nyaman di kelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau. Rumah-rumahnya miliki bumbung yang unik, dan tulah yang menjadi tarikan utama kat sini. Kalau nak bermalam kat sini, ada guesthouse. Boleh rujuk web INI untuk info harga. 


Balik dari Shirakawa Go, kami dihidangkan dengan satu lagi Kaiseki Dinner. Kenyang terbongkang, alhamdulillah. Kalau di Jepun, kaiseki adalah untuk orang-orang kaya sahaja. Antara hidangan untuk kami delegasi Shaklee, seperti baisa hidangan ini penuh dengan ketelitian dan berseni. 





Perut sudah kenyang, balik bilik untuk rehat. Esoknya aktiviti bermula dari pagi juga. Trip Shaklee ni memang berjalan aje kejenya. Jadi perlukan tenaga yang mantop. Apa lagi, Kak Yana memang sesiap ready dengan VIVIX dan vitamin-vitamin lain untuk kasik badan bertenaga. 

OK la nanti Kak Yana sambung kisah trip percuma ni di next entry. Nak buat satu entry je tak cukup. 
Haa bagi yang nak merasa travel percuma, boleh tanya Kak Yana macam mana 

Hubungi kak Yana di 012.9576.172








No comments: