Thursday, November 24, 2011

Tutorial DSLR(canon) for dummies: Focus the object & blur the background

Panjang pulak tajuknya..:)

Tetiba terfikir nak buat entry ni, sbb aku pun dummy jadi pada hemat aku mesti kt luar sana pun ade jugak yg spesis macam aku ni. Beli DSLR konon2 nak amik gambar yang canggih manggih macam OP. Tapi hampeh. Bila shoot, gambarnya serupa macam kamera digital biasa je. Buang karan kan? Mesti time tu terdetik, apa yang syoknya DSLR ni, takde beza pun. Tetapi yang sebenarnya memang tak tahu nak aplikasi button2 atau setting2 tertentu untuk dapatkan gambar yang memukau mata.

Tak mengapa, anda tidak keseorangan. Dulu aku pun macam tu. Sekarang pun sama sebenarnya. Alami nasib yang sama. Kadang2 main cuba-cuba je shoot guna button yang ada tu. Kalau dapat yang cantik bertuah la. Boleh diabadikan gambar tu dalam kenangan. Tapi most of the time mmg tak cantik la gambarnya, takde moment orang kata.

Ok back to the topic.

Aku nak tunjuk bagaimana cara nk fokuskan objek dan blurkan background object tu. Kali ni kita akan menjurus kepada bagaimana nak fokuskan objek yang berada di tepi kiri/kanan, di atas atau di bawah atau di tgh2. Er faham ke? Tak faham takpe, lepas ni insyaAllah akan faham.

Ok contoh, tgk gambar yang aku shoot ni.

Assignemnt ni sudah selamat ditanda :)

Dalam gambar ni aku nak fokuskan timbunan assignment pelajar, which is situated in the right corner of the whole picture. So gambar cop yang sebelah kiri tu aku buat die jadi blur. Bagaimana nk buat gambar tu jadi macam tu? Begini caranya:

1. Tentukan button pada kedudukan yang bertanda 'P'


2. Tekan button yang terletak pada bahagian atas sebelah kanan (tgk gambar B)

Gambar B

3. Pilih bahagian mana yang nk fokus (kalau ikut gambar di bawah sy pilih yang kanan)


4. Ape lagi shoot la..tapi make sure tekan bila dh fokus pd objek.

Nah, senang saje kan? Ilmu ni aku dapat dr k.ida (my opismate). Credit to her. masa mula2 dia ajar tu aku memang sangat2 teruja. Selama DSLR ada di tgn aku, tak pernah sekalipun aku tekan button tu sebab tidak tahu apa fungsinya. Huh. Rugi kan? Now dah tahu, aku nak sebarkan pulak ilmu ni supaya lebih ramai yang tahu :) Pada yang sudah tahu dan ada tips2 lain yang aku ketinggalan, boleh jugak share.
Meh kita tgk lagi hasil shooting guna kaedah yang sama

Fokuskan water filter

Fokuskan pokok

Fokuskan cold

Fokuskan hot

Fokuskan itik kuning husna :)

Ok sekian untuk tutorial ringkas kali ini. Harap ia boleh membantu dan berguna untuk kalian. Lepas ni kalau ada lagi aku post lagi yerp. Akhir kata, selamat beramal la! Enjoy :)

3 comments:

ida_F said...

wahhh. tahniah-tahniah.. dah ada tutorial tu..

sharEna said...

tq so much for sharing yana =D

kebetulan bwk dslr hari nie ke opis. try n teros jadik =D

Luv like this.... said...

yana canon code ape?

kt pon salu try n error jer...aritu bukak kitab canon ade jgk dia tnjuk cara2 nak amik gmbar blurkan...neway nice tutor..esok klu pndai y lain share lorr