Wednesday, April 1, 2009

Petua 8P

i got this from my mailbox..utk dikongsi bersama..sambil muhasabah diri..kepafa en fahmi..sy mitk maaf kekurgan sy, ketidakprihatinan sy dan ketidaksensitifan sy..sy sentiasa tidak pandai mengambil hatinya sedangkan sy akan menjadi isterinya 2 bulan lg..

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek
kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan'di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan
terasa diabaikan,katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama panas baran suami.Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.


sy sgt syg abg..im trying to change myself better..

12 comments:

a said...

moga Allah memberikan kekuatan kepada semua suami isteri dan bakal-bakal suami isteri melakukan semua petua2 tu..

Anonymous said...

wah..bagus ni..thnx ye...kna ingat skalu nmpknye..heheh...

nurul aziyana said...

k.ida:erm tu la kan k.ida..harap2..mintak ngn Allah bnyk2

amy-wan:erm samer2 kiter ingat yer

Ija1202 said...

Petua yg berguna...yg penting doa selapas solat tu harus diamalkan..
TQ dear!

nanonano said...

sharing is caring,
tenxs ;)
cam xsbr lak nk laksakan kesemua P tu
:p

nurul aziyana said...

ija:mmg bagus kan..erm doa sbg senjata

nano: ya marilah kiter menghidupkan slogan sharing is caring..amboi xsbr yer..hihi plaing xsabar P yg maner?

fana said...

warghh bagus2 tip berguna ni.

my hidden stories said...

menarik entri nie..aziyana,nanti boleh wat entri pasal adab2 bertandang org terengganu tak?

nak tau lah...sebab kita tak tau dorg nyer adat & adab

proud parents said...

good tips :)

Rashid said...

salam..
ermm satu perkongsian 'P' yang baik sekali. t.kasih..

Anonymous said...

bagusnya info ni...
thanks kerna dapat dikongsikan bersama...

anil lutaze said...

alahai...rendahnye diri saya mmbaca ini...thanks alot aziyana!