Wednesday, December 16, 2009

Untuk Wanita..(isteri dan ibu khususnya)

Terbaca dr blog ibu ammar..dan teringin untuk berkongsi di cni juga..ada 6 pesanan khusus untuk wanita

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal( kan ) solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Apa yg aku nk fokuskan kt cni, pesanan yg ke-6..org lelaki mmg wajib sembhyang di masjid/surau..jd jgn biarkan suami leka di rumah bila azan berkumandang tmbah2 lg kalo surau berdekatan dgn tempt kediaman..jgn jadikan kita sbgai penyebab suami tidak berjemaah di masjid..tgk saja pahala yg kita dpt..pahala dia berjemaah jugak kita akan dapat, alangkah besnya kan..so wahai isteri2 solehah, berusaha motivasikan suami utk berjemaah di masjid..moga2 amalannya itu blh menunjukkan contoh yang baik pd zuriat keturunan..

6 comments:

m@Ri@ said...

em terima kasih kerana mengingatkan sy

♥♥relyza♥♥ said...

hrmmmm
pesanan simple tp susah nak buat...
sis...sy copy paste kat blog sy yer...

anil lutaze said...

ouh..thanks yana....love it!

lupikirlahsendiri said...
This comment has been removed by the author.
lupikirlahsendiri said...

ingatkan no 6 tue.."Galakkan suami BERJEMAAH" ;-)..semoga kaum suami amik iktibar jugak...

en_me said...

salamm singgah akak tewww..