Monday, July 25, 2011

French Loaf with cheese and sardin

Resepi pg ahad, untuk org yg malas..heeeeheeee


Sebenarnya aku mmg suka sangat dengan resepi yg mudah tp sedap, yg xpakai banyak bahan dan yang cepat disediakan. Maklum la condition aku sekarang ni dgn pembantu kecil di dapur agak sukar nk buat kudapan yg banyak steps nk buat.

Lagi satu aku mmg suka nk mencuba masakan western. kalau boleh nk master dalam western food..heeeheee..masak kuih or kek xreti sangat..

Resepi untuk kudapan ni aku cedok dr internet tp lupa nk save source..rasa2nya dr blog secubit garam



<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE

Bahan2:
1 batang french loaf (roti panjang yg keras tu, kt giant, carefour ade le jual)
1 tin tuna/sardin
1 biji buah tomato di hiris bulat2 nipis- x letak sbb xde stok
1 sudu teh lada putih/lada hitam
beberapa keping cheese- guna topping cheddar cheese sbb tu je yg ade
butter- letak marjerin biasa je

Cara:
French loaf di potong bulat2 atau menyerong
Tuna atau sardin di lenyek hancur
Ambil sekeping french loaf yang sudah di potong
Sapu butter di atasnya dan letak tomato
Letak tuna/sardin yang sudah di hancurkan di atas tomato
Tabur serbuk lada putih/hitam
Akhir sekali letak cheese yang sudah di potong kecil2
Sedia untuk di bakar.
Bakar hingga keperang2an


Mudah aje kan? Kalau malas mcm aku ni, boleh2 la usha bahan kt market , hari ni kan pay day..heeeeeheeee

6 comments:

nanonano said...

na pun penah bt ala2 cmni,
tp gune roti gardenia je, aci? hahaha

fana said...

menarik tertarik, mudah lg express.. mahu cuba

mun said...

wow rajin betul yana eik..nampak senang jek kan..tp kalau bagi mun yang malas nie..senang pon jadik susah...hehehe

wardah @ fie shah said...

mahu cuba tapi takda oven..bagaimanakah?

Dina Zakaria said...

nampah shedap ni..

CaHaYa^KetEnaNGan said...

mahu cuba juga...ni untuk sarapan dgn minum petang boleh la kan!!