Friday, January 27, 2012

Bagaimana akhirnya saya berstokin

Chop
Chop
Chop
Sebelum kalian lanjutkan pembacaan kalian, saya benar2 berharap tidak ada sedikit pun atau sekelumit pun prasangka yang bukan2 yg mungkin timbul di hati berkenaan tajuk entri sy kali ini. Saya amat2 berharap tidak ada di lintasan hati atau pemikiran bahawa entri ini adalah untuk menunjuk2 atau berbangga. Jangan dan jangan kerana itu bukan niat saya untuk menulis berkenaan dengannya. Saya hanya mahu berkongsi cara..yang baik itu adalah untuk disebar2kan. InsyaAllah..

Saya tahu ramai di luar sana yang memang punya impian dan niat ingin memakai stokin, menutup anggota kecil yang biarpun hanya letaknya di bawah tapi mampu membakar diri dalam nyalaan api neraka. Saya dulu pun begitu. Mulanya niat ingin memakai stokin selepas berumahtangga..tapi tahun pertama masih belum dilaksanakan. Masuk tahun kedua juga begitu. Sudah jadi ibu pun belum lagi menyarungkan stokin pd kaki. Bayangkan la selama tempoh itu, dosa membuka aurat turut dipikul oleh suami. Kalau difikirkan itukah tanda kasihnya saya pd suami? Membiarkan dia bersama tanggung kesalahan saya biarpun sudah diingatkan beberapa kali.

Saya tidak menafikan, malah kalian juga mungkin merasakan begitu. Tidak menutupi kaki tidak la terasa sangat berbeza berbanding tidak menutupi kepala. Malah orang yang melihat juga tidak merasa hairan kalau kita bertudung tetapi tidak menutupi kaki. Sementelaah pula, kaki tu letaknya di bawah, sedikit jauh dari pandangan mata yang letaknya di atas. Berbanding jika kita membuka tudung, orang pasti berkata, mencemuh dan mencerca sepertimana yang berlaku pada Nur Amalina. Tetapi tidak ada pula yang berbuat demikian jika tidak memakai stokin. Jika adapun, hanyalah segelintir, yang betul2 faham apa makna menutup aurat.

Jika bercakap mengenai aurat, panjang ceritanya. Tetapi yang sy boleh ringkaskan, bagi perempuan auratnya adalah sebagaimana semasa kita bersolat. Apa yang kita tutup sewaktu solat itu juga la yang sewajibnya kita tutup di luar solat. Mudah kan? Jadi jika tidak membawa telekung solat, kita masih boleh solat kerana kita sudah menutupi badan kita. Sekali lagi, mudah kan? Islam memang mudah. InsyaAllah kita dipermudahkan segala urusan.

Ok balik kepada topik..panjang sangat dh bebelan sy ni.
Bagaimana akhirnya sy lekat dengan berstokin. Semuanya bermula apabila menghadiri usrah bulanan yang diadakan di pejabat. Penceramah jemputan ustazah marini. setiap kali dia buat usrah setiap kali itulah dia akan menyebut ttg aurat. Tidak pernah miss. Tidak pernah jemu walau angka pendengar yang datang usrah semakin berkurangan walau dalam kelas tajwid sekalipun. Niat dia sangat murni mahukan wanita ditinggikan martabatnya, ditinggikan maruahnya. Hidayah Allah, dipercikkan sedikit sahaja rahmatNya pada saya untuk menilai kembali kekurangan dan menerima kekhilafan diri. Saya nekad, mahu berubah.

Permulaan, saya sarungkan stokin yang ada dalam laci almari. Saya tidak punya banyak pasang..3-4 pasang sahaja..itupun ada yang sudah berlubang di hujungnya..jadi kadangkala pakai kadangkala tidak. Yang pakai bila nk ke opis..itu pun jika teringat. Bila nk keluar berjalan2 tak pakai. Bila benda yang bukan menjadi kebiasaan, kita memang selalu akan lupa.Tetapi saya tetap mencuba supaya ingat setiap kali nak keluar capai stokin dan sarung. Alhamdulillah lama kelamaan ianya memang sudah menjadi kebiasaan. Dan saya akan berasa lain bila menyarungkan selipar/kasut tanpa berstokin. Bila tiba waktu itu, insyaAllah kita tidak akan lupa lagi dek kerana perasaan yang lain itu.

Dari 3-4 pasang, stok stokin bertambah. Setiap kali keluar, bila berjumpa stokin saya cuba untuk beli. Bukan mahal, sepasang tidak sampai RM10. Paling murah saya beli di Giant RM3.99. Yang penting ianya tidak jarang dan tidak menampakkan warna kulit. Jadi sebenarnya semua orang pun boleh buat. Yang penting istiqamah. Bila istiqamah sesuatu perkara itu akan melekat dalam diri kita tanpa kita sedar atau tanpa kita paksa. Malah sebaliknya kita akan janggal pula bila tidak melakukannya. Sama seperti solat. Jika sebelum ini kalian masih lagi culah dalam solat, cuba usahakan tidak tinggal selama 40hari..insyaAllah selepas itu lengkap 5x kalian solat. Lagi pula niat ke arah yang baik itu sudah ada, iringi pula dengan usaha insyaAllah pada sesiapa yang inginkan kebaikan, Allah akan bagi kebaikan kepada dirinya.

Tentu ada yang bertanya, mcm mana nk istiqamah? Cara saya, saya jadikan suami sebagai pencetus semangat. Walaupun secara lisannya saya tidak maklumkan kepadanya tetapi sy letakkan dia sebagai orang yang boleh menggalakkan saya. Saya akan fikir jika saya tidak menutup aurat sepenuhnya, dia yang akan menanggungnya. Dia akan mendapat saham atas apa yg sy buat. Saya tidak mahu menambahkan lagi dosa demi dosa untuk dia pikul. Siapa yang tidak sayangkan suami. Jadi bukan begini kita menunjukkan sayang kita pada suami.

Doa. Itu juga menjadi perisai saya. Doa pada yang menggerakkan hati kita. Doa la apa sahaja kebaikan yang kita mahu Allah campakkan ke dalam diri kita. Doa moga Allah bagi hidayah pada kita dan Allah kekalkan hidayah tersebut sehingga akhir hayat kita. Minta lah apa sahaja dengan Allah dan bersangka baik. InsyaAllah semuanya akan baik..

Sebelum saya akhiri entri ini, aurat adalah hak Allah dan ujian yang Allah berikan kepada manusia bagi menilai siapa yang taat dan siapa yang derhaka. Ianya tidak boleh diberi alasan reda untuk melakukannya. Contoh reda di sini adalah suami reda/tidak kisah jika sy tidak menutup aurat atau suami suka saya mengenakan fesyen begini begitu kerana itu bukan hak suami tetapi itu adalah hak Allah. Sewajibnya kita mendahului hak Allah berbanding dengan hak suami. wallahualam..

Apa yang baik itu semuanya dari Allah..jika ada yg tertulis di sini mengganggu gugat emosi kalian, saya mohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri. Saya bukan berlagak, saya juga tidak inginkan sebarang pujian jauh sekali kebanggaan..apa yang baik ambil lah..jika tidak cari lah yang lebih baik. Saya masih banyak kekurangan...Sekian. semoga berkat Jumaat, Allah merahmati kalian.

6 comments:

sharEna said...

tahniah diatas penghijrahan anda =D i'm happy for you =)

kite pulak pk kalo nk elakkan pakai stokin, nk kena buat mcm mana yer? caranya kite beli jubah2 yg besar 1 saiz dr kebiasaan, maka ianya lebih labuh. kaki x nampak. biar baju kotor tp aurat x nampak bukan?

kemudian sdg mencari-cari kasut yang seuai. xmo pakai sandal dah. kasut tutup penuh yg selesa. insyaAllah =)

Cik Lijah said...

huhuhu...

inspiring story...
sedang mencari istiqamah berstokin dan lebey menjaga aurat gak....

selalu tanya ngan diri sendiri...ramai rakan2 yg free hair berutudung selepas mereka berkahwin...maksudnye mereka ade penghijrahan sendiri....saya mcm ne...??

insyaallah, betul kata awk...jdkan suami sbg inspirasi...(^^)

nanonano said...

sebak, tp dlm ms yg sama tumpang happy tuk yana :)

cikgunurulizza said...

salam perkenalan,
saya pun sedang dalam perjuangan untuk memakai stokin...

Dina Zakaria said...

congrats yana..=)

penghijarahan dari kurang baik kepada baik..moga kita sentiasa dikuatkan semnagat utk menjadi lebih baik pada setiap hari mendatang...insyaallah..

Amira@littlemushroomcap said...

saya terjumpa pos ini dalam istiqamah saya nak pakai stokin. inspirational. terima kasih. semoga saya juga berjaya nanti dan kita sama2 mencuba menjadi wanita2 solehah dibumi. insyaAllah.