Wednesday, April 10, 2013

Tips elak jerawat dari tumbuh

Jerawat? Oh no! Siapa yang sukakan jerawat? Tiada bukan ...


Cegah jerawat sebelum ia naik! Meh saya nk share tips2 ringkas untuk cegah jerawat daripada bermaharajalela di wajah.

Tips ringkas No 1 >>>> Tukar sarung bantal anda setiap empat atau lima hari. Sarung bantal yang baru, bebas bakteria boleh menghalang serangan ke atas kulit. 
 
Tips ringkas No 2 >>>>Pastikan tangan anda jauh dari muka anda. Jika anda cenderung untuk meletakkan tapak tangan di bawah pipi, hentikan segera tabiat ini.  Minyak pada tangan anda boleh menyebabkan jerawat, walaupun dalam jumlah yang kecil.
 
Tips ringkas No 3 >>>>Ikat rambut anda semasa anda tidur. Jika anda mempunyai rambut panjang, pastikan ia jauh dari muka anda semasa anda tidur. Tocangkan ia kembali, dan gunakan pin untuk mengelakkan rambut dari terkena dahi anda.
 
Tips ringkas No 4 >>>> Dapatkan rehat yang secukupnya. Tekanan boleh menyebabkan jerawat, jadi pastikan anda berehat dan tenang.

Sekian tips ringkas dari saya :) 
Selamat beramal. Jika kulit muka sudah ditumbuhi jerawat, jangan memilih untuk memicit jerawat tersebut. Berbuat demikian boleh membuatkan jangkitan menjadi lebih teruk dan membawa kepada parut kekal. Ha, parut kekal lagi payah nak hilangkan :) 

 




3 comments:

mun said...

tips yang bagus..thanks for sharing...hehee

Unknown said...

Tq 4 sharing tips2 tu..

ummi said...

perkongsian yg sgt menarik sekali. :). tips elak jerawat