Wednesday, April 23, 2014

Program Anak Angkat Bersama Islamic Relief

Bismillah.. Entri kali ini sedikit lari dari niche blog ni. Selama ni asyik dok bercerita mengenai supplement dan kesihatan je kan. Kali ni saya nak berkongsi sedikit mengenai 1 program penajan anak angkat yang telah saya sertai bersama Islamic Relief, satu organisasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak sebagai badan amal antarabangsa.

Tujuan utama penubuhan ISlamic Relief ni adalah untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan dengan bekerja dengan masyarakat tempatan untuk membasmi kemiskinan, buta huruf dan penyakit di lebih dr 30 buah negara. IR juga bertindak balas terhadap bencana dan kecemasan dan membantu orang dalam krisis. WEb IR boleh dilayari di link ini --> http://url.ie/qsq2

Anak angkat saya 

Banyak jenis program dilaksanakan oleh IR Malaysia termasuk zakat, derma, bayar fidyah, projek utk family syria dan kalau nak jadi fund raiser atau menjadi sebahagian daripada volunteer untuk kerja2 amal anjuran IRM juga dialu-alukan. Program al-yateem sponsorship adalah sebahagian drpd program yang dijalankan di IRM.

Ada 472 lagi anak yatim yang boleh sponsor :) 

Melalui  PROGRAM AL -YATEEM SPONSORSHIP ni la sy dpt adopt Magadeer yang berasal dari Yemen. Magadeer ni kematian ayah dan ade lagi 5 orang adik beradik. Ada 3 pakej yg ditawarkan dalam program ni dan kita bebas untk pilih nak program mana. Katakan kalau nk anak angkat dari Bosnia boleh pilih group C.


Cara bayaran ada 2 cara iaitu
i. Melalui pembayaran setiap bulan. Jika pilih group A maka setiap bulan bayar Rm160 kepada pihak IRM.
ii. Bayaran setahun terus. Contoh jika pilh group A bayar RM1920.

Wang yang didermakan akan diberikan secara langsung kepada keluarga anak yatim atau penjaga, dan anak yatim dipantau dengan kerap untuk memastikan bahawa mereka menerima manfaat sepenuhnya daripada penajaan. Setiap tahun Islamic Relief akn buat akaun kewangan, yang diaudit oleh akauntan bebas. Jadi utk tmabah keyakina bahawa duit yg kita dermakan mmg diberi kepada orphan ni, boleh tgk dan semak laporan kewangan kt web IRM. Bayaran akan disalurkan sebanyak 4 x setahun iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember.

Berapa lama nak sponsor??
Pihak IRM menggalakkan penajaan sekurang-kurangnya satu tahun. Tapi kita boleh taja seorang kanak-kanak selama mana yg kita mahu, sehingga umur 18.

Biodata orphan ni kita akan dpt lepas pihak IRM sahkan 1st payment. Kita boleh contact orphan ni atau send gambar kite utk diorg kenal melalui IRM.. So maknanya IRM yagn uruskan.In fact, boleh visit diorg kalau nak tapi atas arrangment pihak IRM dan tidak boleh dibuat terus ke rumah anak yatim kerana Perlindungan Undang-Undang Kanak-Kanak. Semua perbelanjaan dan risiko keselamatan ditanggung sendiri.

Porgram tajaan ni akan cover perkara-perkara seperti pendidikan, kesihatan, keperluan asas, time raya diorg pun akan merasa pakai baju raya, camp untuk diorg, belajar IT, vocational training. Jadi jika bermiNAt untuk menjadi sebahagian daripada sponsor, boleh klik link ini --> http://url.ie/qsrx

IRM juga boleh dikunjungi terus di pejabatnya di

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA (Reg No: 657354-W)
A-05-01, PARAGON POINT,
JALAN MEDAN PB5,
SEKSYEN 9, PUSAT BANDAR,
43650, BANDAR BARU BANGI,
SELANGOR.

Saya memandang perkara ini sebagai satu usaha untuk membantu seluruh umat Islam di dunia tak kira kat mana kita berada. Dan alangkah baiknya juga jika ada satu badan yang buat projek yg sama tapi khas untuk ank-anak yatim di Malaysia (jika dh ada mungkin perlukan publisiti yg meluas agar lebih ramai yang tahu). Semoga usaha yang sedikit ini dipandang besar oleh Allah.

-iR Nurul Aziyana-
i - Saya
R: Respect. Hormat menghormati
E: Excel. Cemerlang
A: Able. Serba-Boleh
C: Care. Ambil Berat/Ambil Peduli
H: Humble. walaupun hebat, sangat rendah diri

No comments: