Thursday, May 29, 2014

Kebenaran tentang Kemoterapi Akhirnya Terbongkar

Kita dah biasa dengar, satu-satunya rawatan yang paling common untuk semua jenis kanser adalah kemoterapi. Namun sebenarnya ada rawatan alternatif yang boleh dibuat oleh pesakit daripada memilih untuk kemoterapi. Ianya dibongkarkan oleh JOHNS HOPKINS. Kenapa kemoterapi memberi kesan sampingan? 



Berikut adalah fakta tentang kanser yang ramai tak tahu 

1. Setiap dari kita mempunyai sel-sel kanser dalam badan. Sel-sel kanser tidak dapat dikesan dalam ujian standard selagi mana mereka tidak meningkat kepada beberapa bilion. Apabila doktor memberitahu pesakit kanser yang tidak ada sel-sel kanser lebih dalam badan mereka selepas rawatan, ia hanya bermaksud ujian tidak dapat mengesan sel-sel kanser kerana mereka belum mencapai saiz yg boleh dikesan.

2. Sel-sel kanser berlaku antara 6 hingga lebih 10 kali dalam hidup seseorang.

3. Apabila sistem imun seseorang itu kuat, sel-sel kanser akan dimusnahkan dan dihalang daripada membiak dan membentuk tumor. Penting menguatkan sel imun kita. Saya memang amalkan makan nutriferon untuk meningkatkan sel imun. 



4. Apabila seseorang mempunyai kanser ia menunjukkan orang tersebut mengalami pelbagai kekurangan nutrisi. Ini boleh disebabkan oleh genetik, alam sekitar, makanan dan faktor gaya hidup.

5. Untuk mengatasi pelbagai kekurangan nutrisi, perubahan dlm diet diet  termasuk pengambilan suplemen akan menguatkan sistem imun.

6. Kemoterapi walaupun menyebabkan keracunan kepada sel-sel kanser yg berkembang pesat tetapi ia juga memusnahkan sel-sel sihat untuk berkembang pesat dalam sumsum tulang, saluran gastro -usus dan lain-lain, dan boleh menyebabkan kerosakan organ, seperti hati , buah pinggang , jantung , paru-paru dan lain-lain

7. Radiasi yang memusnahkan sel-sel kanser turut juga membakar parut dan merosakkan sel-sel sihat , tisu dan organ-organ.

Video ini menunjukkan bagaimana sel yg sihat berubah menjadi sel kanser dan bagaimana sel yg sihat juga termusnah bila menjalani rawatan kemoterapi
 
8. Rawatan awal dengan kemoterapi dan radiasi biasanya akan mengurangkan saiz tumor. Walau bagaimanapun penggunaan berpanjangan kemoterapi dan radiasi tidak lagi mengakibatkan kemusnahan tumor.

9. Apabila badan mempunyai terlalu banyak toksik kesan daripada kemoterapi dan radiasi, sistem imun turut sama terjejas atau dimusnahkan,jadi pesakit menjadi mudah untuk terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan dan komplikasi.

10. Kemoterapi dan radiasi boleh menyebabkan sel-sel kanser bermutasi dan menjadi kebal dan sukar untuk memusnahkan. Pembedahan pula boleh menyebabkan sel-sel kanser untuk merebak ke bahagian lain.


Nantikan entri seterusnya esok untuk mengetahui apakah makanan bagi sel kanser. Sel kanser bila cukup makan, ia akan berkembang dan membiak. Jadi penting untuk kita elakkan makanan2 yang menyuburkan sel kanser. 

To be continue...

No comments: