Air Kelapa memang sedap, tambah2 kalau minum ketika cuaca panas. Kalau air kelapa dibuat coconut Shake pun sedap jugak. kelebihan air kelapa ni banyak termasuklah untuk wanita. Apa kelebihan air kelapa untuk wanita? Kenapa wanita perlu minum air kelapa?
1. Air kelapa yang diambil ketika kandungan 6 bulan ke atas boleh membersihkan kulit bayi dan kulit bayi lebih cantik dan licin gebu. Air kelapa mengandungi elektrolit , klorida , kalsium , kalium , natrium, dan riboflavin, juga kaya dengan vitamin C yang diperlukan semasa mengandung. Air kelapa juga mengandungi asid laurik ( yang terdapat dalam susu ) , dan juga ciri-ciri antibakteria dan anti-mikrob yang melindungi tubuh daripada jangkitan.
2. Penyembuhan jangkitan saluran kencing. Jangkitan saluran kencing adalah jangkitan biasa yang dihadapi oleh majoriti wanita . Air kelapa boleh diminum untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan yis yang menyebabkan jangkitan saluran kencing atau lain-lain . Minum air kelapa dua kali sehari jika anda mengalami jangkitan faraj.
3. Membantu penurunan berat badan. Ini merupakan satu lagi faedah kesihatan air kelapa yang bukan sahaja bermanfaat kepada kaum wanita , tetapi juga lelaki. Air kelapa rendah kalori. Ia akan membuang toksin dari badan, membersihkan sistem dan mengalirkan oksigen ke dalam sel-sel darah. Air kelapa juga bebas lemak, mempunyai tahap LDL yang lebih rendah dan pembakaran lemak di dalam badan.
4. Baik Untuk kulit. Air kelapa memberi kelebihan kepada kesihatan kulit wanita. Air kelapa berfungsi untuk menghidrat dan membersihkan kulit. Jadi, untuk mendapatkan kulit lembut , bersih dan lembap, minum la air kelapa.
5. Menyembuhkan pedih dalam faraj. Dehidrasi atau jangkitan faraj boleh menyebabkan perasaan terbakar dalam faraj. Jadi, ambil air kelapa jika anda mengalami keradangan vagina , sebelum atau selepas membuang air kecil.
Haaa bagus kan.. Jom minum air kelapa..minum yang ori tanpa campuran gula lagi bagus. Gula adalah makanan bagi sel kanser..kurangkan manis dalam minuman ya
Monday, May 26, 2014
Tips Sihat Semasa Hamil
Home
Kelebihan Air Kelapa
tips kecantikan
Tips Kesihatan
Tips Sihat Semasa Hamil
Kenapa wanita perlu minum air kelapa??
Kenapa wanita perlu minum air kelapa??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment