Monday, November 9, 2015

Jerawat Ketika Hamil, Awas Dengan Kandungan Bahaya Ubat Jerawat

"Emy, muka aku teruk la sekarang ni..jerawat asyik naik je tapi taknak turun-turun.. ape aku nak buat ni? Ish mengandung kali ni tak sama macam aku hamil Eisya dulu..stress dah aku nengok muka"

"Biasa lah waktu hamil banyak benda berubah kat badan ni. Hormon tak stabil la katakan"

"Boleh ke aku pakai ubat jerawat ni Emy? Bingung aku pikir, dulu sebutir jerawat pun susah nak lekat kat muka aku ni ha.." 

"Ko jangan sembarangan pakai ubat-ubat ni Mira. Time hamil ni banyak benda kena jaga termasuk la penggunaan kosmetik dan ubat-ubatan..walaupun sapu luaran tapi ada yang boleh beri kesan" 



Situasi Mira ni mungkin ramai ibu-ibu hamil yang alami kan? Siapa yang suka dengan jerawat..tambah-tambah kalau jerawat yang besar-besar dan merah-merah.. mau tak stress. Namun berhati-hati jika ibu hamil ingin mengambil ubat jerawat kerana ada sebahagian mengandungi bahan yang boleh membahayakan kandungan. 

Kenapa jerawat timbul semasa hamil? 

Ianya disebabkan oleh peningkatan hormon semasa trimester pertama yang meningkatkan pengeluaran sebum di wajah. Biasanya kalau naik jerawat ketika haid, ada potensi untuk naik jerawat juga ketika tempoh hamil. 

Antara kandungan dalam ubat jerawat yang tidak sesuai dengan ibu hamil adalah 
  • Accutane - dikatakan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam kandungan 
  • Retinol - kandungan Vitamin A yang terlalu tinggi tidak digalakkan diambil oleh ibu hamil, ianya tidak bagus untuk tumbesaran bayi 
  • Beta hydroxy acid (BHA) & salicylic acid - boleh menyerap ke dalam kulit dan belum dibuktikan selamat oleh ibu hamil 
  • Benzoyl peroxide
Jadi apa yang perlu Mira buat? 

Biasanya selepas kelahiran, masalah kulit ini akan menjadi normal kerana ianya disebabkan oleh perubahan hormon. Mira perlu pastikan kebersihan muka dijaga sebaiknya namun jangan basuh muka secara berlebihan kerana ini akan menghilangkang kelembapan semuljadi kulit. Elakkan dari picit jerawat kerana amalan ini boleh pindahkan bakteria di tangan ke muka dan akan jadi lebih teruk. 

Cara semulajadi yang boleh dilakukan oleh Mira adalah 
  • Buat masker dari bahan-bahan alami seperti tomato, madu, timun dan lemon. 
  • Banyakkan minum air masak 
  • Jaga pemakanan harian. 
  • Makan makanan yang kaya dengan Vitamin C atau jika ambil Vitamin Hamil, pastikan tidak culas dalam pengambilan Vitamin C SR, ESP, Vitalea dan Bcomplex. Vitamin-vitamin ini membantu dalam melindungi kulit dari jerawat seperti kakak manis kita kat bawah ni

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan


No comments: