Tuesday, November 10, 2015

Kepentingan Air Ketuban : Kenapa Tak Boleh Terlebih Atau Terkurang

Bila hamil, air ketuban adalah benda yang paling penting. Sebab air ketuban lah yang melindungi janin dari sebarang tekanan. Protector janin senang cerita.



Kepentingan air ketuban tidak terhenti sekadar untuk melindungi janin tapi lebih dari itu.  Air ketuban dijadikan Allah banyak fungsinya.
  • beri makan pada bayi 
  • jaga suhu badan bayi supaya sentiasa hangat 
  • bantu sistem perkembangan dan paru-paru bayi 
  • buatkan janin bebas bergerak (natural swimmer)
Air ketuban bukan sebarang air. Tapi air ketuban mengandungi karbohidrat dan protin selepas 12 minggu kehamilan. Uniknya, air ketuban ni akan ditelan bayi dan dikeluarkan sebagai urin sepanjang dalam kandungan ibu. 

Rahsia Ibu Hamil Aktif Bergerak:

Kenapa air ketuban tak boleh terlebih atau terkurang?

2 keadaan ini akan menentukan bahawa bayi ada masalah tertentu ataupun tidak. 

Jika air ketuban berlebihan (dikenali sebagai Polihidramnion atau Hidramnion.)
  • mengakibatkan peregangan rahim sekali gus menggalakkan berlakunya kontraksi sebelum waktunya
  • menekan diafragma ibu sehingga mengganggu pernafasan
  • tekanan darah tinggi
  • bersalin secara pembedahan atau kelahiran pramatang
  • kedudukan janin menjadi tidak normal
  • komplikasi sewaktu bersalin seperti pendarahan
  • komplikasi uri lepas atau janin meninggal dalam kandungan.
Apa tanda yang boleh dilihat bila air ketuban berlebihan?
  • kandungan membesar dengan pantas
  • lingkaran perut dan tinggi rahim bertambah dengan cepat
  • perut akan membesar sehingga dinding perut kelihatan nipis
  • pembuluh darah di bawah kulit terlihat dengan jelas
  • lapisan kulit yang pecah sehingga menampakkan kesan rekahan yang jelas pada permukaan perut.
  • pertambahan berat badan yang berlebihan dan tubuh membengkak
Jika air ketuban berkurangan masalah yang mungkin akan timbul adalah:-
  • mengganggu pertumbuhan pada janin (trimester kedua)
  • berisiko untuk janinnya mengalami kecacatan (trimester pertama)
  • komplikasi sewaktu kelahiran (trimester ketiga)
  • kontraksi rahim tidak berlaku dengan berkesan akibat tekanan pada rahim yang tidak seragam
  • Proses bersalin juga menjadi lebih panjang.
Kandungan air ketuban ni boleh diketahui melalui cara scan ultrasound. 

Lihat juga:
Cara Elak Anemia Di kalangan Ibu Hamil :


SHAKLEE Independent Distributor
Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Indera Mahkota, Semambu, Air Putih, Permatang Badak, Bukit Rangin, KOTASAS, UIA, Kuantan

No comments: