Tajuknya memukau " Banyak Buat Duit dan Hubungan Dengan Anak Rapat dan Berkat "
Masalah sebenar adalah bila kita buat bisnes, nak anak hidup senang tapi yang jadi hubungan dengan anak renggang. Ya, kita buat bisnes nak tampung keperluan, nak realitikan segala impian dengan sumber kewangan yang kukuh. dalam proses ni, kadang-kadang timbul pengabaian pada anak.
Contohnya, kita kalut dengan order, dengan mesej customer, dengan jumpa client. Ada masa yang tak dapat dikhaskan untuk anak.
Naluri ibu, pasti akan ada rasa tak sedap bila anak-anak mula buat perangai dek kerana kurang tumpuan terhadap mereka. Nak berhenti bisnes? Tak semudah itu, lagipun orang berbisnes hati mau kental.
Nasihat Ibu Rose bagi yang ada masalah macam ni, buat 3 langkah
1- BETULKAN NIAT DALAM KOLAM JIWA
Buat kerana nak menambah nilai kepada manusia, termasuk diri dan anak-anak. Cari keberkatan dengan memikirkan kemashlahatan pembeli dan pengguna.
2- INTENSEKAN MASA BERKUALITI ANDA
Perhubungan anak bukan jadi renggang sebab anda buat bisnes. Ia jadi renggang sebab anda belum bijak bina MASA BERKUALITI yang INTENSE.
3- HADIRKAN DIRI SEPENUHNYA BILA BERSAMA ANAK-ANAK, JANGAN DIKIRAN BERCABANG-CABANG.
Walaupun hanya 5-10 minits, hadirkan diri - lihat mata dia dan sebut - "Sayang you are important to me. Ibu pergi kerja cari rezeki kita bersama - eye to eye, heart to heart, hugs and hugs dengan hati yang hadir.
Walaupun hanya 5-10 minits, hadirkan diri - lihat mata dia dan sebut - "Sayang you are important to me. Ibu pergi kerja cari rezeki kita bersama - eye to eye, heart to heart, hugs and hugs dengan hati yang hadir.
Kata-kata ibu Rose yang sangat indah,
Just remember this. You are important and your business can make a positive difference to the world. Your children are your legacy. Let’s raise them to be great! You deserve happiness and success!
Kak Yana teringat tentang kursus Leadership yang kak yana hadir dengan motivator Tn Hj Hushim tempoh hari. Pesan beliau, peluk la selalu anak-anak kerana kesna pelukan akan membuatkan mereka mudah untuk dididik, mudah mendengar kata.
Dan slot bersama anak Tn Hj Hushim juga iait EN Fauzan Hushim ada membincangkan tentang Cause & Effect
Kita tak boleh ubah effect tapi kita boleh ubat cause. Contoh situasi yang boleh Kak Yana kaitkan dengan masalah ini lah
Cause : Hubungan dengan anak tak rapat
Effect : Buat Bisnes
Dalam kes ini, takkan kita nak stop bisnes. Jadi effect tak boleh ubah. Yang kita boleh ubah adalah hubungan dengan anak. Kita harus lakukan sesuatu supaya hubungan kembali baik. Dan apa yang Ibu Rose cadangkan tu adalah antara langkah yang boleh kita cuba.
Semoga input ini memberi kebaikan kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment