Tuesday, July 24, 2018

3 Teknik Nak Aktifkan Kuasa Minda Supaya Lebih Cepat Capai Impian

Anda ada impian?
Anda nak capai impian tu sungguh-sungguh?
Anda nak cepat impian tersebut dicapai?



Kak Yana ada teknik yang nak dikongsi. Boleh tonton sharing LIVE kak yana di SINI 

Ianya adalah tentang permainan minda. Bermain dengan minda? Nak main macam mana?

Jika kita nak sesuatu. Cuba bayangkan.

Pernah tak berlaku kita terasa nak makan samting, tetiba eh petang tu suami bawak balik makanan tersebut. Padahal kita tak bagitau pun nak makan makanan tu.

Mungkin ini pernah terjadi dalam hidup anda.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Dalam otak kita, ada satu sistem yang dinamakan Reticular Activating System (RAS). RAS ni adalah  ikatan saraf di sistem otak yang menyaring maklumat yang tidak perlu supaya perkara-perkara penting je yang difokuskan


RAS akan amik apa yang kita fokus dan filter. RAS akan amik apa yang kita percaya.
Kalau kita percaya yang negatif, then RAS akan fokus pada negatif. Begitulah sebaliknya.

Jadi bahaya bukan jika kita selalu fikir negatif.
Sebab kesannya kita sentiasa menarik yang negatif

Jadi ada 3 Teknik nak aktifkan RAS ni

  1. Fikirkan matlamat atau situasi yang kita impikan
  2. Sekarang fikirkan pengalaman atau hasil yang kita ingin capai dalam hal matlamat / keadaan itu.
  3. Buat mental movie tentang bagaimana kita gambarkan matlamat / keadaan yang idealnya di masa depan. Praktiskan mental movie ni sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur sebab gelombang otak ketika ini adalah di mod Alpha. 
Untuk langkah ketiga ni lah yang akan tentukan apa action kita untuk capai goal tu. InsyaaAllah satu demi satu jalan Allah bukak ( apa yang kita fikir itu doa) 

So yang tinggal adalah tindakan. Kita buat atau tidak. 

Kalau tak buat, memang tidak ada hasil lah. Jadi pastikan buat. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jom amalkan selalu. Fikir yang baik-baik aje ye dengan impian kita.


Nak jana income modal bawah RM100? 


Klik icon di bawah: 


Salam sayang, 
Kak Yana Founder Emerald Family