Apa amalan positif yang harus dibuat setiap bagi untuk dekatkan lagi kita dengan impian?
Saya kongsi di entry ini.
Amalan ini simple.
Tapi biasalah yang simple tu yang kadang-kadang orang tak buat. Kita lebih banyak fokus dengan amalan yang ganjaran besar terus tapi tak sedar yang kecil-kecil ni kalau dibuat berterusan itulah yang mendekatkan kita kepada impian kita.
Pagi tadi saya dengan live dari Dr Azizan Osman. Jadi, suka nak kongsi kat sini satu amalan atau tabiat untuk capai impian.
TULIS IMPIAN SETIAP PAGI
Ya seriusly bunyi memang simple. Itu je?
Ramai orang pandang sebelah mata sebab tu lah kita tak tulis kan?
Kena sediakan satu buku khas untuk tulis impian kita. Masa saya ke IMKK beberapa tahun lepas, Dr Azizan minta untuk senaraikan 101 impian. Tulis. Tulis. Tulis.
Apa sahaja impian kalian, setahun lagi? 5 tahun lagi? 10 tahun lagi? ikut lah, asalkan tulis.
Masa kita tulis, bayangkan sekali yang impian itu sudah dicapai.
Apa agaknya perasaan bila membayangkan impian-impian itu sudah dicapai.
Rasa semangat membara kan?
Rasa happy?
Rasa berenegy?
itulah yang kita mau. Energy, semangat ini akan bawa kita untuk usaha ke arah impian tu, untuk abaikan segala suara-suara biawak besar biawak kecil yang mematikan impian kita.
Masa kita tulis juga, tanamkan dalam jiwa yang Allah akan makbulkan impian kita tu.
Kerana apa?
Kerana Allah adalah seperti sangkaan hamba-hambaNya.
Kalau kita sangka Allah akan makbulkan, insyaaAllah itulah yang akan terjadi.
Berapa banyak pun impian , tulis.
Walau kita rasa logik ke? Mampu ke? Layak ke? Abaikan sahaja bahkan terus menerus untuk tulis.
So tnapa banyak soal, jom mulakan habit menulis impian setiap hari
Dan sebelum tidur, baca semula impian supaya masuk ke minda separa sedar dan bantu kita untuk lebih dekat ke arah impian tersebut.
============================================
Ingin jana income tambahan dengan modal kurang RM100?
Klik link di bawah
Baca lanjut >> Daftar Bisnes Online Modal Bawah RM100
No comments:
Post a Comment