Wednesday, April 26, 2017

Pengalaman Travel Ke Korea Bawa Anak Kecil Day 1

Kak Yana dah lama letak Korea sebagai negara pilihan untuk dilawati. Dari tahun 2015 lagi pasang niat nak g Korea. Siap letak kat VB, tulis dalam buku impian, merata-rata la tulis. Alhamdulillah impian nan satu ni Allah makbulkan pada 3 April 2017.


Syukur sangat dapat jejak kaki dan memang tak salah lah letak impian nak gi sini, sebab sejak hari pertama di Korea Kak Yana dah fall in love sangat-sangat dengan Korea. Kalau tanya mau repeat lagi ke Korea? Kompem laju-laju akan jawab of cozzzzz. 

Walaupun macam tak paham bahasa Korea, sign board pun semunaya tulisan Korea tapi alahai suasana kat sana memang best. Makanan pun best. Pendek kata nak dapat apa-apa dari segi makanan ke tak susah. Cuma sebab nilai RM jatuh jadi kos mahal sikit la. 


Flight jam 1 pagi dari KLIA 2, sampai sana jam 8 pagi. Bawak anak kecil ni kalau flight malam memang best. Jadi mak pak yang planning nak bawak anak kecik, pilh flight tengah malam. Diorang akan tidur lama jadi kurang cranky la sikit. Anak yang kecik still bf lagi mudah nak bawak. 

Sampai pagi baru jaga budak kecik ni

Kak Yana pergi dengan ejen. Jadi sampai je pagi tu kitorng tak check in hotel lagi. Terus gi jalan-jalan. Tempat pertam kitorang gi adalah Fairytale Village kat Itaewon. Yang ni ala-ala perkampungan yang ada kartun-kartun macam Snow White gitu lah. Budak-budak suka la gi sini. 

Abaikan je lah muka tak mandi neh. Umar was very excited 


Sepanjang dinding ni ada macam-macam karakter kartun. Boleh tambah koleksi gambar kat sini

Suhu masa sampai ni around 20 gitu. Berangin pula so rasa memang sejuk walaupun cuaca panas. Seronok la jalan-jalan dalam keadaan macam ni. Pakai sweater aje dah cukup tak payah nak pakai tebal-tebal. Sejuk aircond gitu. 



Lepas siap-siap bergambar kat sini kitorang g makan sebelum next destination Nami Island. Nami ni syiok, fefeling sonata musim salju sangat walaupun bukan winter. Eceh. 

Makan nasi goreng kimchi uolss. Itulah 1st time makan kimchi. Boleh la. Takde la suka sangat dengan rasanya. Sebelum nak makan ni kami kene kacau sendiri dalam kuali. Dalam kuali tu dah ready dengan kobis, ayam dan ape benda ntah yang putih tu. Kobis rasanya tuan kedai tanam sendiri sebabnya ada kebun kobis tepi restoren. Lagi pun kimchi kan makanan utama diorang jadi memang kobis tu sayur utama. 




Inilah rupa bentuk kimchi, 1st time makan. Kimchi ni rasanya masin masam pedas tapi takla pedas sangat. Katanya kimchi ni termasuk dalam 5 kateogri makanan sihat dunia mungkin sebab penggunaan sayur dan bawang putih yang banyak. Kimchi juga mengandung bakteri hasil fermentasi seperti pada yoghurt. Lagi yang menarik pasaal kimchi ni, ada pusat Penelitian Kimchi di Pusan National Universiti, Korea. 

Sup seaweed yang tak mampu nak ditelan. Huahuwahuwa.. seaweed sedap tapi supnya ya rabbi tak tahu nak describe macam mana dengan tawarnya. Hahahaaha pandang sepi aje la.

Test bakat

Satu yang special bila makan kat Korea ni, restorennya takde nak hidang air manis. Semuanya air kosong aje. Memang berbeza la dengan malaysia kan, amik order air dulu gi makan kat mana-mana pun. 


Inilah hasil test bakat tadi. Dek kerana lapar, habis jugalah 1 kuali ni dibalunnya. Hahahaha. 

Dah kenyang perut, suka hati so next destination ke Nami Island. Tempat paling best di Korea. 
Die punye scenery memang memakau mata dan jiwa. Patut lah ramai yang nak pi sini. Lokasi tempat bergambar pun banyak. Kalau datang time musum luruh yang daun kuning-kuning tu lagi cantik pemandangan. 

Naik feri 5 minit je dah sampai ke Pulau Nami

Kami habiskan masa separuh hari kat sini. Nak sampai ke tempat-tempat penggambaran winter sonata tu memang kena berjalan sikit lah di laluan yang dipagari dengan batang-batang pokok yang meninggi tu. Yang menarik kat Nami ni, ada surau yang sangat selesa. Airnya toksah cakap sejuk beku kalah ais. Dalam surau ni ada library dan cafe. Memang bersih dan cantik. 

   




 

  

   

Tempat yang kak yana bersandar tu sebenarnya susunan buku-buku. Disusun sampai ke siling. Ada satu benda yang kak yana perati kat buku-buku tu - vandalisme. Nampak macam mostly orang Malaysia yang duk conteng kat buku tu tulis nama masing-masing. Alahai..

     

Kalau datang berdua je dengan suami, memang sewa jugak basikal round area Nami ni. Sebab sangat luas kawasannya. Jadi kalau dapat naik beskal memang kompem feeling winter sonata punya lah. Ramai jugak Kak Yana tengok kapel-kapel korea datang sini. Pulau romantik la katakan. 

Lepas Nami ni baru kitorang check in Hotel. Yang best hotel kiteorang ni berkembar dengan C U shop, kedai ala-ala Seven E jugak. So senang bangat nak dapat susu pisang, susu feberet kat Korea. 

Ok lah trip day 2 akan Kak Yana sambung update kendian. 

No comments: