Thursday, January 15, 2009

9 Tip Wajib sebelum Membeli Gift Secara Online

Ingin kuberkongsi di sini aper yg baru kuterima dlm email dr pihak kugeeku.com tntg tip pembelian gift secara online..smga perkongsian info ini blh memberi sedikit panduan kepada bakal2 pengantin yg sedang mencari door gift secara online (mcm aku nih..hehhe)..

1) Pastikan Gift itu unik - Perkahwinan atau apa jua majlis,adalah satu sejarah yg best untuk dikenangkan. jadi anda mesti pilih gift yang semestinya unik untuk di ingat oleh semua tetamu yg menerima gift anda. ~~ ni aku setuju bangat...kalu dpt yg unik sure kiter pun suke..

2) Elakkan membeli Gift yg Old Fashion - Ini bagi mengelak penerima anda bosan dan kurang menghargai pemberian anda sebab dah selalu sgt dpt benda yg sama pada setiap majlis.~~cthnya mini towel..berlambak kt umah..style yg samer plk tuh..huhuh xminat..xminat..

3) Harga mesti berpatutan - Sebagai pengguna kita mesti bijak membandingkan harga supaya majlis yg dirancang meriah dan mesti juga mementingkan budget yg berpatutan..~~yaa btoool..surf bnyk2 so that dpt compare price..kdng2 brgnya sama jer tp hrga lain2..n also make sure it is affordable ok..

4) Kualiti produk - Kualiti amat penting, di situ akan membuat penerima gift anda memberi tafsiran mahal atau murah sesuatu gift yg diterimanya.Pasti anda mendapat pujian kerana kecantikan dan keunikan serta kualitinya.~~erm no comment..

5) Warna tema anda - Gift anda mestilah selari dengan warna tema majlis anda kerana ia secara tidak langsung menyokong kewujudan tema warna yang kuat kepada majlis.~~kadang2 kalu doorgift yg berkenan xder kaler tema..yg ni kene la cari yg seakan2 kaler tema so that xder la lari sgt

6) Kenali siapa penjual - Walaupun perniagaan ini secara online anda mestilah ambik tahu serba sedikit tentang penjualnya. Contohnya Siapa? ada gambarnye ke? No telefon?Alamat? bukan apa...ini untuk keselamatan takut-takut kena tipu...anda boleh mengambil tindakan susulan. Lagipun di situ anda boleh menilai penjual itu jujur ataupun tidak.~~cr nk tau cuba tgk kt testimonial kalu ader, comments dari pengunjung web penjual.kdng2 respon dr pembli sblmnya bolh membnatu meyakinkan kita..dan cuba dptkan info sebnyk mungkin ttg produk.xsalah kalu bertnya..make sure save no fonnyer kt dlm hp anda

7) Jaminan - Lihat ada tak jaminan dari penjual contoh jaminan tukar baru jika barang yang anda terima rosak dsb.Atau pulangan wang jika tidak berpuas hati.~~ni penting sbb bila produk smpai n kalu rosak smasa penghntran kiter blh pulang balik utk dignti yg baru..terutamanya produk kaca..

8) Cara Pembayaran - Fahami kaedah pembayaran tempahan anda samada secara Bank-in, Kad Kredit , Paypal dll.~~bila buat pembayaran make sure simpan resit (kalu bank-in)..dan inform pd penjual kita dh buat proses pembayaran, takut2 nnt die xtau saper yg masukkan duit dlm akaun die..

9) Kaedah Penghantaran - Ini penting juga dimana anda mesti tahu kaedah penghantaran bagaimana yang di gunakan supaya anda tahu waktu bila sesuai untuk membuat tempahan dan waktu bila tempahan sampai. Ini bagi mengelakkan tempahan anda terlewat disebabkan anda menempah disaat-saat akhir. Pastikan juga jaminan semasa penghantaran.~~kalu dekat baik g amik sdn..utk kurangkan kos sbb kdng2 kos penghntran ni mahl jugk..klau doorgift tu memerlukan design artwork better tempah awl n kalu juz ready-made 3bulan sblm ok dh utk strt tmpah..




one of my door gift from kugeeku.com ;)

No comments: