Apa yang berlaku sebenarnya bilamana ibu menyatakan bahawa susu badannya tidak cukup?
- Bila kuantiti susu yang dipam semakin berkurang dari hari ke hari. Biasa dapat 12oz, hari ini merudum menjadi 8oz, short 1 bekalan sebagai contoh.
- Timbul perasaan anak tidak puas menyusu bilamana asyik menangis dan tidur yang tak lena serta kelihatan seolah-olah tak cukup susu.
- Payudara tidak terasa berat seperti sebelum ini.
Setuju dengan 3 point di atas? Saya senaraikan pont2 ini adalah berdasarkan apa yang kebanyakan ibu-ibu alami dan perkongsian mereka dengan saya. Mungkin ianya sama dengan anda. Ok, sebelum kita cerita lebih lanjut, ada baiknya kita tahu kenapa susu badan dikatakan tidak cukup?
Sebab yang pertama mungkin hadir kerana anggapan ibu yang mengatakan bahawa susu tidak cukup, lantas ditopup dengan formula milk kerana panik dan risau dengan situasi susu tidak cukup. Bilamana anak kelihatan puas dan tidur lena selepas minum fm, ibu mungkin beranggapan bahawa fm adalah sesuai dengan si anak dan mula mengurangkan ransangan direct dari anak terhadap puting susu ibu. Susu akan keluar bila terdapat ransangan berbentuk hisapan susu. Lebih banyak rangsangan maka lebih banyak susu akan dikeluarkan. Dalam kes ini, jika anak td sudah jarang menyusu direct dari ibunya, maka susu yang terhasil juga akan berkurangan.
Sebab yang kedua pula mungkin hadir disebabkan oleh perubahan jadual pam bila tiada bersama bayi atau menetapkan jadual menyusu terutamanya di awal kelahiran. Semasa bayi tidak bersama, ibu2 perlu mengepam susu sekurang-kurangnya 3x sehari dari jam 8am -5pm. Perubahan jadual penyusuan dari 3x ke 2x atau 1x sehari lama kelamaan boleh mengganggu pengeluaran susu. Analoginya cukup mudah. Andaikan anda sedang minum air dlm gelas menggunakan straw dan ade org sedang menuangkan air serentak dengan anda yang sedang menghirup air dalam gelas tersebut. Adakah air tersebut akan berkurangan? Tidak bukan? Samalah konsepnya dengan penyusuan. Semakin kerap anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu yang terhasil. Jadi bayangkan jika dari jam 8-5 hanya sekali payudara dikosongkan (jika benar2 kosong) apakah kita boleh mengharapkan ianya akan kekal banyak seperti 3x mengepam?
Perlu diingatkan dan rasanya ini adalah ingtan penting untuk ibu-ibu. Jangan bandingkan kuantiti yang diperolehi hasil mengepam dengan orang lain, Ianya sama sekali tidak sama. Anak ktia mungkin tidak sama jumlah minum berbanding anak kawan kita. Dan ada juga berlaku susu lebih banyak keluar apabila anak menyusu direct berbanding pam. Jadi jangan sesekali risau, just make sure u are in positive thinking.
Selain fikiran yang positif, ibu-ibu perlu memastikan tahap kesihatan badan dalam keadaan baik, minum air putih yang mencukup sekurang2nya 3L sehari, pengambilan makanan yang penuh nutrisi dan ckup kalori bagi ibu menyusu. Ambil supplement tambahan jika didapati jadual makan yang tidak menentu. Petua yang saya boleh kongsi, amalkan minum air suam sebelum dan selepas menyusukan bayi.
Yakinlah bahawa susu badan anda cukup untuk bayi anda dan yakinlah bahawa anda mampu menyusukan bayi anda. Orang yang tak pernah hamil pun boleh menyusu samada dibantu oleh ubat atau tidak apatah lagi ibu yang melalui proses kehamilan dan kelahiran. Ape yang diperlukan adalah kegigihan dan keinginan anda sebagai ibu untuk memberi yang terbaik buat permata hati. Buat dengan cara yang betul, fikir perkara yang betul insyaaAllah susu badan anda sememangnya cukup untuk anak anda..insyaaAllah. Akhir kata anak anda berhak untuk mendapatkan 100% breastmilk dari anda :)
No comments:
Post a Comment