" ank kene kuning tak? atau "anak jaundis tak?" Seakan amazing benar kalau anak yg lahir tu tak kena jaundis. Dikatakan 50% bayi yg cukup bulan akan mengalami jaundis pada hari ke2 kelahiran.
Punca jaundis dikatakan kerana darah bayi mengandungi bilirubin yang tinggi. Bilirubin ni adalah sejenis bahan kimia yang terjadi bila sel darah merah pecah. Jadi kalau lagi tinggi sel darah merah pecah, lagi tinggi la bilirubin. Disebabkan ginjal bayi masih belum matang, jadi ia tak dapat nak metabolismakan bilirubin yang berlebihan tu.
Sebab terjadi sel darah merah pecah :-
- Darah bayi yang pekat. Ini biasanya berlaku pada bayi dilahirkan ibu yang mengalami masalah
- Jenis darah yang berbeza antara ibu dan anak. Biasanya risiko lebih tinggi sekiranya salah seorang mempunyai darah jenis O. Saya berdarah O, husna tidak.
- Jangkitan kuman
- Kencing manis
- Pendarahan di bawah kulit kepala iaitu 'subaponeurotic haemorrhage
- Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna
Bahaya ke jaundis ni?
Ya kalau bacaan bilirubin melebihi tahap selamat, pendengaran bayi akan terjejas. Pada tahap yang lebih tinggi otak juga akan terjejas.
Kalau ibu memang mempunyai darah jenis O, potensi anak kena jaundis adalah tinggi. Macam saya, tapi alhamdulillah semasa lahir Husna bebas jaundis. Nak tahu rahsianya?
Cara nak elak jaundis sebenarnya boleh diamalkan semenjak hamil lagi. Ibu hamil kena la jaga pemakanan dan amalkan tips ini untuk mengelakkan anak terkena jaundis. Siksa woo lepas bersalin nak ulang alik ke hospital pulak, tambah-tambah kalau bersalin czer.
Petua #1: Amalkan minum susu kambing 2 kali sehari selepas sarapan dan sebelum tidur
Petua #2 : Amalkan makan buah kurma semasa sarapan pagi.
Petua #3: Amalkan makan 3 sudu madu tanpa air atau minum air yang dicampur 5 sudu madu setiap hari.
Petua #4 : Makan buah delima atau minum pati delima sekurangnya 500ml sehari. Masa hamil Husna, setiap hari bermula kandungan 6 bulan ke atas saya amalkan makan pati delima.
Petua #5: Bila hampir nak bersalin, amalkan minum air kelapa setiap hari. Di samping membersihkan kulit anak dan elak kulit kepala berkerak, air kelapa bagus untuk elak jaundis.
[sumber: PaMa]
Mudah aje kan?
Semua bakal-bakal ibu boleh amalkan ni. Di samping berdoa setiap hari semoga anak yang bakal lahir bebas jaundis. Dan kalau ianya bermanfaat, share pada yang lain. Atau boleh kongsikan juga cara anda mengelakkan jaundis dengan kami :)
Klik >>Vitamin Ibu Hamil Agar Cergas dan Tinggi HB
2 comments:
Nice sharing..tq 4 the info☺
Jemput baca: Atasi Suami Isteri Gaduh Besar Dengan 5 Langkah Mudah
bayi Dapat kuning dalam masa selepas kelahiran bayi memang selalu berlaku
Post a Comment