Monday, November 17, 2014

Atasi Perut Buncit Supaya Orang Dah Tak Ingat Kita Seperti Hamil 5 Bulan

Ramai yang tercari-cari cara atasi perut buncit terutamanya perempuan kerana memiliki perut buncit adalah satu perkara yang sangat memalukan apatah lagi kalau perut buncit tu bukanlah disebabkan hamil. Ke sana ke sini membawa perut yang sebenarnya hanya berisi lemak-lemak tapi disangka mengandung 5 bulan. Weeehuuu malu! Cer bayangkan kawan dah mula tegur dengan penampilan perut buncit. Nak tak nak kena berusaha cari jalan atasi perut buncit. 

"Eh kau pregnant ek? Sorok-sorok kau ya tak cakap, sedar-sedar dah buncit perut kau" 
"Hoi agak-agak la nak mengutuk! Bila masanya aku pregnant"
"Eh bukan ke? Ingat pregnant, aku nampak perut kau buncit"
"Amboiii melampau kau..Sampai hati kau kutuk aku kan!"


Tukar Perut Buncit Ke Perut Leper!

Hah! Satu hari moody sebab kecik hati dengan sindiran kawan tentang perut buncit yang seolah hamil 5 bulan. Tak pasal-pasal semua kerja tak menjadi asyik dok teringat kata-kata menusuk jiwa dari kawan. Nak datang kerja esoknya pun rasa malas.

Balik rumah pulak, tiba-tiba suami tegur 
" Yang, Abg nampak macam makin buncit je perut awak, awak mengandung ke ape ni?"
Eh-eh semacam berpakat pulak kawan dengan suami nak bincang tentang perut buncit ni. Haih kenapa semua orang pandang perut aku ni???? Arghhh malu..malu..malu..buncit benar ke perut ni?

Saya tahu, ramai wanita mengalami situasi ini sebab raaaamai sangat yang hubungi saya mengenai masalah perut buncit ni. Bila dah semua orang tegur, diri sendiri pun dah jadi resah gelisah. Hadap cermin je asyik duk telek perut. Nak hadap suami hari-hari, takkan nak jamu mata suami dengan penampilan perut buncit. Tak syiok la kan? Kalau suami pun boroi sama, boleh tahan lagi. Agak-agak dia tanya kita kenapa perut buncit, kita tanya la dia balik "abis tu perut abg tu berapa bulan plak hamil" Hahahahahaha gurau2 aje suami isteri, takde la stress sangat kan.

Apa punca sebenar yang menyebabkan perut buncit di kalangan wanita? 


1. Amalan pemakanan yang kurang serat dan tinggi lemak tepu

Makanan bergoreng yang menggunakan minyak yg diguna berulangkali juga boleh menyumbang kalori yang tinggi dalam makanan. Makanan bergula tinggi juga boleh meningkatkan paras insulin dalam darah yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang banyak. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit. 

2. Kurang aktiviti berbentuk senaman yang boleh mengurangkan jisim otot


Jisim otot berkurangan tidak akan membakar lemak secara efisien terutama di kawasan perut. Otot yang tak aktif akan lembik dan menyebabkan perut menggeleber. 

3Perubahan hormon akibat penuaan

Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Untuk wanita menopouse , pengeluaran hormon estrogen akan berkurang jadi menyebabkan timbunan lemak di perut bertambah. Cuba perhati perut mak kita yang dah menopause pasti nampak buncit kan walaupun mak kita tu kurus macam mak saya.. mueheheh ampun mak! 


4.Stress yang tak terkawal


Stress menyebabkan berlaku ketidak seimbangan hormon kerana apabila seseorang stress maka paras hormon kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Bila hormon-hormon ni berkurangan, perut akan menjadi buncit kerana pengumpulan lemak dalam abdomen.


Agak-agak mana satu punca perut anda buncit? Sebab stress ke? Pemakanan ke? atau perubahan hormon, almaklum lah umur dah makin meningkat. 


Jangan risau, ada cara yang boleh membantu untuk tukar perut yang konon-konon macam hamil 5 bulan tu kepada perut leper ala-ala model. Fuyooo syiok kan? Tapi of course untuk dapatkan sesuatu kene buat sesuatu. Takde cara mudah nak kempiskan perut puncit. Saya senaraikan tips ni untuk mereka yang takmo lagi disindir suami atau rakan sekerja akibat perut buncit


Kawan saya ni pernah berkongsi dengan saya apa yang menyebabkan beliau sangat tekad untuk kempiskan perut. Dan sekarang walaupun anak dah 3, tapi selim melim macam anak dara



Jadi kalau kawan saya ni berjaya kempiskan perut beliau, kenapa tidak anda? Bersedia untuk nak sahut cabaran? Boleh ambil pen dan kertas untuk catat apa yang sepatutnya anda kena buat. Nak perut leper kan? So cekidauuuut!

Cara 1: Setkan matlamat. Apa-apa nak buat memang kena ada matlamat. Yang ni super penting supaya kita tak tersasar. Tulis " Alhamdulillah, perut saya berjaya kempis dalam masa 3 bulan dari sekarang!" Anda boleh setkan masa lebih awal tapi usahanya kena lebih konsisten. 



Nak buat apa2 pun kena ada matlamat termasuklah nak kempis perut buncit

Cara2: Setiap hari, cuba buat senaman otot perut. Senaman ni tak perlu pergi gym pun atau kene pakai baju khas nak bersenam. Dengan baju kurung pun boleh, di mana-mana saja. Mula-mula betulkan postur tulang belakang biar menegak seolah-olah macam kedudukan mendada. Kemudian tekan ke dalam perut (tanpa guna tgn). Buat berulang kali. Ini akan mengaktifkan otot di sekitar perut dan pembakaran lemak dengan aktiviti otot ini akan meningkat. 

Cara ke3: Kurangkan makanan bergoreng. Jangan guna minyak yang digoreng berulang kali. Makanan berbentuk panggang, rebus dan stim lebih sesuai. Lebihkan serat. Buah dan sayur sentiasa ada. Minum air at least 2 Liter paling kurang. Mak aih, perut dah buncit nak minum air lagi? Air memudahkan anda untuk membuang, sekaligus toksik yang terkumpul di perut juga akan mudah disingkirkan. Membuang setiap hari adalah perkara wajib kalau nak perut kempis. 



Sedaaapp tapi membuncitkan!

Cara ke4: Kalau melibatkan hormon, stabilkan hormon dahulu. Cadangan saya, amalkan pengambilan GLA COMPLEX setiap hari untuk membantu stabilkan hormon. Jangan ambil mudah keadaan hormon yang tidak stabil, banyak buruk dari baiknya. Saya ada kongsikan di SINI bahaya bila hormon tak stabil.

Cara ke5: Dah apply semua cara di atas, langkah seterusnya adalah bantu proses kempiskan perut lebih cepat dengan Herb lax, Lecithin dan Omega Guard. Baaanyak testimoni pengguna ketiga product ini sampai boleh kembali ke bentuk asal. Antaranya adalah 



"Best la akak lepas amek set ni..berat badan dah turun, perut buncit pun dh kempis. x sampai sebulan amek set ni berat dah turun 4kg..sekrang ni nak target turun smp 48kg. Berak pun dh senang, dulu seminggu sekali pun payah, sekarang ni hari2 buang. lepas ni boleh order lagi'.
"Skrg sye mgambil alfalfa+lecithin, perut pun x buncit n rase ringgan jer"
"Sy dh try esp + alfalfa selama sebulan setengah(alfalfa baru seminggu).Alhamdulillah ada perubahan,jika sblum nie perut buncit skrg dh kurang sikit. "
"Sebelum ni ada masalah perut buncit..bl mlm slalu rasa mengah&penat.slpas di perkenalkan dgn Fiber+Lecithin,alhmdulillah. Br 2mggu guna"
"baru ambik lechtcin dlm 10 hari...lemak dah kurang...dah tk pyh pkai giddle da...I LOIKE! seluar pegi keje dah boleh zip up tanpa tahan nafas dulu"

Haaaa saya tak sabar nak share testimoni anda pulak dengan mengikuti semua cara yang saya kongsikan di atas. Apa salahnya bantu orang lain pulak dapatkan perut impian kan. Bukan saje cantik tapi ape yang penting sihat! Banyak penyakit merbahaya kalau perut buncit ni. 

Tak best ke tiba-tiba suami puji sambil senyum meleret "Eh perut awak dah kempis lah, mcm mula-mula kawen dulu"
Atau kawan yang duk mengutuk tu tiba-tiba buat muka pelik tanya "Ko dah kurus kenapa? Apa rahsia ko, perut pun tak nampak dah, hebat lah! cerr share dengan aku"

Syiok tak syiok? Ingat, anda berpeluang untuk mengubahnya. Boleh hubungi saya untuk consultation lanjut bagaimana ketiga-tiga product ni boleh bantu anda yang betul-betul nak dapatkan perut leper. Ada perkara menarik yang ingin saya kongsikan dengan anda, special untuk pelanggan saya. oowh ya special bulan ini juga, harga menarik menanti pembeli Omega Guard!



Hubungi 
Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui pos.

No comments: