Thursday, November 6, 2014

6 Cara Cool Boleh Simpan Duit Walau Gaji Sikit Sampai Tak Sedar Simpanan Dah Cecah Ribuan

"Simpan duit? Aku gaji ciput, boleh ke?"
"Macam mana nak simpan duit, kalau duit yg ade ni pun cukup-cukup je" 
Amboi...banyaknya alasan dia taknak simpan duit. Gaji besar ke gaji kecik ke tetap kena menyimpan. Kalau tak menyimpan, duit yang dikatakan tak cukup tu akan bocor jugak. Setuju? 
Mungkin semua setuju tapi tak semua boleh berdisiplin nak simpan duit. Kan? 



Anda kaya sampai 7 keturunan tak habis makan pun, anda tetap kena menyimpan. Apatah lagi yang tak berapa nak kaya. Jauh lebih perlu untuk simpan duit. Selagi tak simpan duit, selagi tu lah tak kaya. 

Jadi sebelum tak sabar-sabar nak tahu 'how cool' it is cara simpan duit sampai tak sedar duit simpanan dah cecah ribuan ringgit, saya mahu anda POSITIF terlebih dahulu dan tolong lah cakap pada diri sendiri, ALHAMDULILLAH AKU BERJAYA SIMPAN DUIT SETIAP BULAN. Lagi bagus kalau mention siap-siap berapa amaun yang nak disimpan tu. Kalau tak mampu nak sebut ni, usahkan seribu, seringgit pun belum tentu boleh simpan. 

Mari korek 6 Cara Super Cool (nak suruh simpan duit je ni, jadi jangan stress ok..mesti cool) nak simpan duit 
  1. Guna prinsip potong dulu baru makan bukan makan dulu baru potong. Dah dapat gaji, tulis siap2 allocation untuk simpan. Paling kurang 10%. Saya ulang paling kurang. Jangan mandai- kurangkan jadi 9% ke 8% ke. Kalau lebih lagi bagus, jika keperluan yang tak penting tu boleh dikurangkan. Lepas dah potong 10% tu selebihnya gun ala utk keperluan lain.
  2. Dah buat kira-kira, kat mana pulak nak simpan? Simpan kat tempat yang susah nk keluar. Kalau takde kad yang boleh cucuk-cucuk lagi cool. Kurang la sikit kegatalan tangan nk g atm. Paling mudah Tabung Haji la. Tapi jangan pulak gi aktifkan kad bank islam or bank rakyat ke untuk pengeluaran tabung haji.
  3. Belajar la untuk cari side income. Sekarang ni ape je orang tak jual, jeruk mangga asam boi yang buat tak sampai 10 minit tu pun laku keras orang jual. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Paling cool, jual product Shaklee lah. Product high demand, testimoni berlambak, margin keuntungan tinggi. Duit bonus yang dapat boleh disimpan. Ramai org yang jual Shaklee ni boleh simpan ratus ribu sebulan.
  4. Kerat dua kad kredit yang ada. Maknanya stop guna. Ini bagi yang memang tak boleh nak tahan-tahan shopping guna kad kredit. Jangan berlagak kaya la senang cerita. Nak beli bayar cash. Tak cukup cash, duk diam-diam.
  5. Ringan tangan untuk sedekah dan bayar zakat. Yang ini super cool. Sebab Allah dh cakap sekali sedekah, 10kali ganda Allah ganti. Kalau rasa tak cukup, sedekah. Allah ganti terlebih-lebih sampai boleh simpan banyak. Dah banyak simpanan, sedekah lagi..bayar zakat lagi. cool giler kan.
  6. Dapat untung, laburkan balik. Jangan laburkan kt skim cepat kaya plak. Simpan setahun dalam tabung haji mesti dapat dividen kan. Jangan lah ambik dividen tu. Reinvest semula. Invest pada emas pun untung. 1 gm emas baru lebih kurang RM150 kan paling kurang. Emas ada, simpanan pun ada..memang cool. 
Dah tahu semua cara cool ni? Apa tunggu lagi, bersedia untuk amalkan. Buat kira-kira gaji yang bakal dapat hujung bulan ni dan terus asingkan hari pertama dapat gaji. 


Gaji yang tak cukup sebenarnya bukan sebab banyak benda nak bayar, tapi atas kepentingan apa duit tu disalurkan. Kalau tengok orang beli kereta besar, kita pun nak beli sedangkan gaji kecik memang la gaji tu tak cukup duk bayar duit kereta je banyak. Got it?

So start dari hari ni, tanamkan matlamat 6 bulan lagi berapa duit simpanan yang dh berjaya disimpan? Atau berapa ketul emas yang dh berjaya dibeli untuk bekalan masa depan? Fikir masa depan.

>> Cara Daftar Ahli Shaklee untuk mula simpan duit hasil bonus, KLIK SINI

11 comments:

Mazmohd said...

Kena bg abg baca ni....selalu x cukup duit...

Muz said...

Setuju! Kalau tak potong awal2 last2 memang takkan cukup duit punya lah..ada je nak membeli. Lagi2 online shopping! Hehhe

ummu hanan said...

Memang cool lah tips ni.. Kene extra disiplin kalau nak punye simpanan sebab kite tak tahu apa nasib kite akan datang..

Nadia Mansor said...

Alhamdulillah , bab kad kredit tu memang tak de ..walaupun banyak faedah yg kita dpt dari card credit kalau byr cukup masanya,..tp takut hasutan syaitooon nirojim.hihi

Nurul aziyana said...

maz : ikut tips ni dgn disiplin insyaaAllah u will see perubahan

muz : kan? jd mmg kene disiplin potong awal2

ummu hanan : ya btul, time emergency kita nk korek mana? so beringt sblm kene

nadia : hihi lg2 yg jenis lambat bayar ape2, mmg tak boleh pakai langsung cc ni..bahaya woo

Anonymous said...

mohon share iyea.

Anonymous said...

Sy kije Singapore.. Klu potongan tue, nk kena dlm SGD or MYR..?? Minta pendapat,skit..

Nurul aziyana said...

boleh buat dlm SGD pun xde mslh

Anonymous said...

Yg penting target ....berapa setahun nak simpan..allamduliah saya dah nak capai target saya utk thn nie utk saving 50 k setahun..

Azeri said...

6 tip yang memang super cool.
Sangat simple tapi ramai yang susah nak ikut.
Terutama bab berbelanja guna kad kredit.
Haiiihh. Terima kasih berkongsi maklumat nie.

Unknown said...

betul tu. berguna cara ni.. terima kasih atas perkongsian ni..