Tuesday, November 18, 2014

Bau Badan Busuk Punca Suami Curang 10 Tahun Dengan Janda? Gila Betul!

Gila betul kisah isteri bau badan busuk, badan selebet, kaki bengkak dengan lemak, rambut busuk, muka kusam dan tak berseri sampai suami boleh tumbang dan curang 10 tahun dengan janda yang konon jaga habis liuk lentok body. Waaah hebat suami gantang ni kan, cerdik sungguh IQ problem solving dia untuk masalah bau badan busuk dan rakan-rakan seangkatan dengannya tu. Setahu saya, akal lelaki ada 9, tapi nampaknya nafsu yang 1 tu lagi hebat sampai yang 9 pun boleh lembik hanya kerana masalah bau badan busuk isteri!



Untuk suami, sebelum nak curang sebab bau badan isteri hang tu busuk, baik pertimbangkan dulu perkara-perkara ni sebelum hang pun tua esok2 busuk tak mandi sebulan sebab terlantar sakit takde orang nak jaga bila isteri hang dah lari, janda tu apatah lagi 1000km lari lagi pantas.

1. Hang ada ka tolong bini hang buat kerja rumah basuh baju ke atau tolong suapkan anak makan biar bini hang boleh la sementara tu mandi lama-lama sikit (boleh lulur2 badan buang daki yang bertepek, shampoo bukan sekadar shampoo tapi siap dengan conditioner agar rambut tak kering mengerbang dan bercabang). 
Tolong menolong ni dalam hidup laki bini ni tak payah la nak diceramahkan lagi, semua dah patutnya harap maklom. Kejam sangat kot, nak harapkan semua bini yang setel. Hang dengan kudrat lelaki pun tak mampu kan? Kan? Nk bahagia kerjasama la bukan tahu komplen jer.



2. Hang ada bagi duit kat bini hang suh kuruskan badan? Suh ceriakan semula wajah kusam tu? Suh rawat semula faraj dia yang konon hang cakap banyak keputihan tu? Ada? Ada? Bini kat rumah tu dah kalut dengan anak-anak setiap hari tak sempat nak search kat gugel benda-benda tu semua, hang la yang patut cari. Beli dan bagi kat dia. Baru macho. Mai sini tanya saya kalau nak semua tu tak kira la kulit bini berkedut ka, rambut macam hantu ka apa-apa aje lah. Masalah tu boleh setel tak payah nak tunggu sampai  terpaksa curang 10 tahun.

3. Kalau bau badan bini busuk, hang terus terang aje la. Walaupun mungkin dia rasa terkesot hati, tapi ketahuilah berterus terang curang dah 10 tahun tu lagi rasa macam nak bunuh serta merta dari cakap tak tahan bau badan busuk. Bau badan dia yang busuk tu mungkin sebab banyak sangat toksik dalam badan dia. Hang cari la set detox badan bagi dia cuci toksik apa yang tak pernah cuci selama berpuluh tahun tu. Tu juga sebab badan dia debab, tu lah hang tak tahu sebab bz duk amik tahu pasal janda tu kan. Kalau tak cakap, sampai sudah la dia anggap ok ajerrr.

4. Kot la tak mampu nak tolong bini buat kerja-kerja rumah, hire la maid. Kot taknak ganggu privasi rumahtangga ada orang ke3 tinggal bersama, sekarang ni berlambak orang buat servis maid datang hari bersihkan rumah, lipat kain baju so hire aje la. In fact ade juga pakej tolong masak sekali. Berbaloi la kalau upah 2x sebulan kalau setakat kena bayar RM70 untuk 3 jam. Diorg ni dah well trained untuk kemas dan bersihkan sampai satu habuk pun tak jumpa. Kalau nak bagi binihang mudah dan pantas nak cuci rumah, belikan lah Set Pencuci Serbaguna basic H. Pantas bini hang cuci rumah, lg cepat dia boleh siapkan diri dia untuk sambut kepulangan hang. 


OK cukup la cadangan solusi ni. Selebihnya gunakan sepenuhnya 9 akal yang diberi, Pandai-pandai la cari idea lebih bernas dari curang tu untuk kebahagiaan rumahtangga hangpa. Ingatlah, apa benda pun hang buat kat dunia ni semuanya akan ditanya kat padang mashyar nanti. Hang jangan lupa Alla tu ada.

Untuk isteri pulak, sesibuk mana pun hang gembira menguruskan rumahtangga, tak perlu la sampai nak berkorban sekali penampilan diri. Jangan lurus bendul sangat nak buat semua benda dalam rumah sampaikan nak pasang rail langsir, nak tukar paip bocor, nak ketuk dinding sangkut gambar pun sibuk-sibuk nak buat. Kot ye pun boleh buat semua tu, let ur husband do it. 
Dia lebih jantan dari hang untuk kes-kes teknikal macam tu. Sayangi diri sendiri dulu sebelum nak sayang lebih kat laki. Malang sekali kalau sayang hang tu dibalas dengan curang 10 tahun.  

Bila semua benda dalam rumah nak buat, hang jugak letih. Dah letih, bukannya nak cari vitamin-vitamin untuk badan letih bagi energy kan? Biar je keletihan tu menguasai diri dengan anggapan kalau aku tak buat, siapa lagi yang nak buat. Buat la sama-sama dengan laki hang. 
Ce cakap "sayang, boleh tak tolong jemurkan kain ni" , "syg, boleh tak tolong siang ikan-ikan ni" . Bila suami hang dah buat puji lah "Terima kasih syg sbb sanggup tolong, insyaaAllah syurga buat abg" 

Muka letih sokmo

Kot-kot mana pun kalau dah namanya lelaki ni depa suka tengok yang indah-indah. Secara semulajadi ni lelaki memang suka fikirkan tentang perempuan. Hatta pondan sekali pun suka fikir tentang pompuan, tentang cantik-cantik mcm pompuan sebab tu nak jadi pompuan inikan pula lelaki yang tulen. Jadi usahalah untuk cantik depan suami walaupun kita secara semulajadi tak cantik, tapi yang penting jangan busuk! Sape-sape pun tak nak dekat weh kalau bau busuk.

Dalam hal ni, laki bini kena berubah. Yang paling utama letakkanlah Allah no 1 nak buat apa pun.
Suami kena jaga amanahnya, isteri pun kena jalankan peranannya
Dua-dua kena seiring. Tak boleh sorang berjalan laju, sorang lagi dah keluar track.
Bahagia tu datang dengan usaha, bukan magic tiba-tiba muncul. Nah, cuba kapsul cinta ni. Bukan sahaja masalah bau badan busuk setel, tapi suami pun berani puji hang macam anak dara. Usahkan janda, anak dara pun suami hang tolak sebab kuasa tarikan hang lebih mantop! Tak ke best gitu? 

Kalau rasa-rasa ada masalah yang sama dengan kisah suami curang sebab bau badan busuk ni, cepat-cepat la bertindak sebelum termasuk dalam kategori same case. Diri anda begitu begitu berharga daripada terjebak dengan masalah tak masuk akal ni. Elakkan nasi dah jadi bubur baru nak sibuk-sibuk nak cari penyelesaian. Jaga diri dari sekarang, anda untung, suami anda tak rugi.

Hubungi 
Nurul Aziyana (ID 886587) - Pengedar Shaklee Kuantan
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
COD area: Semambu, Air putih, Beserah, KOTASAS, POLISAS, UIA Kuantan, IM
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah melalui pos.



No comments: