Saya memang penggemar western food. Boleh kata semua jenis suka. Chicken grill, chicken chop, lasagna, pizza, spagheti eh semua la memang suka makan. Sejak Azam Roaster bukak di IM bulan Disember lepas, baru 2x makan kat situ dan tapau. Walaupun suka makan western, tapi nak try buat sendiri tak pernah.. krik..krik..krik..
Azam Roaster ni mulanya bukak kat Balok. Di IM ni kiranya cawangan ke2. Lokasi di sebelah Restoren Rozek di IM 8. Yang penting makan kat sini takde tax dan service charge. Anda bayar harga makanan. Jadi lebih menarik makan di sini berbanding makan di tempat lain kecuali Jungle Foodcourt..yang tu menarik gak.
My 1st visit, order menu lunch.. so ada nasi dan juga spagheti aglio olio seafood. My feveret ever. Masa tu pergi dengan Husna sahaja. Pening aihh tgk menu..semua menarik..menu dah la banyak..ikut nafsu nak makan semua.
Udah mmg jenis feberet wester food, hadap lah apepun telan sampai habis.. heheheeh so aglio olio tu pun habis..dan Husna pun habis sepinggan nasi..dia makan sorang ok. Tak sempat maknya nak snap pic.
My 2nd visit plak try Chicken Grill with Cheese. Yang ni tapau buat balik rumah sebab dah nak dekat maghrib menyinggah. Syiok juga sampai lupa nak snap pic :) Kopok lekor pun ade kat sini tau.
Jadi bagi sape2 yang nak cuba makan di Azam Roaster ni, sila la terjah ya. Anda bakal pening jugak nak pilih menu yang mana. Suasana restoren pun best. Serving pun quite good..tak lambat sangat dan tak cepat sangat. Enjoy eating :)
Wednesday, January 14, 2015
Tempat Makan Best
Western Food Best di Azam Roaster, Indera Mahkota 8 Kuantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment