Pengalaman saya sendiri walaupun anak pertama czer, tapi czer emergency. So memang rasa la contraction sakit nak bersalin tu walaupun bukaan terhenti di 4cm. Jadi macam mana cara nak legakan kesakitan tanpa ubat-ubatan semasa contraction berlaku? Ada ke?
Jom cekidout!
Cara legakan kesakitan semasa kontraksi
Cara #1: Gunakan beg panas
Bila datang kontraksi, keadaan otot akan sedikit tegang. Untuk kurangkan rasa tegang otot, boleh gunakan konsep kehangatan. Caranya mudah aje, isikan beg getah dengan air panas dan letakkan di sekitar pinggang dan peha di mana kita rasa kontraksi yang kuat.
Kalau takde beg air panas, boleh gunakan botol tahan panas. Isikan botol dengan air panas, balut dengan tuala kecil sebelum guna.
Cara #2: Urutan
Urutan juga boleh menghangatkan badan. Mintak suami gosok-gosokkan belakang badan. Ini juga boleh memberi kehangatan. Kalau macam tak tahu macam mana, boleh tengok youtube. Biasanya yang selalu buat kaedah macam ni orang omputih. Kalau boleh urut dengan minyak aromaterapi lebih baik. Kita akan rasa lebih relax.
Cara #3: Berendam dalam bath tab
Cara yang ini biasanya dibuat bagi mereka yang pilih untuk homebirth. Ye lah kalau kontraksi menyengat kat hospital mana ada bath tab. Bath tab yang dipenuhkan dengan air suam boleh memberi kehangatan yang menyeluruh kepada badan dan ia memberi kerehatan kepada badan bagi mengumpul tenaga untuk melahirkan.
Cara #4: Guna teknik pernafasan yang betul
Saya pernah buat entry mengenai teknik pernafasan semasa kontraksi dan semasa berlaku kelahiran. Boleh rujuk link INI untuk mengethaui tekniknya. Bagaimana bernafas dengan betul boleh membantu dalam mengurangkan sakit kontraksi?
Pernafasan yang berirama akan menjimatkan tenaga dan banyak membantu dalam proses kelahiran yang tenang dan melegakan kesakitan.
Cara #5: Rehatkan badan
Sebelum sampai due, sebaiknya banyakkan berehat. Simpan tenaga. Rehatkan diri di rumah dengan membaca buku, tengok tv dan santaikan diri. Jika bersalin awal, sekurang-kurangnya badan dah bersedia untuk menghadapi tempoh kontraksi dan tidak tergesa-gesa.
Cara#6: Sentiasa Fikir Positif
Zikir penenang diri. Jadi sentiasa basahkan lidah dengan zikir mengingati Allah. Sentiasa fikir positif bahawa setiap kontraksi bermakna kelahiran semakin hampir dan dapat jumpa dengan baby secepat yang mungkin. Bayangkan bayi anda bergerak turun ke pelvis anda dengan setiap kali kontraksi.
Percayalah dengan badan sendiri. sesungguhnya anda pandai melahirkan bayi! Sokongan dan kata-kata semangat dari suami juga sangat membantu.
Semoga 6 cara ni boleh membantu bakal-bakal ibu yang nak melahirkan nanti termasuk lah saya sendiri untuk kurangkan kesakitan sewaktu tempoh kontraksi.
Meh enjoykan diri tengok proses kelahiran dalam video ni.
Ada petua yang dishare oleh rakan saya, beliau mengamalkan pengambilan Alfalfa Complex bermula pada minggu ke 37 untuk bantu kontraksi. Masa jalan dah start buka. alfalfa akan bantu untuk lebih cepat jalan terbuka. Tapi jangan bimbang, kalau tak sampai masa lagi ianya tak ganggu.Tips ni berguna bagi mereka yang mahu elakkan overdue.
Selepas bersalin pula, set berpantang premium Shaklee banyak membantu ibu-ibu untuk melayari tempoh berpantang dengan penuh cergas dan bertenaga di samping pengeluaran susu badan yang meriah.
Untuk dapatkan Set Postnatal ni boleh hubungi saya di talian berikut
Nurul Aziyana (ID 886587)
FB: Nurul Aziyana
Page: Super Vitamin Store
No Tel:
5 comments:
Bagi saya, kena bernafas dengan betul, barulah diri rasa tenang dan boleh tahan rasa contraction tu
Saya memang amalkan teknik bernafas dengan betul dari anak pertama hingga ke 3.sekarang sedang dalam wad untuk menanti kelahiran anak ke 4. InsyaAllah selain zikir, teknik yg sama akan saya gunakan.
Slm admin...saya dh selamat bersalin tadi.alhamdulillah :)
Slm admin...saya dh selamat bersalin tadi.alhamdulillah :)
nadia : alhamdulillah teriam kasih nadia singgah blog ni...tahniah atas kelahiran dan selamat berpantang..semoga ibu dan baby sihat
Post a Comment