Monday, June 29, 2015

Cara Menentukan Bayi Pramatang Cukup Susu

Bayi pramatang adalah bayi yang dilahirkan ketika usia kandungan belum mencecah 37 minggu. Biasanya bayi pramatang ni beratnya kurang. Melahirkan bayi pramatang memberikan cabaran yang besar kepada ibu bapa samada dari segi penjagaan mahupun penyusuan. Antara masalah yang biasa dialami adalah ibu tak cukup susu, bayi yang masih tak pandai nak hisap susu, tak tahu bayi cukup susu atau tak. Entry kali ni saya nk share info cara menentukan bay pramatang cukup susu.

Bayi pramatang perlukan extra care kerana organ yang belum matang. Sebab bayi lahir pramatang, susu badan pun macam keluar tak keluar je. Susu badan lebih sukar dihasilkan sebab ibu tu stress memikirkan tentang kesihatan anak dia tu, keadaan anak2 lain yg ditinggalkan lagi & keadaan dia sendiri yg sedang berpantang dengan macam2 pantang larang. Malah tekanan yg dihadapi oleh ibu2 yg nak menyusukan premature ni tidak sama dgn yg ada anak cukup bulan. Namun ibu dalam video ini berjaya mengharunginya dengan tips-tips penjagaan yang dikongsi


Dah dapat tips dari Puan Hidayah ni?

Berbalik pada tajuk, bagaimana cara nak tentukan bayi pramatang ni dapat bekalan susu badan yang cukup? Kalau bayi yang normal iaitu cukup bulan, kita boleh tahu menggunakan kaedah seperti melihat keadaan bayi yang kenyang, boleh dengar bunyi menelan bila bayi minum susu, kekerapan kencing  dan buang najis. Namun untuk bayi pramatang parameter ini tidak sesuai digunakan sehinggalah bayi tu cukup bulan.

Jadi apa kaedah yang betul? Ada cara yang boleh dikongsikan bagi menentukan bayi pramatang cukup susu

1. Kaedah timbangan sebelum dan selepas penyusuan. Kaedah ini perlu dibuat dengan betul dan sebaiknya guna alat penimbang yang tepat dan sesuai.

2. Kaedah ini diguna di unit rawatan rapi bila bayi menyusu dari payudara. Biasanya hospital akan pantau bayi cukup susu sebelum dibenarkan untuk pulang ke rumah.

3. Kaedah ini juga diguna kalau bayi diberi susu formula jika ibu tak pandai nak hisap dari payudara secara berkesan.

4. Formulanya mudah, penambahan berat badan 1gm = 1mm susu yang berjaya dihisap. Ini adalah ukuran objektif bagi mengelakkan bayi diberi susu berlebihan dengan anggapan bayi tak cukup susu.

5. Jika dibenarkan pulang ke rumah, biasanya temujannji susulan akan dibuat bagi pemantauan berat badan bayi.

Apa pula nak buat bagi membantu meneruskan misi penyusuan di rumah apabila kebenaran balik diberikan doktor?

Ibu-ibu boleh cuba tips ini
  • Berikan perhatian yang lebih dengan cara sentuhan dan kasih sayang
  • Ambil masa untuk sentiasa bersama bayi seperti tidur bersama, guna sling dan banyakkan sentuhan kulit ke kulit. Sentuhan kulit ke kulit bantu bayi menyusu dengan lebih baik dan merangsang penghasilan susu ibu dan boleh menjadi sumber ketenangan kepada ibu. 
Credit pic :bliss.com.uk

InsyaaAllah walaupun sukar, jika semangat dan sokongan dari yang tersayang pasti ibu mampu menjayakan penyusuan bayi pramatang. Itulah terapi terindah buat bayi dan ibu. Dont give up. Penyusuan boleh menajdi faktor utama tumbesaran bayi pramatang lebih cepat dan risiko terkena penyakit adalah rendah

Untuk membantu ibu-ibu dalam memberi tenaga selepas pantang, set berpantang Shaklee adalah cadangan terbaik. Di samping bertenaga, luka cepat sembuh terutama bagi yang bersalin czer. Ini boleh membantu ibu cepat baik, tidak stress, memberi tenaga dan membantu dalam penghasilan susu ibu dalam menjaga bayi pramatang.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan Set Berpantang Shaklee di talian berikut

Nurul Aziyana (ID 886587)
No Tel: 012-9576172
Email: ummi_anayiza@yahoo.com

NAK DAPAT FREE SEBOTOL VITALEA???? Klik LINK INI

No comments: