Masuk minggu-minggu terakhir 3rd trimester ni, memang saya kena belajar la teknik penting ni. Al maklum kena berlatih dari sekarang. Anak pertama, czer dan amik epidural juga. Anak kedua nak cuba la untuk normal pulak kan. So kena ready dengan ilmu-ilmu sebelum bersalin ni. Semoga impian untuk VBAC tercapai. Alang-alang kutip ilmu utk kegunaan sendiri, lebih baik share juga di blog kesayangan ni. Ada teknik yang betul dan ada teknik yang salah. Dan macam mana nak bernafas ketika kontraksi dan bagaimana pula ketika fasa kelahiran.
Kenapa nak kena jaga dan guna teknik pernafasan yang betul ketika nk bersalin dan sepanjang prose bersalin?
Macam yang disebut tadi, kalau bernafas dengan betul proses kelahiran jadi lebih mudah. Ibu dan anak tak stress, pengecutan otot berlaku lebih relax dan tidak cepat letih. Silap-silap haribulan ibu tak payah nak meneran sangat sebab bayi keluar lancar.
Sebelum nak tahu teknik pernafasan yang betul, kena tahu juga teknik pernafasan yang salah supaya boleh elak. Ramai yang tahan nafas dan teran selama mana yang boleh semasa dalam fasa kelahiran. Dikatakan teknik macam ni boleh meningkatkan risiko koyakan sebab seolah-olah terlalu memaksa bayi untuk keluar dengan cepat.
Mesti semua mommies outhere tak nak koyakan besar kan. Nak hadap proses jahitan tu lagi ngeri. Jadi meh sama-sama belajar teknik pernafasan yang betul semasa kontraksi bermula dan ketika proses kelahiran berlaku.
Ada beberapa peringkat kita boleh apply teknik pernafasan ni
Peringkat Kontraksi
Bila kontraksi mula datang, baca bismillah, selawat, zikir. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus ikut mulut.
Kiraan 3 atau 4 semasa tarik nafas, 2 smasa menahan dan 5 semasa menghembus.
Key point kt sini ialah TARIK NAFAS DALAM-DALAM.
Satu perkara yang sangat penting bila bukaan belum lagi mencapai 10cm adalah JANGAN CUBA NK PUSH walaupun memang dh rasa macam nk push sangat-sangat dah. Sebab apa? Risiko terkoyak banyak adalah tinggi.
Jadi nak bernafas macam mana kalau belum cukup 10cm?
Tarik nafas macam peringkat kontraksi cumanya semasa hembus tu hembus pendek-pendek banyak kali. Seolah macam bernafas tercungap-cungap.
Peringkat Kelahiran
Bila bukaan dah cukup 10cm dan rasa nak meneran, tarik nafas dalam melalui mulut dan kemudian hembus sekali sahaja juga melalui mulut. Tapi semasa hembus jangan habiskan nafas jika bayi belum keluar. Tarik nafas semula dan push lagi dengan sekali hembus.
Sekarang dah tahu cara, maka selamat lah berlatih bersungguh-sungguh :)
Ada kawan saya share juga, bagi menguatkan tenaga sebelum masuk labour room, minum set mighty 3gems iaitu gandingan ESP, Performance Drink dan Mealshakes. Gandingan 3 benda ni boleh beri tenaga berpanjangan kepada ibu untuk hadapi saat-saat kritikal ni especially yang jenis darah rendah macam saya ni. InsyaaAllah saya akan amalkannya di samping bersedia dengan vitamin-vitamin selepas bersalin.
Mudahnya sebab vitamin-vitamin ni terus boleh consume sebaik sahaja keluar labour room. Topup semula cepat-cepat darah yang hilang dan bekalkan segera nutrisi untuk mudahkan proses penyusuan plak.
Mahu berpantang dengan set vitamin-vitamin ni? Boleh hubungi saya untuk dapatkannya. istimewa bulan ini dengan pembelian set berpantang dan join keahlian, akan dapat PERCUMA sebotol VITALEA
Nurul Aziyana (ID 886587)
FB: Nurul Aziyana
Page: Super Vitamin Store
No Tel:
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
No comments:
Post a Comment