Saya dulu pun perasan juga ada masalah pori wajah besar especially di kawasan pipi yang dekat dengan hidung. Asal tengok cermin je duk belek tang tu. Tak best tau. Alangkah seronoknya kalau pori wajah tak nampak, kulit akan kelihatan licin, halus dan of coz la boleh nampak awet muda walaupun umur dah meningkat. Bagi yang ada masalah pori wajah besar tak kira la lelaki ke perempuan ke, bagaimana cara nak kecilkannya? Meh saya share
Bagaimana liang pori wajah boleh jadi besar?
Kalenjar minyak yang menghasilkan minyak (sebum) di wajah dikawal oleh hormon. Minyak tersebut akan bergerak melalui lapisan setiap liang menuju ke permukaan wajah.
Dalam keadaan biasa, minyak akan melalui lapisan liang tersebut tanpa apa-apa sekatan.
Masalah akan timbul bila kalenjar minyak terhasil dengan terlalu banyak. Minyak yang bercampur dengan bahna-bahan lain (sprt sel kulit mati) akan menyebabkan ianya tersumbat.
Kalau dah tersumbat tentulah susah nak mengalirkan, kan?
Apa berlaku? Liang tu akan membesar dengan sendiri bagi menampung minyak dan sel kulit mati yang banyak tadi.
Dan nak tahu tak? Minyak bersama sel kulit mati yang terperangkap dalam liang boleh dioksidakan apabila terdedah pada udara. Hasilnya, blackhead pulak timbul. Udah la liang pori besar, ada blackhead pula.
Haaa nampak tak macam mana liang pori wajah boleh jadi besar dan timbul blackhead? Jangan abaikan kesan sel kulit mati kat muka ni. Jadi bagaimana cara nak selesaikan masalah liang pori wajah yang besar ni?
Cara ni kebanyakan pakar kecantikan memang saran untuk diamalkan. Kalau dah pakar cantik pun saran, maknanya memang betul-betul cara untuk kecilkan pori wajah la kan. So buat aje, jangna bantah kalau nak dapat hasil yang bisa buat anda senyum sokmo.
Cara #1: Amalkan rutin penjagaan wajah yang teratur setiap hari
Rutin yang normal paling kurang bersihkan wajah. Wajib setiap hari. Tak boleh skip-skip tau. Sebab setiap hari wajah akan terdedah pada kekotoran seperti minyak dan bakteria yang menyebabkan liang pori semakin besar. Kalau tak bersih, makin sedap la bakteria-bakteria tu bekerja untuk besarkan lagi liang pori tu. Pembersihan biasanya dilakukan 2x sehari. Paling bagus, lengkapkan pakej membersih, menyegar dan melembap. Saya guna keadah INI untuk 3 tujuan tersebut.
Cara #2: Buang sel kulit mati di wajah
Sel kulit akan mati dalam tempoh 21 hari. Jika ia tidak dibuang, sel kulit mati tu akan menyebabkan kulit kelihatan kusam, kasar dan seperti yang diceritakan tadi punca liang pori wajah makin besar. Biasanya nak buang sel kulit mati ni guna scrub. Tapi cara saya, gunakan NutriWhite Makeup Remover. Ianya berfungsi dengan cara yang sama cuma tindakannya lebih lembut dan sejuk. Kulit berjerawat tidak digalakkan untuk guna scrub. Segala daki-daki di kulit muka akan keluar dengan jayanya :)
Cara #3: Buat spa wajah sendiri
Stim wajah sendiri di rumah dengan air panas. Wapkan dalam tempoh 5-10 minit.tekap wajah dengan hirisan lemon untuk beberapa ketika. Kemudian bilas dan sapu ketulan ais di seluruh wajah selama lebih kurang 3-4 minit. Ais akan menutup liang yang terbuka semasa proses wap.
Cara #4: Pengambilan vitamin untuk kulit
Vitamin E, C dan collagen adalah 3 vitamin yang paling penting untuk masalah liang pori wajah. Vitamin E dan vitamin C adalah penting untuk kulit yang sihat, kerana keduanya mengurangkan saiz liang, parut, kedutan dan garis-garis halus. Vitamin C pula membina semula kolagen dan elastin yang meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan saiz liang pori. Collagen juga memberi impak yang sama. Untuk ketiga-tiga sumber ini, saya cadangkan Vitamin E , Vitamn C SR dan Collagen Powder Shaklee. Collagen penting untuk kukuhkan sel kulit.
Vitamin-vitamin ni bukan sekadar untuk atasi masalah liang pori wajah yang besar, tapi juga untuk mengatasi masalah parut, kulit gelap dan kusam, tona kulit tak sekata, jeragat, jerawat dan masalah kulit yang lain. Untuk buang sel kulit mati juga, boleh ambil ESP (energizing soy protein). ESP bantu ganti sel kulit mati dengan sel kulit yang baru tanpa perlu melalui kaedah penggelupasan.
Tonton video ni kalau nak pori wajah kecil dan kulit halus gebu
Cara #5: Pastikan pengambilan makanan yang sihat
PEngambilan makanan yang tinggi lemak dan tidak sihat boleh memberi kesan kepada kulit. Banyakkan makanan makanan berkhasiat seperti sayur dan buah. Jangan lupa untuk cukupkan bekalan air sepanjang hari untuk elakkan kulit terhidrat. Bila terhidrat, kalenjar minyak akan lebih aktif mengeluarkan minyak.
Saya kongsikan juga sejauh mana kesan pengambilan vitamin untuk masalah liang pori wajah besar boleh membantu.
Bagi yang ada masalah liang pori wajah ni, boleh cuba apply 5 cara yang disebut di atas secara konsisten. Dan untuk mendapatkan vitamin kulit seperti yang disarankan, boleh hubungi saya. Konsusltasi exclusive untuk para pelanggan sampai anda puas hati dari kesan pengambilan vitamin ini.
Nurul Aziyana (ID 886587)
FB: Nurul Aziyana
Page: Super Vitamin Store
No Tel:
PROMOSI VIVIX HINGGA OCTOBER
Hubungi 0129576172 untuk info lanjut
1 comment:
Best tips...kena buat ni..kena rajin telan colagen n ESP
Post a Comment