Tip #1: Warna
Suasana bilik boleh dipengaruhi oleh warna. Kalau nk ruang besar dan siling pun nampak tinggi, pilih corak yang latar belakangnya warna lembut seperti putih, cream, biru muda, ungu lembut,kelabu lembut pendek kata yang sejuk. Warna-warna macam ni boleh buat kita rasa tenang dan santai.
Tip #2: Pengcahayaan
Cahaya boleh dibentuk dari wallpaper. Macam mana tu? Kalau bilik tiada tingkap, pilih lah wallpaper yang boleh beri kesan pantulan cahaya seperti wallpaper yang bercorak cerah dan ada warna metalik, boleh juga yang colourful. Corak wallpaper yang halus juga boleh memantulkan cahaya. Jika bilik kecil, elakkan guna wallpaper yang gelap dan ada tekstur.
Tip #3: Pilih gaya yang sesuai
Kadang-kadang ada rumah yang mempunyai ruang tertentu seperti ruang makan, ruang formal, ruang keluarga, ruang terbuka, Untuk ruang formal, corak yang skala besar dengan warna dramatik lebih sesuai. Jika ruang terbuka, corak motif kecil boleh digunakan.
Tip#4: Serlahkan ruang
Bagi menampakkan ruang lebih tinggi, gunakan wallpaper corak belang dan menegak. Corak melintang pula akan menjadikan bilik lebih lebar. Corak kecil akan jadikan bilik lebih luas manakala corak besar boleh memberi impak lebih privasi.
Tip #5: Suai padan dengan bijak
Bilik tanpa corak lama-kelamaan nampak agak bosan. Tapi bilik yang terlalu bercorak pun boleh buat serabut mata memandang. Jadi kalau nak pilih wallpaper yang corak bunga atau petak, guna corak dengan warna yang sama [seperti dalam gambar di bawah]. Contoh bunga ada elemen biru muda, bahagian corak pun mesti ada warna tersebut. Jangan dicampur aduk dengan warna pelbagai.
Ini pilihan saya..corak memanjang digabungkan dengan corak bunga dengan warna dasar yang lembut. Tujuannya untuk dapatkan effect ruang yang lebih tinggi dan luas plus memang sejuk mata memandang. Memang terasa puas hati dengan kombinasi warna dan corak ni :)
Jadi bagi mereka yang sedang memilih design kertas dinding, boleh la pertimbangkan tips2 mudah ni. Pastikan pilih yang betul supaya tidak membazir dan yang penting tak nampak pelik.
Untuk dapatkan bekalan vitamin shaklee, boleh hubungi saya di talian di bawah
Nurul Aziyana (ID 886587)
FB: Nurul Aziyana
Page: Super Vitamin Store
No Tel:
No comments:
Post a Comment