Anak akan tiru segala perbuatan orang tuanya. Serapan maklumat mereka bukan bermula di sekolah tapi di rumah. Apa yang ditonjolkan oleh ibu bapa akan cuba diserap ke dalam diri mereka. Jadi untuk mengajar anak ikhlas dalam memohon maaf, kata Ibu Rose ibu bapa terlebih dahulu ikhlas dalam mendidik mereka supaya mereka turut merasa keikhlasan tersebut.
Bagaimana? Saya nak kongsi apa yang saya baca dari perkongsian Ibu Rose.
Rule no 1 adalah JANGAN MERUNGUT bila buat kerja berkaitan dengan anak. Contoh bila nak mandikan anak, buat dengan ceria walaupun kita sedang mengejar masa. Adakala saya juga merungut, terutama bila anak sering lambat-lambatkan masa dalam bilik air sedangkan saya berkejaran nak masak. Sepatutnya, rasakan dalam hati "This is precious". Ye lah tidak semua orang dapat merasai suasana mandikan anak tapi kita diberi peluang itu oleh Allah. Kalau mulut asyik pot pet pot pet di mana terbitnya ikhlas tu, kan?? So lepas ni mandikan anak dengan rasa happy dan syukur.
Minta maaf suami isteri depan anak-anak.
Ini perbuatan yang boleh ditunjukkan depan anak-anak supaya mereka dapat belajar, kalau salah kena mintak maaf. Bila mereka melihat contoh yang baik, maka mudah untuk mereka melakukan yang betul. Sekarang musim raya, lagi mudah nak tunjuk contoh.
Bila anak mintak maaf, respon ibu bapa adalah dengan cara
- PEGANG LEMBUT KEPALANYA, USAP kepalanya dan CIUM kepalanya. Jika dia mendongak mencari mata anda. Lihat matanya dengan pandangan penuh kelembutan kasih sayang. Ini akan memberanikan anak untuk memohon maaf.
- MEMINTA MAAF JUGA KEPADA ANAK. Bila anak sudah meminta maaf dan anda memberi maaf kepada anak, secara ikhlas mohonlah juga maaf dari anak. Anak itu juga manusia yang kita berinteraksi, 'Hablumminannas', maka elok juga untuk kita memohon maaf dengan baik darinya.CONTOH" Mama maafkan kakak. Kakak anak yang baik. Kakak selalu tolong mama. Kadang-kadang kakak ada tersilap, degil cakap mama, lawan mama. Mama maafkan semua itu sebab mama tahu anak mama baik dan mama tahu kakak tersilap dan boleh jadi lebih baik.Mama juga mohon maaf dari kakak sebab ada kalanya mama termarah lebih dan tak usul periksa. Mama manusia dan juga bat silap. Tapi mama sayang sangat kakak dan mama terus berusaha menjadi mama yang baik untuk anak-anak mama. Kita sama-sama maaf-memaafi ya....sayang anak mama ni."
- UCAP TERIMA KASIH KEPADA ANAK. Bila anak hendak pergi dan bangun dari tempat itu, ucapkan terima kasih kerana dia meminta maaf dengan ikhlas dan baik. Ini akan memberi keyakinan kepada anak itu untuk berakhlak mulia seperti itu. Ini adalah maklum balas yang diberi untuk anak berasa selamat untuk berbuat baik. Ketahuilah, ramai anak-anak confuse bagaimana untuk berkelakuan baik kerana bila mereka melakukan kebaikan, tidak ada maklum balas.
Dah ajar anak mohon maaf dengan ikhlas, apa perkara yang perlu dielakkan?
Kata Ibu Rose, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan bila anak mohon maaf iaitu
- ELAKKANLAH dari mengungkit kesalahan anak.
- ELAKKAN juga kata-kata seperti..." Nanti buat lagi!". Bila anak minta maaf, PASTIKAN ANAK MEWUJUDKAN SATU SUASANA YANG ANAK ITU RASA SELAMAT UNTUK MEMINTA MAAF DAN MELUAHKAN RASA KESALNYA.
- ELAKKAN MEMBERI DUIT RAYA SELEPAS MEREKA MEMOHON MAAF. Jangan kaitkan duit raya dengan memohon maaf dengan penuh keikhlasan. Bagilah duit raya itu pada masa yang lain. Mungkin malam sebelum raya atau pada masa lain yang sesuai. Sebabnya kita takkan anak kecil salah faham, bila minta maaf baru dapat duit. Sudah tidak ikhlas di situ.
- ELAKKAN mengata anak tidak ikhlas meminta-maaf. Jika nampak anak acuh tak acuh meminta maaf. Ini petanda dia malu , rasa janggal dan dia belum berani lagi meluahkan hatinya. Mungkin kerana tidak biasa, atau kita sendiri tidak mewujudkan rasa selamat untuk dia meminta maaf atau hanya kerana dia belum matang lagi untuk memahami semua ini. Maka BERSABARLAH mendidik dan membina rasa selamat di dalam dirinya itu.
Inilah tips yang diberikan oleh Ibu Rose yang ditulis di page beliau iaitu Ibu Rose - Mesejnya Kasih
Saya abadikan dalam blog ini untuk dijadikan nota peringatan pada diri sendiri. Semoga ilmu ini dapat diamalkan dan memberi manfaat dalam mendidik anak soleh dan solehah.
No comments:
Post a Comment